Sunday, April 10, 2011

Ibrahim Ali Anggap Isteri Pemuas Nafsu Seks Suami Semata-Mata?



Penulis jarang mengambil kisah mengenai apa yang sering diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali sebelum ini. Namun apabila sesuatu yang mengarut yang diucapkannya dipetik oleh akhbar asing, maka seseorang perlu menegurnya.

Di dalam sebuah portal online dari Australia, smh.com.au,  memetik Ibrahim Ali sebagai berkata:

Malaysian men have extramarital sex because of "wives who neglect their responsibilities" to their husbands, a Malaysian MP has told his country's Parliament, outraging women's groups. "Husbands driving home after work see things that are sexually arousing and go to their wives to ease their urges," said independent lawmaker Ibrahim Ali, according to online portal Malaysiakini. "But when they come home to their wives, they will say, 'wait, I'm cooking,' or 'wait, I'm getting ready to visit relatives,'" Mr Ibrahim said.  "In Islam, wives are supposed to stop everything to fulfil their husband's demands." Mr Ibrahim heads Perkasa, a right-wing Malay nationalist group, seeking to protect ethnic Malay dominance in politics.
His strident comments came as he asked about plans by the government's religious development department to educate wives on their responsibilities. Wives "failing in their duties" pushed men to go to "private places to satisfy their urges", he said. An aide to the lawmaker has confirmed the remarks but has declined further comment.

Apa yang cuba disampaikan oleh Ibrahim Ali? Apakah seorang isteri diperumpamakan sebagai objek seks pemuas nafsu seorang suami. Sememangnya terdapat Hadis Sahih Rasulullah SAW yang menyebut tentang kewajipan seorang isteri untuk melayani suaminya. Namun apakah ini bermakna kegagalan si isteri menjalani kewajipannya itu dengan alasan sakit, penat, tidak bernafsu, mempunyai masalah dan sebagainya memberi lesen kepada si suami untuk "makan luar". 

Apakah kita dapat menerima alasan suami seperti dalam fikiran Ibrahim Ali, boleh mendapatkan seks bila-bila masa yang mereka suka dari si isteri atau berhadapan dengan tindakan suami makan luar? Patutlah gejala perlacuran berleluasa, pusat-pusat spa dijadikan dinding untuk aktiviti-aktiviti perlacuran, rumah-rumah urut halal dan haram bertambah dan peningkatan secara drastik  pelacur-pelacur asing berhijrah ke Malaysia untuk melayan suami-suami yang kehausan seks ini. 

Ibrahim Ali ... Ibrahim Ali. Jadi wajarlah tindakan penulis masih tidak menganggotai PERKASA sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment