PUSAT TARBIYAH/MUSOLLA BENDANG SIAM BARU

Buat pembaca sekalian, kepada mereka yang mempunyai rezeki yg berlebihan ataupun yg ingin bersedekah, berzakat atau mewakaf,Pihak pusat tarbiyah amat mengalu-alukan sumbangan dari Tuan/Puan sekalian. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun BSN untuk Tabung Pembangunan PUSAT TARBIYAH/MUSOLLA No akuan:(0822-8410-0000-4405).Cikgu'Hassan bin ahmad Hp No: 019 5789690

Wednesday, December 21, 2011

Nizar tetap disokong sebagai MB, jika Pakatan Rakyat tawan Perak

Pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti itu tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, jika Pakatan Rakyat kembali menguasai negeri itu. 

Kenyataan ini dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang disiarkan dalam Portal Berita Roketkini.com. hari ini.

Sejak peristiwa hitam rompakan kuasa BN terhadap kerajaan negeri Perak, DAP sudah berkali-kali menegaskan bahawa mereka tetap menyokong kepimpinan Nizar jika ditakdirkan PR kembali berkuasa di Perak.

Portal itu juga menyiarkan keyakinan DAP Perak bahawa mereka akan kembali berkuasa jika Pilihanraya Umum diadakan pada masa terdekat. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koh Ham berkata PR dijangka memenangi 33 dari 59 kerusi Dun Perak.

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...