Monday, November 4, 2013

Kita harap pengundian lancar – Ustaz Azam

Calon PAS PRK Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat hari ini membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di sini.

Beliau yang mengenakan baju Melayu hijau muda tiba di kawasan pusat pengundian kira-kira jam 8.10 pagi dengan ditemani isteri dan ibu tercinta.

Sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, beliau turut bersarapan bersama masyarakat di sebuah warung berhampiran tempat mengundi.

Mohd Azam dilihat masuk ke pusat pengundian jam 8.25 pagi diiringi beberapa pemimpin PAS termasuk Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Beliau kemudian dilihat keluar dari tempat mengundi kira-kira jam 8.35 pagi.

Bercakap kepada pemberita sejurus selepas itu, Ustaz Azam menyeru pengundi agar keluar awal untuk mengundi memandangkan cuaca baik pagi ini.

"Harap pengundi keluar mengundi awal kerana cuaca dijangka kurang baik tengah hari ini.

"Kita harap proses pengundian berjalan lancar dan sistem demokrasi negara ini dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

No comments:

Post a Comment