Wednesday, September 1, 2010
Nilai RM1.3 juta Syarikat Hanya Hantar RM400,000
KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencehgahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dua program kerajaan yang didakwa terlibat dengan unsur-unsur penylewengan dan salah urus.
Setiausahanya, Wan Faizul Wan Abas berkata, laporan dibuat berkaitan syarikat Top IT Industries Sdn Bhd ekoran pendedahan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkenaan program E-Book pada minggu lalu.
"Kita membuat satu laporan kepada pihak SPRM berkenaan dua isu, satu projek (berkait dengan program) E-Book (dan) satu lagi projek atap biru, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu,"ujarnya ketika ditemui di pejabat SPRM selepas menyerahkan laporan tersebut, disini, semalam 1 September.
Katanya, kilang E-Book dibawah syarikat Top IT Industries Sdn Bhd didapati bermasalah, diantaranya kebocoran dan retakan-retakan yang besar yang jelas kelihatan melalui gambar yang diambil.
Beliau berkata, yang lebih penting adalah terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam projek E-Book dari segi pengendalian dan perbekalan kompuiter E-Book kepada para pelajar.
Selain itu, menurutnya, satu lagi laporan adalah berkait dengan skandal projek bantuan atap biru yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu,
"Sepatutnya (projek) atap biru ini diberikan kepada satu-satu syarikat secara tender terbuka, tetapi dibuat secara runding terus oleh pejabat Mnteri Besar yang bernilai RM1.392 juta,"jelasnya.
Beliau yang juga bekas pegawai tadbir negeri Terengganu berkata, menurut peraturan sepatutnya satu-satu tender yang melebihi nilai RM500,000 mestilah ditawarkan secara tender terbuka.
Oleh itu, tegas beliau, tindakan kerajaan negeri memberikan kontrak perbekalan atap biru kepada sebuah syarikat secara runding terus itu amat dicurigai ketelusannya
"Kita amat curiga terhadap projek ini yang dibrikan secara runding terus, lebih-lebih lagi aprojek ini apabila berjalan, atap biru yang sampai kepada rakyat sebanyak 7 treler sahaja,
"kos nilaiannya (hanya) RM426,360.00 sedang projek bernilai RM1.392 juta,"katanya.
Justeru beliau berharap, dengan membuat laporan tersebut pihak SPR dapat membuat siasatan secara telus dan menyeluruh kerana ia melibatkan wang rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment