Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.
Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.
Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.
Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.
Mahathir kembali di atas pelana?Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.
"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.
Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.
Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.
Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.
Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.
Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.
Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?
Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.
Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.
Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.
Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.
Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.
Najib lawan balikBarangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.
Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.
Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.
Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.
No comments:
Post a Comment