Semalam, dalam artikel bertajuk "Play the game according to the ‘rules’ or else quit the game," Raja Petra Kamarudin tulis:
Zaid has to be consistent. If he wants to be seen as a man of principles, and if he claims that the party election is fraudulent, then there are no two ways about it. Zaid must walk the talk or else be known as a man who pulls his principles out of his pocket only when it works against him but will leave his principles hidden in his pocket when he can profit from it.Hari ini, selepas mengumumkan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata:
"I don’t think anyone wants me now ... I will stay on (as a PKR member). But that is all I can do for now" (lihat "Zaid: I don’t think anyone wants me now")Dari awal lagi, dengan usaha habis-habisan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR dan segala amalan yang nampak tidak adil dan tidak bersih kian menjadi-jadi dalam pemilihan PKR terutama pemilihan jawatan nombor duanya, ramai yang yakin Azmin pasti akan menjadi Timbalan Presiden. Saya dah lama yakin 100 peratus.
Saya tidak suka Azmin. Tetapi kalau demokrasi memilih Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, saya tak boleh buat apa-apa sambil menyimpan rasa tak suka.
Ia sama seperti saya tak suka Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ketika mereka memegang jawatan itu dahulu (zaman Tun Hussein Onn atau dua Perdana Menterui sebelumnya naik, saya tak berapa ketahuan lagi bab-bab politik ni). Ia sama seperti saya tak suka Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Ia juga sama seperti saya tak suka Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kini atau Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Saya benar-benar tak suka. Tetapi oleh kerana demokrasi telah memilih mereka, saya terpaksa merelakan status quo walaupun rasa tak suka bengis membara.
Sambil itu, saya tetap mempersoalkan proses demokrasi yang mengangkat mereka. Saya tetap tidak yakin proses demokrasi negara ini berjalan adil dan bersih. Tak yakin langsung.
Begitu juga, saya tetap tidak yakin proses pemilihan di dalam PKR berjalan adil dan bersih. Tetapi, tentulah kita tidak boleh mengharapkan Tian Chua memimpin demonstrasi Bersih di hadapan pejabat PKR di Merchant Square.
Ketika demokrasi berdarah dan bernanah di dalam PKR dan PAS pula sedang basah berpeluh bermain kejar-kejar dengan undi Melayu, saya tertarik dengan komen di bawah tulisan Zaid bertajuk "Withdrawal from Deputy President contest" di dalam Malaysia Today hari ini:
BN and especially Najib/Rosmah are laughing their way to PUTRA JAYA again come next GE.Memang benar, jika orang-orang Umno tidak jatuhkan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor akan tetap menjadi Perdana Menteri de facto selepas pilihan raya umum akan datang.
Menghadapi keadaan itu, ramai kawan yang marah kat saya apabila saya kata kita undi calon yang tak karut-marut sahaja. Yang karut-marut tak payah pergi mengundilah dan kalau mereka bertanding di tempat kita, kita pergi tempat lain untuk membantu calon-calon yang tak karut marut. Namun mengundi mereka apa lagi calon Barisan Nasional (BN), na'zubiLahi min zalik.
Saya bernasib baik kerana tidak mengundi di Gombak, Gombak Setia atau Sala umpamanya (sekadar menyebut beberapa contoh dan dengan mengambilkira jika wakil Pakatan Rakyat yang menawarkan diri kelak masih lagi orang yang sama seperti pilihan raya 2008 lalu). Saya harap Nurul Izzah Anwar yang saya dan isteri saya undi di Lembah Pantai tidak berubah menjadi buruk kelaku.
Baca ini:
Zaid’s political secretary Rashid Azad Khan said the polls should be called off in view of allegations of irregularities and claims of phantom voters.
“For example, our polling agent reported that the voter turnout in Kubang Pasu was only 84.
“But the initial vote tally showed that Azmin clinched 80 votes while Zaid garnered 76 votes.
“Where did the additional 72 votes come from? Could they be phantom voters?’’ he asked.
Rashid also said the agents had reported that there was a 30-minute blackout immediately after balloting ended at 4pm Friday.
“Candidates’ agents were not allowed in, and the ballot boxes were not sealed at the time,’’ he claimed, adding one of the election officer was caught on camera wearing Azmin’s campaign badge raising questions over their impartiality.
Rashid claimed that following complaints, the election monitor decided that the Kubang Pasu result should be a tie of 81-81.
“I am appalled. How can the results simply be amended?’’ he asked (baca selanutnya dalam The Star 30/10/10 "PKR polls: Zaid leading amidst allegations of phantom voters, irregularities")
No comments:
Post a Comment