Sunday, October 17, 2010

Mahasiswa Mahu Potongan 50 Peratus Pinjaman PTPTN


smm2SHAH ALAM 17 Okt - Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa kerajaan memberi potongan khas 50 peratus ke atas pinjaman PTPTN dalam usaha ke arah memberikan pendidikan percuma buat pelajar dan mahasiswa dalam jangka panjang.

Disamping itu SMM juga mahu kerajaan komited dan tegas dalam menyalurkan bantuan dan dana perbelanjaan negara  kepada golongan sasaran serta mengelakkan ketirisan.

"Golongan mahasiswa tidak mahukan angka-angka yang besar sahaja tetapi pada praktikalnya pemberian bantuan hanya sampai kepada pihak tertentu sahaja," kata Setiausaha SMM, Mohd Rodzuan Othman dalam komennya mengenai Belanjawan 2011.

SMM menambah kerajaan juga perlu menjaga dan mengagihkan nilai kekayaan negara kepada golongan miskin dan jangan sesekali ada ketirisan dan penyelewengan yang menyebabkan perlunya kepada  perbelanjaan tambahan kemudian harinya.

"Jika angka-angka ini dapat diatur dengan baik tanpa
ketirisan, saya yakin dan percaya kerajaan akan  mampu menggunakan hasil negara yang lain untuk manfaat golongan miskin  yang lain," kata beliau.

No comments:

Post a Comment