Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Bin Omar, En. Mohamed Nasir Bin Hj Ahmad dan En. Kamarulzaman Bin Ibrahim. Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa En. Abu Bin Kassim dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos. Tan Sri Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS megambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.
Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela. Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan displin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut. Saya penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil kehadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.
Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menyalahkan pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.
Sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos. Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos. Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera.
Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita. Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya.
No comments:
Post a Comment