Friday, May 7, 2010

Umno sudah hilang punca dengan arahan Najib

gravatar






Selepas diarahkan 'bergaul' dengan masyarakat bukan Melayu, pemimpin akar umbi Umno dilihat masih tercari-cari arah dan seolah-olah hilang punca bagi melaksanakan arahan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak itu.

NONETerdapat daripada kalangan mereka yang mendakwa telah cuba melakukannya – termasuk menghadari aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan golongan bukan Melayu - tetapi masih gagal menarik kembali sokongan masyarakat berkenaan kepada BN.

Manakala sebahagian pihak lagi berpendapat parti komponen bukan Melayu - seperti MCA dan MIC - tidak harus hanya bergantung kepada Umno semata-mata untuk menarik kembali sokongan Cin dan India kembali ke BN.

NONEKetua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berpendapat budaya “aku jaga orang aku, kau jaga orang kau” harus berubah jika BN mahu mendapatkan kembali sokongan bukan Melayu.

“Dulu masa dalam Perikatan dulu boleh bersama-sama. Sekarang ini kelam kabut sedikit. Sekarang ini ada yang terlampau pentingkan diri sendiri,” katanya kepada Malaysiakini.

Awal minggu ini, Najib dilaporkan mengarahkan semua pemimpin Melayu supaya juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina dan sebaliknya bagi menarik kembali sekurang-kurangnya 50 peratus sokongan pengundi Cina.

NONEKetua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (kiri) dilaporkan berkata arahan itu dibuat oleh Najib yang juga presiden BN ketika pemukiman parti berkenaan di Janda Baik, Pahang.

Bagi Ketua Umno Kampar Datuk Mohd Radzi Manan, Umno mesti mula mengagihkan tugas-tugas dan aktiviti yang dijalankannya kepada MIC dan MAC dan sekadar mengawasinya sahaja.

“Kalau dulu, kebanyakannya kita yang buat. Macam di tempat saya (Kampar) sekarang, kita buat liga bola sepak, saya minta MIC uruskan. Saya monitor sahaja.

“Larian bendera (sempena bulan kemerdekaan) Ogos ini, saya serahkan pada MCA,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo pula berkongsi pandangan yang hampir sama dengan Mohd Radzi.

Ketika dihububungi Malaysiakini walaupun menyambut baik arahan Najib itu, Ismail berharap akan wujudnya penyelarasan yang lebih baik antara Umno dan parti-parti bukan Melayu lain dalam BN.

NONE“Memang selama ini pun kita pergi kenduri, orang meninggal (kaum lain). Kalau tak boleh makan pun, kita ambil limau sahaja.

“Tetapi kenduri contohnya, kalau orang tidak ajak, takkan kita hendak pergi. Di sinilah peranan MIC dan MCA,” katanya.

Ismail juga menjelaskan, usaha tersebut tidak begitu rancak sebelum ini kerana mereka tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, bagi seorang lagi pemimpin bahagian Umno, Datuk Abdul Rahman Palil, beliau mempunyai pendapat yang sedikit berbeza.

Menurut ketua Umno bahagian Kapar itu, bagi meraih kembali sokongan bukan Melayu, khususnya kaum Cina bukan semata-mata melalui aktiviti 'bergaul' dengan mereka semata-mata.

sabah kudat chinese temple 140109“Perkara ini kita sudah buat lama sudah. Sampai tokong pun saya pergi. Masalahnya sekarang pemimpin atasan kena buat satu dasar yang disukai semua orang,” katanya.

Menurutnya lagi, melalui dasar yang menjamin kemakmuran ekonomi dalam negara, sokongan masyarakat Cina akan kembali ke pangkuan BN.

Abdul Rahman juga berkata, sokongan masyarakat Cina juga boleh diperolehi dengan mendapat kepercayaan pemimpin masyarakat mereka terlebih dahulu.-mkini

No comments:

Post a Comment