Seorang pemuda berusia 23 tahun ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang di rumah wanita di Taman Damai, kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin. Pejabat Agama Islam Daerah Kulim mendapat maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 12.30 pagi dan segera ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan.
"Empat penguat kuasa bersama penduduk pergi ke alamat dimaksudkan dan ketika melakukan pemeriksaan, mendapati hanya ada wanita itu dan anaknya yang berusia dua tahun di ruang tamu rumah"Ketika ditanya mengenai aduan bahawa ada lelaki di rumah itu, wanita berkenaan berkata lelaki yang dimaksudkan ialah adik angkatnya dan pemuda itu sudah pun pulang ke rumahnya. Bagaimanapun, setelah selesai pemeriksaan, pegawai penguat kuasa PADK mencurigai keadaan siling bilik belakang yang terbuka dan mempunyai kesan tapak kaki. Apabila penguat kuasa naik ke siling, mereka menemui seorang lelaki tidak berbaju sedang menyorok di belakang tangki air".
Wanita itu sudah berkahwin tetapi suaminya dipenjarakan sejak setahun lalu atas kesalahan dadah. Rumah didiami wanita dan anaknya itu dimiliki oleh bapa kandung wanita berkenaan tetapi ketika kejadian bapanya bekerja. Pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988, jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
“Wanita itu masih berstatus isteri orang ketika serbuan dibuat dan tidak bekerja manakala pasangan lelakinya tidak bekerja tetap. Mereka saling mengenali beberapa minggu lalu. Kedua-duanya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan diarahkan membayar ikat jamin RM1,000 setiap seorang sebelum dihadapkan ke Mahkamah Syariah Rendah Kulim pada tarikh yang akan ditetapkan".
No comments:
Post a Comment