Nov 8, 2010
- Terima kasih kpd Dato Speaker
- Saya
mengucapkan syabas kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana Berjaya
melaksanakan pelbagai program dan skim yang berjiwa rakyat.
- Saya amat tertarik hati dengan beberapa isu yang dicadangkan dalam baget 2011. Perumahan
- Saya
ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memperuntukan RM60 juta
untuk membina 400 buah rumah mampu milik di kawasan pulau. Ini
menunjukkan betapa prihatin kerajaan negeri kepada golongan kurang
kemampuan. Saya sedar kemampuan kerajaan negeri adalah terhad, tapi ini
menunjukkan komitment kerajaan Pakatan Rakyat dalam merealisasikan
sasaran kerajaan negeri menuju 1 keluarga 1 rumah.
- Walau bagaimanapun saya ingin membangkitkan beberapa isu perumahan yang sedang dihadapi oleh kerajaan negeri.
- Buat
masa sekarang, kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat mengamalkan
system laissez faire atau market driven terhadap perumahan. Pemaju boleh
mencadangkan apa jua projek perumahan asalkan ada permintaan dengan
syarat membina 30% rumah kos rendah.
- Pada masa dahulu, pemaju membina rumah untuk orang tempatan. Mereka membina rumah teres, apartment, LMC atau rumah kos rendah.
- Tetapi
kebelakangan ini pemaju-pemaju telah mengambil kesempatan membina rumah
mewah yang bernilai berjuta-juta ringgit. Rumah-rumah mewah ini seperti
Bungalow, Super Semi-D, super link yang bertingkat-tingkat kadang kala
bersaiz 4000 ribu kaki persegi. Ramai di antara pembeli-pembeli itu
bukan orang tempatan malah dari Indonesia, Singapura malah Hong Kong.
Saya yakin 90% rakyat Pulau Pinang tidak mampu membeli rumah-rumah
tersebut!
- Dalam
keadaan tanah yang cukup terhad di Pulau Pinang, kita tidak memerlukan
rumah 4000 sq ft. Ini adalah satu pembaziran tanah. Secara purata
anggota satu keluarga adalah lebih kurang 5 orang. Sememangnya tidak
perlukan rumah 3 tingkat, 4000 sq ft.
- Malah ini juga adalah satu environmental disaster. Cuba bayangkan berapa air-cond yang perlu dipasang dalam rumah 8 bilik?
- Tetapi pada masa yang sama, rumah kos rendah masih dalam keadaan sengsara.
Pulau Pinang masih memerlukan rumah kos rendah. Ini tidak harus
dipertikaikan. Saya rasa kesal kerana akhbar The Star telah memutar
belitkan comment saya bahawa Pulau Pinang akan mengharamkan rumah kos
rendah.
- Ramai
lagi golongan susah yang memerlukan rumah kos rendah. Saya tetap akan
mempertahankan dasar rumah kos rendah kerajaan negeri. Walau
bagaimanapun, rumah kos rendah harus hanya dijual kepada keluarga yang
betul-betul susah sahaja.
- Rumah
kos rendah sekarang adalah lebih kurang 500 sq ft. Kebanyakan rumah kos
rendah sekarang dibina beratus-ratus unit dalam bangunan 20 tingkat.
- Selepas
beberapa tahun, akibat kekurangan maintanence, kualiti pembinaan yang
teruk ataupun rekabentuk yang kurang sesuai, rumah kos rendah akan jadi
usang. Ia menjadi tidak selesa. Ada di sesetengah menjadi Blok pendatang
asing.
- Kita
harus berbuat sesuatu untuk meningkatkan kualiti hidup untuk orang yang
kurang kemampuan. Rumah kos rendah haruslah diperbesarkan dan juga
kualiti pembinaan yang lebih baik. Ia seharusnya dijual dan dikekalkan
untuk orang yang betul-betul miskin. Kumpulan yang berkemampuan haruslah
membeli rumah LMC, MC dan bukan berebut-rebut dengan orang susah.
- Gejala
di Pulau Pinang, malah di seluruh Negara adalah jurang rumah yang
semakin besar. Jurang antara rumah mewah dan rumah kos rendah agak
ketara. Rumah mewah dijual berjuta-juta ringgit tidak mampu dibeli oleh
rakyat Malaysia. Tetapi, Rumah kos rendah sedih keadaannya. Rakyat Pulau
Pinang tidak mempunyai pilihan! We just don’t have a choice!
- Sebagai
kerajaan, kita harus cuba menyelesaikan masalah ini. Kita harus focus
dasar-dasar kerajaan negeri kepada pembinaan rumah yang diperlukan oleh
majoriti rakyat Pulau Pinang.
- Apa
yang rakyat Pulau Pinang perlukan adalah “affordable homes, livable
environment”. Ia mungkin berbentuk Lower Medium Cost atau Medium Cost.
Rumah-rumah ini seharusnya lebih kurang 1000 kaki persegi, dengan harga
jualan RM 100,000-200,000. Ia akan menjadi rebutan.
- Kerajaan negeri harus menggubal dasar menggalakkan pembinaan rumah-rumah seperti demikian.
- Saya
ingin cadangkan dalam local plan, kerajaan negeri boleh menetapkan
syarat-syarat plot ratio, size rumah. Dengan menentukan plot ratio dan
size rumah, pemaju perlu membina mengikut syarat yang ditetapkan. MPPP
juga perlu memberi ketetapan yang jelas kepada pemaju supaya mereka
mengikut syarat-syarat.
- PDC
juga harus kembali fokus untuk membina rumah-rumah yang dicadangkan.
PDC harus kembali ke asas penubuhan iaitu membina rumah mampu milik.
Sekarang cabaran baru adalah rumah mampu milik dan selesa persekitaran.
Affordable homes, livable environment.
- Diharap
juga Housing Commission yang akan ditubuhkan nanti juga akan mengambil
langkah proaktif untuk memantau spekulasi harga jualan rumah rumah
“affordable homes, livable environment” ini. Saya cadangkan rumah-rumah
seperti begini hanya boleh dijual kepada setiap keluarga sekali sahaja.
Mereka harus diuruskan oleh Housing Commission supaya harganya tidak
akan dispekulasikan, supaya ia kekal mampu milik.
- Housing
Commission ini juga seharusnya memberi perhatian kepada isu yang serius
seperti Masalah JMB/MC, Strata title yang berpanjangan. Ada banyak
projek strata di kawasan Pantai Jerejak yang masih belum mendapat strata
title selepas 15 tahun. Kebanyakan sinking fund telah dihabiskan oleh
pemaju, dan penduduk dibiarkan begitu sahaja. Ada pula sesetengah pemaju
yang tidak bertanggungjawab, tetapi tidak pernah diambil tindakan
undang-undang.
- Saya
banyak mendapat pertolongan dari pejabat COB. Pegawai COB memang
dedikasi sehinggakan mesyuarat dengan penduduk sehingga larut malam.
- Walau
bagaimanapun, terlalu banyak masalah red-tape, tak ada follow up dan
kes-kes yang berlanjutan masih tidak dapat diselesaikan oleh pejabat
COB. Saya rasa tidak cukup leadership dan disiplin untuk menyelesaikan
masalah ini.
- Pejabat Exco harus memandang serious dalam permasalahan pejabat COB dan menyelesaikan masalah Strata Title Act dengan cepat.
- Kawasan
Bayan Baru yang pesat membangun menghadapi banyak masalah pemindahan
setinggan. Saya ingin membangkitkan masalah Kampung Sg Nibong Besar yang
sudah lama menjadi isu. Pemajunya JKP di bawah Kementerian Kewangan
masih enggan berkompromi dengan penduduk setempat.
- Selalu
UMNO menuduh kerajaan negeri tidak membantu orang kampung, kes Kg Sg
Nibong Besar ini adalah tanah kerajaan pusat. Orang kampung ini setiap
hari hidup dalam kerisauan, mereka khuatir kerajaan UMNO/BN akan halau
mereka bila-bila masa.
- Saya
merayu di sinilah, supaya sahabat kita dari BN, cuba bantulah orang
kampung. Bagilah pampasan dan ganti rumah yang bersesuaian.
- Satu
lagi kes setinggan yang besar melibatkan 1000 rumah dan 5000 penduduk
adalah kampung sg nibong kecil dan Sg Nibong Tengah. Tanahnya
persendirian. Sememangnya ia adalah tanggungjawab pemaju swasta untuk
menyelesaikan masalah setinggan. Tetapi saya merayu kepada ketua
menteri, kerajaan negeri dan MPPP supaya memberi perhatian kepada kes
ini. Pemaju seharusnya diwajibkan memberi pampasan atau ganti rumah yang
memuaskan dan menyelesaikan masalah pemindahan sebelum mereka diberi
kelulusan pelan bangunan.
- Saya
menyokong penuh kerajaan negeri dengan projek “Park and Ride” BEST
(Bridge Express Shuttle Transit). Saya harap kerajaan negeri
mempercepatkan cadangan ini. Kalau boleh kita juga harus cuba extend
system ini dari Seberang ke komtar, Bkt Mertajam ke FTZ dan sebagainya.
- Saya
agak prihatin kepada masalah kesesakan coastal road dari Batu
Maung-Queensbay sehingga USM exit. Adakah sebarang cadangan naik taraf
akan dijalankan terutamanya di kawasan-kawasan bottleneck seperti
jejantas LLM, Queensbay Interchange dan sebagainya. Harap Exco
Infrastruktur boleh menjelaskan dengan lebih mendalam.
- Untuk
perhatian Exco Kerja Awam, beberapa projek naik taraf parit telah
dijalankan di kawasan Pantai Jerejak. TEtapi kami menghadapi masalah
bottleneck di culvert-culvert yang mempunyai utilities seperti TNB,
Telekom, dan sebagainya. Ini adalah di bawah bidang kuasa JKR dan
pelbagai jabatan lain.
- Masalah
yang dibangkitkan oleh pegawai JPS adalah tiada mesyuarat kordinasi
yang boleh menyelesaikan masalah ini. Maka masalah banjir tidak dapat
diselesaikan.
- Saya
ingin mencadangkan kepada pihak Exco untuk menghidupkan semula
mesyuarat jawatankuasa utility dan services untuk menyelesaikan masalah
antara jabatan ini.
- Pada
8 Mac 2008, kebangkitan rakyat dalam PRU12 berjaya menumbangkan
kerajaan BN di beberapa negeri. Ini menunjukkan suara rakyat, suara
keramat.
- Selepas
kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri seperti Pulau Pinang,
Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak, rakyat dapat menikmati perubahan
yang ditunggu-tunggukan. Dasar-dasar mesra rakyat dijalankan oleh
kerajaan Pakatan Rakyat memaksa Barisan Nasional juga mengikut jejak
Pakatan.
- Walau
bagaimanapun, UMNO/BN masih dalam denial. Mereka cuba membangkitkan
pelbagai isu perkauman untuk membara sentimen orang Melayu umpamanya
supaya mereka mendapat sokongan yang telah meninggalkan mereka.
- Dalam
tahun ini sahaja, pelbagai demonstrasi dan isu perkauman dibangkitkan
oleh UMNO/BN. Contohnya perarakan Malidul Rasul, gambar palsu Ketua
Menteri memotong lembu korban, contohnya Menteri Pertahanan menuduh
Masjid di Pulau Pinang menggantikan nama agung.
- Kemudiannya,
demo peniaga komtar, demo oleh Pemuda samseng UMNO/BN membakar gambar
KM. Minggu lepas sekali lagi UMNO/BN cuba buat kacau dengan membuat demo
di depan DUN.
- Ini
semua cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha kita
mentransformasikan Negara kita ke Negara yang demokratik dan maju. Dalam
perjalanan kita ke Negara yang demokratik, penuh dengan onak duri.
Pihak yang berkepentingan akan cuba sedaya upaya untuk mengagalkan
tranformasi ini.
- Maka
adalah penting rakyat disedarkan dan difahamkan dengan cabaran ini dan
bertekad bersama-sama untuk menjayakan proses demokrasi.
- Kerajaan Negeri harus memainkan peranan yang aktif dalam menjayakan transformasi Negara ke Negara demokrasi.
- Saya
ingin mencadangkan kepada Ketua Menteri untuk menubuhkan satu Tabung
Pendidikan Demokrasi Pulau Pinang atau Penang Democracy Education Fund.
- Tabung
ini bertujuan membantu masyarakat madani atau civil society,
badan-badan NGO, Mafrel, Bersih, MTUC, NJU, Parti-parti Politik tanpa
mengira fahaman politik, sehinggakan Resident Associations dan JKKK
untuk menjalankan aktiviti, latihan dalam pendidikan demokrasi.
Aktiviti2 tersebut seharusnya bertujuan mempromosikan demokrasi dan
masyaraka madani.
- Contohnya,
Badan-badan NGO boleh anjurkan workshop tentang isu demokrasi. NGO
seperti SUARAM atau MyConstitution boleh menjalankan seminar tentang
perlembagaan. NGO Bersih dan Mafrel boleh jalankan aktiviti memantau
pilihanraya. National Journalist Union boleh meminta bantuan kewangan
untuk menjalankan latihan dalam professional journalism. Citizen
Journalist boleh meminta bantuan dalam membeli peralatan. Resident
Association atau JKKK boleh adakan forum untuk memahami perkembangan
politik semasa.
- Semua
bantuan ini akan memantapkan pemahaman demokrasi secara tulen dan ini
akan membantu Negara mencapai demokrasi yang tulen dan masyarakat yang
matang.
- Sebenarnya
konsep ini bukan baru. Negara German selepas mengalami zaman kegelapan
nazi, baru sedar bahawa pendidikan demokrasi adalah tunggak kepada
Negara yang stabil dan maju. Maka mereka menjalankan pendidikan
demokrasi dengan aggressif. Kerajaan memberi grant dan bantuan dalam
pelbagai aktiviti NGO dan parti politik.
Program ini begitu Berjaya, sekarang Negara German adalah sebuah Negara
demokratik yang begitu stabil dalam masa yang begitu singkat iaitu
hanya sejak 1945. Kestabilan politik dan demokrasi juga Berjaya memacu
pertumbuhan ekonomi yang pesat.
- Sekarang
Negara German telah Berjaya berubah dari sebuah Negara zalim Nazi
kepada sebuah Negara demokratik dan maju dan disanjung dunia.
- Kerajaan
Negeri Pulau Pinang harus menerajui tranformasi Demokrasi Negara kerana
sememangnya Pulau Pinang adalah epicenter of the political tsunami
2008.
- Maka
dengan ini saya ingin cadangkan supaya kerajaan negeri memperuntukan
hanya RM2 seorang rakyat PPinang dalam tabung ini. Buat masa ini,
populasi negeri PPinang adalah 1.6juta, maka Tabung ini seharusnya
diperuntukan RM3.2 juta.
- Saya
juga ingin cadangkan supaya menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Exco
portfolio perhubungan masyarakat iaitu TKM1 untuk melulus dan memantau
permintaan Tabung Pendidikan Demokrasi ini. TKM1 boleh dibantu oleh
Bekas Pengerusi Bar Council En Yeoh Yang Poh. Semua permintaan dan
kelulusan harus dilaporkan setiap tahun berlandaskan prinsip CAT.
- Saya menyeru ketua menteri dan kerajaan negeri memberi pertimbangan yang serius ke atas cadangan saya ini.
No comments:
Post a Comment