Tuesday, October 25, 2011

PKR Memang Bodoh Dan Sengaja Cari Penyakit



Bersihkan parti dari ‘hantu raya’

'Hantu raya' atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri.

REMBAU – Kepimpinan PKR harus bersih dari kehadiran ‘hantu raya’ yang boleh menggugat kestabilan parti, kata Setiausaha PKR Cabang Rembau, Norazizi Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini ialah kerana masih ada ‘hantu raya’ yang menghuni dalam kepimpinan PKR termasuk dalam PKR Negeri Sembilan.

Menurutnya, ‘hantu raya’ atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada calon Umno ketika Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.


Norazizi berkata beliau pelik walaupun calon-calon PKR tersebut telah mendedahkan nama pemimpin yang cuba menjadi orang tengah Umno dan isu tersebut di bawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN). Tetapi kepimpinan PKR Negeri Sembilan tidak mengambil sebarang tindakan malah melantik semula individu tersebut dengan jawatan tinggi dalam MPN.

“Dua orang yang telah membuat pengakuan bahawa mereka ditemui individu tersebut ialah calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan calon Dewan Undangan Negeri Sikamat, Aminuddin Harun,” katanya.

Katanya, adalah diyakini individu tersebut berjaya menyusup masuk dan kini mendapat kepercayaan dalam MPN Negeri Sembilan dan sedang mempersiap diri sebagai calon.

“Justeru itu saya telah membentangkan usul ini di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Rembau minggu lepas agar parti harus dibersihkan daripada ancaman individu-individu yang boleh menggugat parti dan usul ini telah diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

“Secara terus terang saya berasa gusar kerana kemungkinan peristiwa di Perak akan berulang jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri dan ianya mungkin dengan kelebihan majoriti tipis sahaja”
, jelas Norazizi.

Norazizi menambah PKR harus belajar dari sejarah pengkhianatan di Perak yang akhirnya rakyat hilang kepercayaan kepada PKR dan berlaku krisis kepercayaan (crisis of confidence).

Untuk rekod Badrul Hisham kalah kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan perbezaan 5,746 undi manakala Aminuddin pula menumpaskan ‘orang kuat’ Umno Sikamat, Mohd Yusop Harmain Shah dengan majoriti 499 undi. -  


No comments:

Post a Comment