Saturday, August 20, 2011

SAH!! Undi Pos Bantu Kemenangan BN!!

Mengapa SPR terus berdiam? Difahamkan, ada lagi 4 pengakuan 'mengundi DUN dan Parlimen bagi pihak'. Maka tidak hairanlah mengapa undi pos sangat penting bagi kerajaan hingga tidak sanggup mereformasikannya sepertimana tuntutan BERSIH.

Andainya undi tersebut dihabagi 2, separuh untuk BN dan separuh untuk PR, itu sedikit baik. Tetapi malangnya kita mendapati, hampir keseluruhan undi pos jatuh ke tangan BN dengan alasan - polis dan askar taat mengundi kerajaan. Sedangkan sebenarnya, polis dan askar juga ramai yang telah benci kepada kerajaan korup penindas rakyat.

Berikut adalah laporan Malaysiakini:

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. -mkini

No comments:

Post a Comment