Saturday, April 24, 2010

Jangan khianati darah dan air mata rakyat Pal...

Saya memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.

"Sebelum mengundi, ingatlah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan APCO Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi sebagai tempat memohon petunjuk, iaitu konsultan komunikasi mereka.

"Jangan khianati darah dan air mata rakyat Palestin,"

Ahli lembaga APCO juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal siasat.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutu dengan APCO, iaitu Asero Worldwide.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan di Malaysia, iaitu tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk.

"Saya amat berharap para pengundi Hulu Selangor tidak memberikan undi kepada BN pimpinan Najib yang menjadikan APCO yang dikuasai Yahudi zionis sebagai tempat memohon petunjuk,"

Naib Presiden Kanan APCO Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Ahli lembaga APCO yang lain termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Haaaa..ada lagi ...baca bawah nie.....

SIAPAKAH APCO?
Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .
 
Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-
1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)
2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)
3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
 
Lagi nak tau pi baca pasai SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK

No comments:

Post a Comment