PETALING JAYA 2 FEB : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa kadar inflasi yang dilaporkan oleh Bank Negara dan kerajaan bahawa kadarnya adalah rendah hanya sekadar mahu mengaburi mata rakyat tatkala realitinya harga barangan dan perkhidmatan terus naik mendadak.
Rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan harian dalam masa beberapa bulan sahaja jelas menunjukkan kerajaan mengambil tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.
"Keadaan inflasi di bawah Bank Negara Malaysia, kadar inflasi di bawah kerajaan Malaysia hanyalah sekitar 2.07% tapi realiti di bawah itu kalau dulu 1kg bawang hanya RM1.60 sekarang dah naik RM5.00 dan saya pasti akan naik lagi tapi isunya statistik yang dibekalkan semua tak boleh pakai, tak boleh dipercayai, penipuan belaka," katanya.
Peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan meningkat secara mendadak tidak seiring dengan pendapatan yang diperolehi rakyat apabila kadar gaji tidak berubah.
Kenaikan harga barangan bersubsidi iaitu petrol, gas LPG, diesel dan gula jelas menunjukkan kadar inflasi negara sememangnya tinggi dan bukannya sederhana seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Umno-BN.
Pada 1 Februari lepas, Petrol Ron 97 Naik RM0.10 lagi menjadikan harganya meningkat menjadi RM2.50 peningkatan kali keempat dalam tempoh 3 bulan.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalamnya.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
"Kerana itu rakyat marah dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan (BN) berkisar tentang ekonomi negara itu tidak dibuat memikirkan tentang kepentingan rakyat jelata," katanya
No comments:
Post a Comment