Tuesday, October 2, 2012

Mungkin ini kut sebab Najib ponteng sidang parlimen semalam?


Aku cukup yakin, kalau Umno BN menang lagi PRU13 akan datang, bukan takat GST malah banyak lagi cukai lain yang akan kerajaan kenakan untuk dapat balik dana yang terpaksa kerajaan bagi dalam belanjawan 2013 untuk beli undi PRU13. 
Roketkini melaporkan: 
Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan muslihat untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara senyap oleh kerajaan UMNO-BN melalui Bajet 2013 yang telah dibentang Perdana Menteri, Najib Razak Jumaat lalu.
Bercakap dalam sidang berita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk menafikan bahawa kerajaan berhasrat untuk melaksanakan cukai GST selepas Pilihanraya Umum ke 13, pada tahun 2014.

Chin Tong menyebut bahawa teks ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri secara senyap telah menyelitkan hasrat untuk mengimplementasi cukai GST. - Roketkini.
Aku rasa pasai ni kut Najib tak berani hadir sidang parlimen semalam, takut terkanjai tak boleh nak jawab kalau disoal pasai cukai GST ni.

Memang pun, kalau tengok ke tindak tanduk kerajaan sebelum ni, memang kerajaan berhasrat sungguh nak laksanakan GST ni, tapi bila tengok ke mood rakyat yang tak berapa nak setuju, takut rakyat tak undi Umno BN masa PRU13 nanti.

Aku ada tulis sebelum ni:
Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen esok ditangguhkan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Katanya, ini ekoran keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen yang bermula esok.Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang GST itu sebagai satu kemenangan rakyat. Ibid.
Roketkini juga melaporkan:
“BR1M dan BR1M 2.0 yang mahu diberi kepada rakyat, akhirnya akan dikutip semula melalui cukai GST ini,” ujarnya sambil menyebut bahawa pengecualian cukai 1% yang disebut Perdana Menteri juga bukanlah sebuah ‘hadiah’ malah sebenarnya dibuat dalam rangka melaksanakan cukai GST.

Bercakap dalam sidang media serupa, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menempelak Perdana Menteri dan kerajaan kerana tidak berani untuk memaklumkan secara jelas hasrat untuk menambah cukai rakyat ini.

“Dasar cukai baru adalah amat penting dalam keadaan negara hari ini. Oleh itu kerajaan harus jelas dan jangan sembunyi-sembunyi. Nampaknya ada muslihat yang lebih besar,” kata beliau.

Kenyataan media bersama Pakatan Rakyat yang dibacakan pada sidang media tersebut memperjelaskan bahawa tanggapan bahawa beberapa ratus jenis barangan yang dinikmati golongan miskin tidak dikenakan cukai GST adalah tidak benar kerana melalui pelaksanaan BR1M kita dapat melihat bahawa golongan menengah dan miskin merupakan 60 peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini.

Jumlah ini adalah terlalu besar untuk dikecualikan dari GST. Menurut Chin Tong, adalah tidak masuk akal untuk melaksanakan GST jika 60% daripada rakyat tidak dicukai. - Ibid.
Aku cukup yakin, kalau Umno BN menang lagi PRU13 akan datang, bukan takat GST malah banyak lagi cukai lain yang akan kerajaan kenakan untuk dapat balik dana yang terpaksa kerajaan bagi dalam belanjawan 2013 untuk beli undi PRU13.

Mungkin Dr. Hatta patut mula tenang balik tarikh yang sesuai untuk gempaq kerajaan sekali lagi dengan janji demo yang lebih besar.


No comments:

Post a Comment