Friday, January 28, 2011

Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?

Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib??

No comments:

Post a Comment