Tuesday, October 2, 2012

Menteri wanita tidak faham kehendak wanita


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang teruk hari ini ekoran kenyataannya bahawa Malaysia tidak memerlukan pejuangan hak wanita.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disifatkan tidak sensitif dengan isu gender dan wanita ekoran kenyataannya itu.
Najib ketika berucap di Hari Wanita berkata, Malaysia tidak memerlukan perjuangan hak untuk wanita kerana semua hak mereka telah diberikan oleh kerajaan.
Ia termasuk memberikan hak mengundi kepada mereka yang diberikan sejak dari awal lagi.
Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dalam kenyataannya berkata, dalam Islam hak wanita telah diberi 1433 tahun yang lalu.
Tetapi ia tidak bermakna perlaksanaan dan pemberian hak menjadi otomatik.
"Masih perlu diperjuangkan," kata beliau melalui Twitternya.
Beliau menyifatkan Najib dibesarkan dalam lingkungan elit dan tidak berupaya memahami masalah wanita diakar umbi.
Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula menyifatkan Menteri yang menjaga urusan wanita ini tidak sensitif dengan isu gender.
Pagi tadi, Pakatan Rakyat dalam sidang medianya memaklumkan hasrat mereka untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN.

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad.
Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”.
Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda.

No comments:

Post a Comment