Tuesday, June 21, 2011

Gara-gara Utusan Malaysia, pemimpin Umno perbodoh diri sendiri


WarkahDaily – Semuanya dilondeh diri sendiri, bukan orang lain yang cakap pun. Semalam dalam laporan Harakahdaily, seorang Adun Barisan Nasional (BN) dari Kelantan secara terang-terangan telah menyerlahkan kejahilan diri sendiri apabila bertindak mempertahankan tindakan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia yang sesuka menyebar fitnah dan menghina Islam.

Utusan Malaysia yang memang terkenal dengan laporan provokasi dan fitnah itu boleh dinobatkan sebagai akhbar bertaraf perosak minda rakyat apabila senantiasa menyebarkan berita bohong dan merosakkan minda rakyat negara ini sehingga meletakkan negara Malaysia sebagai negara yang berada di kelas bawahan dalam dunia penyiaran berita apabila sesuka hati menyebarkan berita fitnah dan bohong tanpa ada bukti kukuh.

Namun, gara-gara mempertahankan fitnah dan penghinaan Utusan terhadap Islam, seorang Adun BN, Mat Yusof Abdul Ghani (BN-Nenggiri) begitu lantang mempertahankan usaha jahat Utusan itu kerana menyangka kerajaan Kelantan menghalang Utusan daripada membuat liputan kerana penyebaran video seks fitnah terhadap Anwar.

Adun murahan Umno-BN Kelantan itu telah dengan sengaja perbodohkan diri sendiri apabila mempertahankan akhbar berkenaan menyiarkan berita porno, hina Islam dan berita fitnah dan bohong sekadar untuk meraih keuntungan daripada isu hangat yang diperkatakan. Betapa jahil agamanya pemimpin Umno.

Ini berikutan tindakan kerajaan negeri mengharamkan wartawan Utusan Malaysia daripada membuat liputan semua program dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran karikatur yang menghina Islam yang disiarkan akhbar Umno itu.

Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nengiri) semasa membangkitkannya pada sesi perbahasan tentang rang undang-undang perbekalan tambahan dengan bertanya adakah adil kerajaan negeri mengecam Utusan Malaysia.

Beliau manambah isu yang diketengahkan akhbar itu telah dilaporkan oleh pelbagai pihak secara umum dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar itu sahaja kerana ia milik syarikat yang berorientasikan keuntungan.

Menurut Mat Yusof, adalah menjadi hak akhbar terbabit untuk menyiarkan apa sahaja bentuk berita.

Beliau berkata demikian ketika meminta laluan sewaktu Muhammad Mustapha (PAS-Demit) berucap menyokong perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011, sempena Sidang Dun Kelantan, semalam.

“Kita tidak boleh menyekat mereka, itu hak dia untuk menyiarkan apa saja dalam akhbarnya,” ujar Mat Yusof.

Muhamad Mustafa (PAS-Demit) yang mencelah berkata, akhbar tersebut tidak seharusnya menjadi hamba kepada duit dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melanggar hukum Allah.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) mengatakan, adalah tidak wajar bagi Utusan Malaysia untuk memperkecilkan Islam apabila yang berada di sebalik akhbar itu adalah orang beragama Islam.

"Saya masih ingat bahawa Kerajaan Kelantan juga melakukan protes terhadap akhbar Denmark kerana menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

"Tetapi dalam kes ini, terdapat satu akhbar Melayu (Utusan) yang melakukan perkara yang memberi kesan yang sama malah ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan selagi mereka tidak meminta maaf, mereka haruslah menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan," katanya.

Setiasusaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhil Shaari memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa Utusan Malaysia telah diharamkan daripada membuat liputan terhadap acara-acara yang di hadiri menteri besar dan persidangan dewan undangan negeri berkuatkuasa serta merta.

Beliau menambah bahawa pengharaman itu akan dilaksanakan sehingga akhbar itu meminta maaf di atas perbuatannya menyiarkan karikatur tersebut.

Dipetik dari Harakahdaily, Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) bagaimanapun memberitahu, tindakan kerajaan negeri menghalang akhbar terbabit membuat liputan majlis kerajaan negeri termasuk kenyataan Menteri Besar bukan hanya masalah fitnah, sebaliknya menyiarkan kartun yang menghina Islam.

Katanya, boikot itu langsung tidak ada kaitan dengan Anwar, sebaliknya kerana menyiarkan kartun menghina Islam.

“Kita desak akhbar ini meminta maaf secara terbuka kerana sekiranya perkara itu dipertahankan ianya akan merosakkan akidah,” ujarnya.

Menurutnya, tidak ada sebab akhbar terbabit tidak boleh memohon maaf secara terbuka memandangkan tindakan itu melukakan hati umat Islam.

Lihatlah, jelas sekali mentaliti pemimpin Umno yang disangka cerdik, hebat dan memperjuangkan bangsa dan agama Islam, tanpa memikirkan nilai-nilai moral, agama dan tanpa memikirkan integriti dan kejujuran, mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata walaupun terpaksa mengorbankan agama, bangsa dan negara.

Mereka sanggup bersekongkol sesiapa sahaja yang membuat penghinaan terhadap Islam asalkan matlamat politik murahannya tercapai.

Jika pemimpin sebegini berterusan diberi peluang memerintah negara, alamatnya sudah pasti negara ini semakin punah dan rosak.

No comments:

Post a Comment