Kerajaan Kelantan akan tetap mempertahankan hak serta keistimewaan Orang Asal biarpun Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan Orang Asli di Semenanjung sebagai 'Bumiputera'.
Menurut Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1990 lalu telah menggazetkan tanah khusus untuk kaum minoriti tersebut.
"Apabila Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan, pertamanya beliau menggazetkan kawasan penempatan dan tanah milik Orang Asli yang sebelum ini tidak ada berlaku," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, Nik Aziz turut mengarahkan penubuhan Koperasi Kijang Mas khusus untuk rakyat Kelantan supaya Orang Asli mendapat manfaat dari konsesi kayu-kayan.
"Kerajaan juga meneruskan konsesi kayu-kayan melalui Koperasi Kijang Mas ini dengan bagi syarat bahawa Koperasi Kijang Mas itu untuk Kelantan sahaja," ujarnya.
Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penolakan umum Orang Asli pada kempen Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sejak 26 Oktober lalu mungkin disebabkan layanan adil oleh kerajaan negeri.
"Seolah-olah jabatan menindas Orang Asal di sini," ujarnya.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa majoriti dari 1,886 pengundi berdaftar di kalangan Orang Asli terbabit sedia mempertahankan legasi kebajikan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima di Dun Galas.
Pun begitu, beliau menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri supaya tidak mengabaikan tuntutan Orang Asli Semenanjung seperti di Parlimen 19 Oktober lalu.
"Pihak kerajaan sendiri sekiranya ikhlas membantu Orang Asli sebenarnya banyak lagi, bukan sekadar tidak masukkan penakrifan Orang Asli (Semenanjung) dalam Perlembagaan," ujarnya.
Melihat pada keperluan untuk mempertahan hak serta keistimewaan Orang Asli, katanya manifesto calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed antaranya bertekad untuk menubuhkan Urusetia Orang Asli sebagai meneruskan agenda kebajikan Allahyarham Chek Hashim sebelum ini.
"Dr Dzul, dalam manifestonya untuk menubuhkan Urusetia Hal Orang Asli.
"Kerajaan negeri melihat lebih luas soal kepentingan Orang Asli terutama berkaitan tanah dan kepentingan Orang Asli," beliau menambah.

No comments:
Post a Comment