Sunday, April 10, 2011

Benarkah Pendapatan CEO Maybank Sebanyak RM4.697 juta Setahun?


Sadis dan amat mengemparkan sekiranya dokumen yang penulis perolehi daripada seorang sahabat melalui e-mail berkenaan ketidakpuasan hati persatuan pekerja Bank, National Union Of Bank Employees (NUBE) bertarikh 07 Februari 2011 yang bertajuk "Pendapatan CEO Maybank - Penemuan Yang Mengejutkan". Persatuan berkenaan serta ahli-ahlinya mempertikaikan bonus seorang kakitangan "Government Link Agency (GLC)" yang berjawatan Chief Executive Officer (CEO) memperolehi jumlah pendapatan tahunan bagi tahun 2010 sebanyak RM4,697,000 juta!



Bagi penulis, amat tidak dihairankan sama sekali situasi atau keadaan di mana-mana institusi GLC. Pihak pengurusan (management) memperolehi bonus yang berlipat-lipat ganda sehingga ada yang mencecah puluhan bulan sedangkan kakitangan bawahan hanya mendapat satu atau dua bulan sahaja. Malahan ada terdapat kejadian di mana kakitangan-kakitangan di syarikat GLC yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bonus (tanpa apa-apa sebab tindakan disiplin) kononnya, atas faktor "performance base" sedangkan pihak pengurusan atasan sewenang-wenangnya membolot jutaan ringgit imbuhan bonus.

Bagaimanakah pihak pengurusan Maybank terutama ahli lembaga pengarahnya boleh membiarkan situasi sebegini? CEO dibayar bonus jutaan ringgit setahun. Bagaimana dengan kaitangan pertengahan dan bawahan? Berapa gi mereka? Berapa bonus mereka? Kalau  begini caranya, keuntungan Bank yang banyak diperolehi daripada aktiviti "Treasury" dan "Trade Financial Services" hanya dapat digunakan untuk membayar bonus CEO dan pihak pengurusan atasannya (top managment). Pendeposit pula dapat apa? Keuntungan sebanyak 3% hingga 5% setahun?

Pihak Kerajaan terutamanya Menteri dan Timbalan Menteri yang berkenaan harus peka dengan keadaan ini memandangkan situasi ini sekiranya dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan barah yang akan merebak yang boleh meruntuhkan sesuatu institusi GLC akibat dari kesan ketidakuasan hati pekerja-pekerja GLC peringkat bawahan dan pertengahan.

No comments:

Post a Comment