Saturday, April 24, 2010

(36) P094 - Jejak Soldadu(LIVE) Countdown dari P094 - BN kian mengalah..

Update 4.30am
Jangan harap semua paparan foto dibawah akan dipromokan oleh akhbar meloya atau edisi Hairan. Malam yang sungguh gemilang bagi menyambut kemenangan awal PR sekaligus meranapkan harapan BN merampas kerusi P094.

Banyak tulisan yg ingin dirai bersama di malam gemilang kelmarin, namun daya yg kian kurang membuatkan bisa yg tulin tak mampu dilokalisasikan disini. Penat beb..! Sejak sehabis solat subuh di masjid Bkt. Sentosa, reporasi sambutan di Felda Sg. Tengi, lawatan terus ke bilik-bilik gerakan PKR khususnya pengundi bukan melayu di Ulu Bernam dan Rasa, Malam Puncak di Stadium KKB seterusnya berakhir jam 2 pagi di Media Centre KKB cukup meletihkan.

Dalam butir mata yg masih belum dapat tidur, wak paparkan apa yg wajar pembaca blog ketahui di pagi ahad yg segar di Hulu Selangor.Salam utk semua warga Hulu Selangor, undi Zaid, adalah undi untuk rakyat.Ingat kata keramat TGNA. Details dibawah.

(*) kepada semua pembaca blog albanjari yang sudi menegur mesra wak di lokasi, wak ucapkan jutaan terima kasih. Tak tersebut nama satu-satu, ramai yg mengenali wak rupanya. Tidak terkecuali kepada seluruh pembaca setia ABO, Kg. Gajah apa khabar, harap catatan pagi bersama ABO terus memberi info segar buat anda sekeluarga. Adik cilik yg comel. Wak akan paparkan dislot khas pembaca setia ABO bersama wak di entri seterusnya..InsyaAllah..
Oleh WFAUZDIN NS
MALAM terakhir telah menampakkan betapa rakyat masih mempercayai PR khususnya di Hulu Selangor. Sepanjang hampir 10 KM, saya melalui jalan ke Kubu Bharu menyaksikan kesesakan jalan yang amat teruk sehingga akhirnya pihak Polis terpaksa menutup jalan ke Stadium Kuala Kubu Bharu apabila mendapati kenderaan tidak lagi boleh bergerak. Saya terpaksa berjalan kaki dari kereta yang diletakkan di sebuah kawasan berhampiran Markas PKR di Kuala Kubu Bharu.

Peniaga-peniaga memenuhi sekitaran di tepi-tepi persimpangan masuk ke stadium, begitu juga di dalam stadium umpama suatu pesta dipenuhi dengan berbagai gerai jualan. Stadium dipenuhi dengan orang ramai dari berbilang kaum menanti kehadiran tokoh utama DS Anwar dan juga Tuan Guru Nik Aziz serta beberapa pimpinan utama PR termasuk calon Dato' Zaid Ibrahim.

DS Anwar tiba sewaktu Tuan Guru Nik Aziz sedang berucap dengan menaiki motorsikal kerana kesesakan lalu lintas disambut dengan laungan reformasi oleh orang ramai yang hadir melebihi 20 ribu orang . Sebelum itu juga kehadiran Tuan Guru disambut dengan meriah diiringi dengan lagu pengenalan Parti PAS. Beberapa pimpinan telah berucap termasuk Tan Sri Khalid, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan juga Shamsul Iskandar. Tuan Guru berucap agak lama juga dengan mengingatkan rakyat betapa Umno dan Bn tidak lagi boleh diharap untuk membela agama dan juga negara.

Kisah bacul dan penikusnya Najib untuk berdepan dengan DS Anwar di dalam debat yang dicadangkan malam itu juga menjadi bahan ceramah Azmin Ali. Ini membuktikan Najib sebenarnya takut dan bimbang rakyat akan mengetahui rahsia tentang kisah kerjasama kerajaan dengan Apco-Israel itu. Ketika Karpal Singh sedang berucap pula, kelihatan sebuah helikopter terbang melintasi Stadium tersebut dan ditegur oleh Karpal bahawa di dalam helikopter itu berkemungkinan ada Rosmah Mansor untuk melihat sambutan rakyat yang melimpahi stadium.

Ucapan Tan Sri Khalid mengingatkan rakyat di Hulu Selangor agar tidak terpedaya lagi dengan janji-janji manis Najib dan Muhyiddin. Kepada penduduk felda, berkaitan isu tanah Tan Sri Khalid menegaskan bahawa urusan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri di Selangor bukan atas kehendak Najib. Justeru itu, Najib tidak perlu menipu rakyat Selangor dengan janji-janjinya kepada rakyat di sini.

Dato' Zaid pula berjanji akan menunaikan amanah yang diberikan kepadanya iaitu memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor terutamanya masalah penghuni di felda-felda. Hubungan rapat beliau dengan MB Selangor dari PR sudah tentunya akan banyak membantu kerja-kerja beliau sebagai Wakil Rakyat di Hulu Selangor nanti. Beliau turut menyatakan rasa sedihnya kerana inilah sepanjang hidupnya diri beliau dan keluarga dihina dan diaibkan oleh Umno/Bn walaupun beliau telah insaf dan ingin berubah. Tetapi, atas semangat dan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz yang sentiasa mengingatkan beliau untuk bersabar, beliau menjadi semakin kuat dan bersemangat untuk berjuang.

Penceramah terakhir, DS Anwar tidak memakan masa yang agak panjang kerana waktu tamat berkempen pukul 12 mlm. Namun, ucapan DS Anwar banyak berkisar tentang isu APCO yang sehingga kini gagal dijelaskan oleh Najib. Beliau juga menerangkan mengapa rakyat di Hulu Selangor perlu memilih Dato' Zaid Ibrahim sebagai calon kerana Dato' Zaid telah membuktikan bahawa beliau sanggup korbankan jawatan Menterinya semata-mata untuk memperjuangkan nasib rakyat dan menuntut keadilan. Beliau turut memberi jaminan bahawa pemilihannya kali ini tepat dan Dato' Zaid secara terbuka diperingatkan oleh DS Anwar agar tidak menjadi katak sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen tersebut kali ini.

Bagaimana pula kisah ceramah Najib pada malam yang sama? Malaysiakini melaporkan, kehadiran melebihi 2 ribu sahaja walaupu dengan kehadiran mantam PM Tun Mahathir. Najib dilaporkan tidak mahu melayani cabaran debat oleh DS Anwar. Beliau juga mengulangi penafiannya bahawa beliau tidak mengenali Saiful Bukhari yang pernah hadir ke pejabat dan di rumahnya itu. Begitu mudah seseorang yang tidak dikenali datang ke Pejabat PM dan di rumahnya? Beliau juga kununnya tahu tentang latar belakang DS Anwar, tetapi beliau tidak menceritakannya semasa ceramah malam terakhir tersebut. Sebelum ini beberapa pimpinan PR telah mencabar Najib untuk mendedahkan apa jua yang beliau tahu tentang DS Anwar, tetapi malang sekali Najib tidak punyai keberanian atau juga sekadar satu penipuan buat rakyat Hulu Selangor.

Beberapa jam lagi, Pusat Pengundian akan dibuka. PR telah menjalankan usaha gigihnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat Hulu Selangor agar tidak menjadi seperti rakyat di Bagan Pinang sebelum ini. Mereka terpedaya dan kecewa dengan janji-janji Bn di dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Rakyat di Bagan Pinang tidak mendapat apa-apa melainkan menyaksikan Wakil Rakyat mereka bernikah baru.

No comments:

Post a Comment