Friday, September 27, 2013

Bunuh: Adakah jiwa pelatih PLKN memberontak?

Kerajaan wajar mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Pusat Khidmat Negara (PLKN) berikutan berlakunya kes yang membabit kematian seorang pelatih di sebuah kem dekat Muadzam Shah baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad berkata, kes kematian itu menimbulkan persoalan tetang hala tuju PKLN kerana gagal membentuk akhlak pelatihnya yang sepatutnya dibentuk melalui modul yang disediakan. 

Katanya, Modul PLKN dilihat gagal membentuk nilai nilai murni.

“Dulu modul PLKN menimbulkan konstroversi kerana dilihat cuba menerapkan  propaganda pro-Umno, kini kes lebih buruk berlaku sehingga pelatih dibunuh.

“Adakah berbaloi bagi ibu bapa dipaksa menghantar anak ke PLKN secara paksaan dengan tindakan undang-undang akan diambil jika ibu bapa enggan menghantar anak mereka berlatih di PKLN?” soal Suhaimi.

Menurut beliau, di sebalik paksaan mengikuti latihan di PLKN, ibu bapa terpaksa menerika tiada jaminan keselamatan kepada anak mereka. Ini  bukanlah  kes pertama, sebelum ini terdapat kes di mana pelatih perempuan dirogol oleh jurulatih.

“Sebagai ibu bapa sudah tentu mereka merasa bimbang untuk menghantar anak mereka menyertai latihan PLKN berikutan kes bunuh ini,” katanya.

Suhaimi mewakili PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa keganasan pelatih PLKN, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh.

Menurut laporan media, kes berlaku hanya disebabkan berebut makanan dan mangsa dikatakan memotong barisan untuk mengambil makanan.

“Jika disebabkan memotong barisan, adalah sangat tidak munasabah mangsa dibunuh. Ini menunjukkan jiwa pelatih PKLN berada dalam keadaan memberontak kerana mereka ke situ semata-mata kerana dipaksa oleh kerajaan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment