Tuesday, June 21, 2011

Kerajaan BN pimpinan Najib berbelanja RM162.8 bilion dalam masa tiga bulan?


WarkahDaily – Negara kaya mana di dunia yang berbelanja semewah negara pimpinan Najib Razak yang dilaporkan telah memperuntukkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM13.2 bilion walaupun kerajaan baru sahaja membentangkan belanjawan asal RM162.8 bilion yang baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

Kenapa perlu kepada perbelanjaan tambahan RM13.2 bilion sedangkan kerajaan baru sahaja membentang belanjawan sebanyak RM162.8 bilion.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan Dewan Rakyat telah mempertikai peruntukan tambahan yang dibuat kerajaan Najib dalam keadaan ekonomi negara dilaporkan tidak stabil.

Dipetik dari Harakahdaily, Anwar berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang turut mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Beliau mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.

"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen semalam.

Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU namun ianya mendapat bantahan bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Isu IPP itu disebut Anwar ketika mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata insentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

No comments:

Post a Comment