KOTA BARU, 7 Mei — Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, serangan ke atas Kelantan oleh pihak tertentu melalui pelbagai isu kerana cemburu dengan kerajaan negeri PAS.
Kata beliau, musuh politik khususnya tidak pernah diam daripada menyerang Kelantan melalui pelbagai isu yang kadang-kadang cukup pandai dimanipulasikan, bahkan ada yang memang tidak berasas sama sekali.
“Mereka guna kemudahan teknologi terkini seperti blog, Facebook dan sebagainya sebagai medan serangan,” katanya.
Nik Abduh tidak merujuk kepada mana-mana kes secara khusus.
Bagaimanapun minggu lalu blogger “Kickdefella” atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz (gambar) mendedahkan beliau dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burkkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri dalam usaha PAS kekal berkuasa.
PAS memerintah Kelantan sejak 1990 di mana Nik Aziz merupakan menteri besarnya.
Sebelum itu Nik Aziz dan menantunya Mohd Ariffahmi Abdul Rahman, ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, turut menjadi serangan dan tumpuan kontroversi.
“Masyarakat kita ini… suka sangatlah dengan benda-benda begitu, segala macam jenis ada dalam tu, termasuklah tok guru Nik Aziz dajal lah.. apa lah… turut dimuatkan dalam blog, sebab itu ada orang suka sangat dengan blog-blog ini.
“Bukan apa sebenarnya, mereka cemburu melihat kemampuan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sejak hampir 20 tahun telah berjaya meletakkan rakyatnya hidup dalam aman dan sejahtera,” kata beliau.
Nik Abduh menambah kerajaan negeri Kelantan memberi keadilan sama rata tidak kira kaum atau agama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini menggantikan Nik Aziz yang dikatakan tidak dapat hadir kerana uzur
Kuliah hujung minggu di dataran tersebut adalah kuliah rutin Nik Aziz yang juga Menteri Besar.
Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa itu turut membidas segelintir masyarakat Melayu suka memperajakan sikap malas membaca di antara faktor punca masyarakat itu terkebelakang, sebaliknya mengakui budaya itu dimonopoli oleh orang Eropah sejak lama dulu.
“Budaya membaca adalah satu amalan mulia, malangnya kita orang Melayu jarang hendak mengamalkan amalan-amalan ini tapi orang-orang Eropah mengamalkan amalan suka membaca.
“Dan ini merupakan satu penyakit yang kita sendiri tidak pernah sedar.
No comments:
Post a Comment