Mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan.Kononnya kalau tambah kerusi majoriti Melayu, maka kerusi UMNO dalam pilihan raya akan bertambah.
Mereka boleh ubah suai kawasan Parlimen .
Mereka mahu lebih banyak kerusi majoriti orang Melayu kerana UMNO ingat orang Melayu tetap menyokongnya.
Oleh itu, untuk dapatkan majoriti dua pertiga ini, UMNO berjaya menarik beberapa orang Ahli Parlimen PKR untuk menyokong BN bagi tujuan ini. Nampaknya hasrat Najib untuk mengembalikan kerusi dua pertiga di Parlimen akan tercapai. Saya percaya ada beberapa Ahli Parlimen PKR lagi akan keluar parti tidak lama lagi.
Sekarang kita bukan saja ada “Sodomy 2”; tetapi kita juga berhadapan dengan fenomena politik “Perak 2” di mana apa yang terjadi di Perak sudah pun bermula di peringkat pusat. Fenomena menggunakan wang, sogokan dan imbuhan ditawarkan untuk orang-orang PKR ini untuk berpaling tadah. Ini bukan kenyataan yang dibuat untok menutup kelemahan PKR dan kepimpinannya.
Ini lah yang benar-benar berlaku. Inilah maklumat dan laporan yang kita terima dari orang ramai. Memang ada aspek tertentu dalam pengurusan parti yang perlu kita perbaiki, dan perkara ini sudah pun diakui dan tindakan telah pun diambil. Tetapi kita tidak dapat menahan “political mercenaries ” atau mereka yang sanggup menggadai perjuangan dengan wang dan jawatan, daripada melompat keluar dari parti kita.
Walaupun berberapa pemimpin parti melompat, sebenarnya sokongan rakyat bertambah. Inilah kekuatan kita yang sebenar. Inilah yang perlu disebar dan difahami oleh penyokong Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sokongan padu para pemimpin dan ahli-ahli Parlimen DAP dan PAS terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim; ini menunjukkan perpaduan kita yang kukuh dan ikhlas. Kita bersama telah dapat mengatasi politik rasuah ini. Pilihan raya akan datang bergantung kepada kuasa rakyat, dan bukan kepada beberapa kerat “political mercenaries” yang melompat ini.
Saya dan kawan-kawan dalam PKR tetap akan mempertahankan perjuangan politik Pakatan Rakyat. Setelah selesai fenomena melompat ini, keadaan akan tenang kembali. Kita tidak akan lumpuh, malah kita akan lebih kuat. Kita akan lebih teliti dalam memilih calon, kita akan lebih cermat melantik wakil dalam jawatan tertinggi parti. PKR telah menghadapi keadaan yang lebih dahsyat daripada serangan wang ini, tetapi kita masih subur dan kuat. Ini bererti ramalan Pak Pandir kononnya PKR akan lumpuh hanyalah mimpi di siang hari kerana mereka tahu siapa sebenarnya yang telah kehilangan sokongan rakyat.
Saya harap rakyat Malaysia yang mahukan perubahan tetap yakin dengan perjuangan kami. Kalau dulu tak ramai yang berkaliber yang mahu bertanding di bawah tiket PKR, kini sudah sampai masanya anda menyahut cabaran untuk bersama-sama kami mengubah politik negara. Jika anda yang berwibawa tak mahu menyertai perjuangan ini untuk membasmi rasuah, salah guna kuasa, politik perkauman dan bermacam gejala buruk lain, maka mereka yang tak berkaliberlah akan mengisi kekosongan ini.
Artikel asal : Perak 2; Sodomy2
--
Posted By Luna and Thatguy to Dunia Berwarna Luna Version 2 at 3/04/2010 04:19:00 PM
No comments:
Post a Comment