اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، وَلاَ تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلُّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami kebenaran dengan sebenar-benarnya, dan doronglah kamu supaya mengikutnya. Ya Allah, perlihatkanlah kepada kebatilan dengan sebenar-benarnya, dan doronglah kami supaya menjauhinya. Janganlah Engkau jadikan ia mengelirukan kami, lalu kami tersesat. Jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. اللَّهُمَّ مَنْ أَرَادَ بِالإِسْلاَمِ وَأَهْلِهِ خَيْرًا فَوَفِّقْهُ إِلَى كُلِّ خَيْرٍ، وَمَنْ أَرَادَ بِالإِسْلاَمِ وَأَهْلِهِ شَرًّا فَاخْذُلْهُ، وَاجْعَلْ تَدْبِيْرَهُ تَدْمِيْرَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ، Ya Allah, sesiapa yang inginkan kebaikan pada agama Islam dan orang-orang Islam, doronglah ia kepada segala kebaikan. Sesiapa yang inginkan kejahatan pada agama Islam dan orang-orang Islam, hinakanlah ia dan jadikan perancangannya penyebab kepada kebinasaannya, wahai Tuhan sekalian alam. اللَّهُمَّ مَنْ عَمِلَ عَلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ وَالْمُسْلِمِيْنَ فَأَعِزَّهُ، وَمَنْ عَمِلَعَلَى ذِلَّةِ الإِسْلاَمِ وَالْمُسْلِمِيْنَ فَأَذِلَّهُ، Ya Allah, sesiapa berkerja untuk kemuliaan agama Islam dan orang-orang Islam, muliakanlah ia. Sesiapa yang berkerja untuk kehinaan agama Islam dan orang-orang Islam, hinakanlah ia. اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ شَيْئاً فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ، وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ شَيْئاً فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . Ya Allah, sesiapa yang memimpin sesuatu urusan orang-orang Islam, lalu ia mempermudahkan urusan mereka, maka permudahkanlah untuknya. Ya Allah, sesiapa yang memimpin sesuatu urusan orang-orang Islam, lalu ia menyusahkan mereka, maka susahkanlah ia, dengan rahmatMu, Tuhan Yang Maha Pemurah. Sumber asal: ‘Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.‘a.w berdoa: “Ya Allah sesiapa yang memimpin sesuatu urusan umatku lalu ia menyusahkan mereka, maka susahkanlah ia. Ya Allah, sesiapa yang memimpin sesuatu urusan umatku lalu ia mempermudahkan mereka, maka permudahkanlah ia.” (Sahih Muslim) |
Monday, April 11, 2011
Doa PAS Sedia Ganti UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment