Wakakaka!
Sembang dalam TV bukan main hebatt!
Ceramah kat Putrajaya bukan main memekik!
Konon Felda banyak duit!
Konon Felda banyak aset!
Yang paling best.. Siapa kata Felda bangkrup PENGKHIANAT!!
Wakakaka!
Ni apsal slow-slow pujuk peneroka felda neh?
Ni apsal diam-diam minta tolong peneroka felda neh?
Time untung sorang-sorang?
Time tipu sorang-sorang?
Time Syok sorang-sorang?
Ni dah nak macam nak bangkrup (ataupun dah bangkrup?)
Baru nak terhegeh-hegeh pujuk peneroka agar jangan saman?
Aikkk??
quote
"Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda."
wakakaka!! wujudkan suasana tidak harmoni??
Abis selama ni harmoni la ye?
Tipu peneroka dengan gred sawit tu harmoni la pada UMNO ye?
Aduyaiii!!
Kalau makcik pakcik felda tak faham lagi tak tau laaa..
Kena mandi bunga satu felda neh!
orang UMNO felda je laaaa!!
wakakakaka!
sunsnake 24122010
Felda 'rayu' jangan saman
Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka. Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka. Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda. Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda. |
No comments:
Post a Comment