Friday, January 28, 2011

Tenang : Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Engkau, Ya ALLAH

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Selawat dan Salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Selamatkanlah negara kami Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Sekiranya kami dan pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah kami dan mereka, wahai ALLAH.

Sekiranya para pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Normala binti Aminah telah Engkau takdirkan sebagai pemimpin kami, maka kami mohon pertolongan Engkau wahai ALLAH, permudahkanlah usaha dan perjuangan kami dalam majlis penentuan pemimpin kami di bumi milik Engkau ini. 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah dan iringilah majlis penentuan kami ini dengan rahmat Mu dan akhirilah majlis penentuan ini dengan kemenangan kepada hamba Mu Normala binti Aminah. 

Ya Rabb, sepertimana kasihnya kami kepada Normala binti Aminah, mohon kami kepada Engkau Ya Allah, limpahilah, kurniakanlah dan cucurilah kasih Engkau kepada hamba Mu Normala binti Aminah kerna sesungguhnya kasih Engkau adalah nikmat yang penuh hikmah. 

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki Engkau yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah.

Selawat dan salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Ameen Ya Rabb.
Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment