Thursday, July 28, 2011

Milik Siapa Syarikat ini??

Dengan berbekalkan RESTU secara hitam putih dari Najib mereka berani menjalankan projek raksaksa yang bernilai RM300Billion.. err.. komisyen berapa agaknya?

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint Sdn Bhd mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).


Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

“Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail kepada pemberita selepas satu pengumuman di sini Mandarin Oriental Hotel di sini petang ini.

TOAG, rangkaian paip gas semula jadi serantau yang pertama, akan menghubungkan Mersing dengan Jakarta, utara Kepulauan Natuna, Ho Chi Minh City, Hanoi, Guangzhou dan Hong Kong.

Gas, yang kebanyakannya dari Indonesia, akan disalurkan melalui saluran 8,000 kilometer kepada pembeli-pembeli di China sebaik sahaja ia selesai dalam 10 tahun.

Syarikat dalam konsortium terdiri daripada Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd, PWS Manufacturing Sdn Bhd, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Asia Bolts and Nuts Group, Lotus Action Sdn Bhd dan Techknow Industrial Sdn Bhd.

Pembiayaan bagi projek akan datang daripada Rochester Foundation Inc, syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, di mana pengerusinya ialah Robert Smith Sr, yang juga rakan kongsi PanelPoint.

Che Nordin berkata, syarikat itu telah memulakan perbincangan dengan kerajaan Vietnam dan pembeli-pembeli gas berpotensi di China berhubung projek ini, tetapi belum ada perjanjian formal ditandatangani dengan mana-mana kerajaan.

Bagaimanapun katanya, PanelPoint sudah pun mengadakan perjanjian dasar dengan Vietnam berdasarkan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara dua negara pada 2005 untuk membangunkan industri gas dan minyak di negara Asia Tenggara itu.

“Perjanjian kami dengan Vietnam masih sah,” kata beliau.

Che Nordin juga berkata, PanelPoint juga telah mengadakan perbincangan dengan pembekal-pembekal gas berpotensi, tetapi mahu memulakan perbincangan rasmi dengan Petronas dalam dua bulan.

PanelPoint akan mula membina saluran paip dalam enam hingga 12 bulan di Malaysia ekoran respons yang baik diperoleh daripada Putrajaya dan kerajaan negeri Johor dan Pahang, dan saluran paip ini kemudian akan menghubungkan Rusia.

No comments:

Post a Comment