Thursday, November 11, 2010

Sekali air bah berkali-kali MB Kedah difitnah..Bah melanda PKR pula entah???


Sekali air bah, sekali pasir berubah. Satu peribahasa yang menerangkan tentang perangai manusia apabila menghadapi perubahan pemimpin atau perubahan kaedaan. Perubahan pemimpin dari sebesar-besar pemimpin kepada sekecil-kecil pemimpin atau dari satu keadaan persekitaran kesatu keadaan persekitaran yang lain.



Bah yang melanda Perlis dan Kedah..InsyaAllah ada hikmahnya..walaupun pencacai UMNO cuba memfitnah Kerajaaan PR Kedah yg diterajui oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd. Razak dengan pelbagai tuduhan dan fitnah......" lembab dalam menangani masalah bah di  Kedah".

Alhamdulillah, awal-awal lagi YAB dan jentera pentadbiran telah bersiap sedia , Tahniah  kepada  YAB MB Kedah, Exco, Jabatan Kerajaan, NGO, petugas parti dan sebagainya. InsyaAllah PR akan terus memerintah  Kedah.

Cerita yang teman dengar dari seorang kawan di Kedah.. rumah emaknya dilanda banjir dia dipindahkan ke pusat pemindahan..anak-anak beliau meminta beliau pindah kerumah anaknya yang tidak terlibat dengan banjir tapi dia tak mahu sebab "ayaq takdak" kat rumah anaknya, dia lebih selesa tinggal di pusat pemindahan banjir dengan makan minum terjaga, bekalan air pun mencukupi pulak tu diisi dengan kuliah sebagai santapan rohani dan penguat semangat.

Manakala bah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pada mulanya amat deras arusnya dan makin menggila..tapi perkembangan terkini nampaknya dah mula lesu arusnya.. biarkan bah yang melanda menghanyutkan sampah-sampah yang tidak menyenangkan selama ini. Sesiapa yang nak hanyut bersama air bah..orang Sabah kata silakan bah... Mana-mana yang nak bertahan menjaga maruah dan terus istiqamah..InsyaAllah perjuangan rakyat makin terus gah.

Moga perjuangan kita terus kukuh dan istiqamah, jauhkan pecah belah moga pemilihan pimpinan dalam parti PKR kali ini akan memnambahkan kematangan kepada semua agar berhemah dan terus gagah melangkah.

No comments:

Post a Comment