KUALA LUMPUR, 2 Julai: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyeru anak-anak muda Malaysia bersama-sama dalam himpunan kempen Tak Nak Judi esok, 3 Julai di Masjid Negara sebagai membuktikan kepada negara bahawa mereka membenci judi. Setiausahanya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, semua agama dan bangsa dialu-alukan untuk menyertai kempen tersebut kerana amalan judi jelas bertentangan dengan semua agama."Wahai anak-anak muda Malaysia bangkitlah menolak rasuah, salahguna kuasa, pembaziran dan perjudian. Masa depan negara terletak di tangan kita. Bebaskan negara daripada amalan berjudi. Buktikan keazaman kita untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanah air daripada amalan keji ini. "Mari kita buktikan kepada negara bahawa generasi Anak Muda Malaysia bencikan judi. Marilah kita buktikan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kami semua bencikan judi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Suhaizan memberitahu, himpunan akan dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat secara berjemaah di masjid bagi yang beragama Islam sebelum ucapan daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sekaligus pelancaran kempen berkenaan. Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat turut berkata, negara bakal mencipta sejarah esok kerana buat pertama kalinya sejak merdeka, rakyat berjaya menolak judi sukan dan GMJ melangkah ke hadapan dengan mendidik rakyat membenci judi yang merupakan amalan yang tidak baik dan boleh meruntuhkan keluarga, masyarakat dan negara. "Sama ada kita suka atau tidak, aktiviti judi telah dibuktikan menjadi punca kepada ketagihan, pergaduhan, kehancuran, penindasan, penipuan, kemalasan dan keganasan. Apakah kita sanggup melihat 50 tahun kedua negara kita selepas merdeka berduka dengan amalan keji daripada amalan syaitan ini? "Kita harus menginsafi di sana terdapat anak-anak, wanita, orang tua dan keluarga yang telah lama menjadi mangsa kepada ketagihan judi ini,” ujarnya. Katanya, mereka ditendang, disepak, dipukul dan dihina oleh suami atau anak-anak mereka yang kalah judi. “Mereka semua menanti kita semua menyelamatkan negara daripada amalan yang jelas bertentangan dengan semua agama ini," katanya lagi. Tegasnya, keburukan amalan judi tidak dapat disangkal lagi oleh semua bangsa dan agama kerana terbukti mengkayakan pengusaha judi dengan menjadikan rakyat yang ketagihan judi sebagai mangsa. Justeru, beliau menggesa semua rakyat bangkit membasmi amalan zalim itu. "Mungkin kita berbeza agama, bangsa dan fahaman politik tetapi semua kita boleh bersetuju bahawa judi adalah amalan yang hina,” katanya. Menurutnya lagi, judi tidak boleh membahagiakan pemain judi malah menghancurkan mereka di mana yang tetap kaya di atas penindasan itu adalah pengusahanya. Katanya, modus operadi judi dan dadah adalah hampir serupa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa untuk memperkayakan beberapa kerat orang kaya dan yang ketagihan sebagai pelarisnya. "Bukankah itu zalim namanya? Mengapa kita menjadi lemah kerana tekanan-tekanan persekitaran kita. Apakah kita sanggup mempertahankan beberapa kerat pengusaha judi sehingga kita sanggup membiarkan rakyat terbanyak ditindas dan dihina? Bukankah itu dayus namanya?" soalnya. |
Friday, July 2, 2010
Anak muda Malaysia buktikan benci judi esok
Thursday, July 1, 2010
Himpunan Tak Nak Judi..!

Jadi untuk Himpunan ni aku pakai "uniform" aku macam biasa je la... rasa lagi cool dari pakai T;Shirt ada lambang "1Malaysia".
Bab Himpunan Tak Nak Judi ni kalau ikut hati aku, memang aku malas nak ikut sekali... tak de maknanya pun sebab Gomen dah buat announcement kensel. nak berhimpun kejadah lagi..? nak lawan benda yang dah tak de..? macam buang masa... baik buat himpunan 100,000 bersama anak muda Malaysia. kempen daftar pengundi baru secara besar-besaran.
Tapi tak pe lah... sebab penganjur (GMJ) nak buat jugak, layan je la... ada la jugak berisi memori kad kamera aku ni... harap-harap FRU tak bazirkan air dengan bom asap hari sabtu ni. tak tau la pulak kot-kot FRU nak buat training... bukan senang nak carik padang lapangan untuk training tembak-tembak air dengan bom asap kalau tak de demo.
Yang buat aku sikit terkilan nak pergi himpunan ni (walaupun aku akan pergi) ialah tajuk dan matlamat himpunan ni bagi aku tak berapa sesuai dah... ada 1 cara je kalau nak bagi sesuai.
Berdasarkan pada tajuk himpunan ni "Himpunan Tak Nak Judi", dekat banner ada logo Toto, 4D, Da Ma Cai (apebenda ni..?) dan jugak lambang UMNO (yang ni pun aku tak paham...), elok kalau penganjur iaitu GMJ buat sekali 1 memorandum untuk diserahkan dekat semua ketua-ketua Kerajaan Negeri di Malaysia.
Bagi senang paham la, dekat Negeri-Negeri bawah Pakatan Rakyat (kecuali Kelantan), judi-judi ni masih berleluasa. kalau nak cakap "Tak Nak Judi", yang ada dekat Negeri Pakatan Rakyat tu kita nak kena bagi bersih dulu. bidang kuasa siapa semua tu (untuk lulus atau batal lesen) aku tak berapa jelas.
Pulau Pinang, Kedah & Selangor kena ambik tindakan. hapuskan judi dekat negeri masing-masing. kalau yang ni dah setel, baru kita boleh desak negeri-negeri lain dan jugak KERAjaan pusat untuk buat tindakan yang sama.
Tak kan nak marah orang lain pakai seluar Levi's padahal kita pun pakai seluar Levi's jugak..?
Pembaharuan di Kelantan : Tok Guru arah semua pejawat awam berdakwah
KOTA BHARU, 1 Julai: Penjawat awam di Kelantan diarah melengkapkan diri dengan kemahiran berdakwah bagi membawa kecemerlangan kepada seluruh masyarakat selepas terbukti dasar Islam yang dilaksanakan telah mencipta pelbagai kejayaan.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ucapan beliau di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam kompleks Kota Darulnaim pagi ini mahu setiap anggota pentadbiran mendalami ilmu dakwah supaya penyebaran Islam di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terus berkembang dan diterima dengan baik.
Beliau yang membawa bersama sebuah buku karangan Dr. Yusuf Qardhawi bertajuk 'Thaqafatul Da'iyyah' meminta semua yang hadir membaca dokumen tersebut sebagai rujukan utama.
"Semua perlu telaah kitab ini, dan kepada yang tidak boleh berbahasa Arab bolehlah cari terjemahan," kata beliau di hadapan lebih 1200 penjawat awam yang bertugas di pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Sebagai negeri yang telah mencipta kejayaan dalam soal pelaksanaan Islam, Nik Aziz mahu penyebaran Islam diusahakan dengan lebih gigih supaya penerimaan Islam tidak diragui oleh mana-mana pihak.
"Islam adalah agama dakwah dan tugas berdakwah terletak kepada setiap individu muslim," kata beliau.
Rekod di Kelantan kata beliau menunjukkan Islam telah berjaya mewujudkan keadaan harmoni tanpa amalan buruk hasil kesedaran tentang wujudnya hubungan manusia dengan Allah.
"Tanpa kesedaran asas ini, kita tidak mampu berharap kepada mana-mana pihak termasuk polis, badan pencegah rasuah atau siapa pun bagi membendung sikap buruk manusia yang diruntun syaitan, " tambah beliau.
Menyentuh tanggungjawab penjawat awam dalam melakukan tugas seharian, beliau mahu semua mengingati bahawa konsep ibadah dalam Islam adalah tidak terhad kepada ibadat khusus seperti solat dan puasa samata-mata.
"Segala aktiviti kita dalam menjalankan tugas di pejabat seperti datang mengikut waktu, menyiapkan tugas, menjaga amanah di pejabat adalah dikira ibadah yang akan dibawa bersama apabila bertemu Allah di akhirat nanti.
"Oleh itu kita mesti melaksanakan segala tugas dengan penuh kesedaran dan keikhlasan," ujar beliau lagi
-
Alhamdulillah...Hidup Pakatan Rakyat!!!
Anak Bekas MB UMNO Perak Ngorat Fasha Sanda guna Helikopter

Menurut Fasha, kedua mereka mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih pada 18 Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha sibuk dengan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.
Ketika penggambaran itu, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai hadir membuat kejutan untuk bertemu Fasha di pulau itu dengan menaiki sebuah helikopter.
“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di TV3 di Ampang hari ini. (Sumber Star Online)
Bayangkan anak Ramli Ngah Talib bekas MB Perak mengorat Fasha Sanda dengan melayurkan helicopter. Mana artis yang tidak teliur?

Maka hari ini terbuktilah implikasinya kesan dan hasil bekas MB Perak itu kepada negeri Perak selama ini. Mewah dan kaya raya.
Dari mana hasil perolehan kekayaan mereka selama ini? Adakah dengan gaji dan elaun MB tanpa dicampur dengan wang rakyat mereka mampu bermewah sehingga sebegini? Jawapannya berada dalam hati kecil rakyat yang tergerak untuk tidak memangkah UMNO dan BN semasa PRU12 yang lepas.
Padanlah apa yang terjadi kepada UMNO dan BN Perak selama ini sehingga sekarang politiknya tak stabil. Kuasa UMNO dan BN semakin terhakis.
Nasik Tambah Kasi Kebuloq Kenyang UMNO:
"Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia"- Fasha Sandal ..memang plastik,materialistik,kaptik,chopstik,plastik betul la betina ni,kalu aku gi ngorat dia pakai moto kapcai honda c70 nak tak dia.?wkahakahakha
nanti tua sikit taulah nasib ngko...
inikah model contoh untuk anak-anak gadis SeMalaya? Khakk Ptuih
wow,anak dia turr pakai helikopter...ini baru sekoq MB UMNO..itu tak lagi ketua bahagian,ketua bahagian,ketua kampong JKKK,
Banyak duit kauuuuuu..amik manerrrrr haaaaaaaa?Dedi Kasi ya.dedi amik mana?Rembat Duit Rakyat???
Anak Tokey Arak+Peminum Arak= Bapak Pembela Judi..itulah Mahathir

Penulis yakin ramai dikalangan kita masih tidak mengenali keluarga Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad..ramai yang tak tau berapakah bilangan cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, berapa org anak kandung, berapa pula bilangan anak angkat dan lain2..
Dalam entry kali ini, penulis ingin memperkenalkan korang dengan 'lebih mendalam' salah seorang anak angkat tun Mahathir, iaitulah Maizura Mahathir..(artikel ini juga adalah lanjutan dari artikel penulis di sini..)
Berdasarkan pencarian internet, Maizura Mahathir adalah anak angkat Mahathir sekeluarga yang paling 'bongsu'..beliau (Maizura) di'angkat' oleh keluarga Tun ketika beliau umur 6 bulan, iaitu pada tahun 1983..menurut sumber yg juga rakan FB kepada Maizura Mahathir (identiti dirahsiakan), Maizura dikenali seorang yg kuat bersosial..lebih dari itu beliau juga dikatakan seorang tomboy (seorang perempuan yg bersikap seperti lelaki), dan juga peminum arak..
Rasanya setakat itu ulasan penulis..penulis hanya mendedahkan, dan terpulang pada korang sama ada mahu percaya atau tidak..dan penulis tetap memberi peluang utk tertuduh membela diri sekiranya dakwaan ini tidak benar....akhir kalam, yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan sempadan..semoga ianya menjadi pengajaran bagi orang2 yang ingin mengambil pengajaran..wallahua'lam..

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia Ke 4 1981 – 2003 "Bapa Permodenan".
KELUARGA TUN MAHATHIR
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masingmasing. Kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu : Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura , Mazhar dan Daniel Fariezs(anak angkat)
(Sumber: "Wikipedia Bahasa Melayu" Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.)

"Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali proved that a mother's heart is never too small to love not just her own children but THREE ADOPTED ONES as well.
Her own children – Marina, Mirzan, Mokhzani and Mukhriz – had also taken their adopted siblings – Melinda, Mazhar and Maizura – to heart right from the start.
Mazhar and Maizura were adopted in 1983, when Siti Hasmah's children were all overseas. The urge came upon the couple during a state visit to Pakistan. On their arrival at the airport, the couple were greeted by a girl and boy dressed in traditional Pakistani costume. The children struck such a chord in Mahathir's heart that he wanted to adopt them. The following year, their wish came true. A six-month-old girl and nine-month-old boy, whom they named Maizura and Mazhar, came into their lives. Now, Maizura, 24, is pursuing a Mass Communications degree while Mazhar is doing music at an art academy."
(Sumber: www.sun2surf.com)

[ Lim Kok Wing University 2009 Graduation] Tun Mahathir daughter, Maizura Mahathir. She's one of the President's Awards for Young Achievers. This is a special category that recognizes outstanding effort put in by student in extra-mural activities. The students have demonstrated single-minded dedication to achieving excellence and this award honour the sincerity of the efforts. Congratulations to Maizura and Tun Mahathir and Tun Hasmah.
(Sumber: cutecarry.wordpress.com)

DR. Mahathir Mohamad dan isteri, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tersenyum gembira apabila anak mereka, Maizura menerima Anugerah Presiden pada Majlis Konvokesyen di Kampus Induk Universiti Limkokwing di Cyberjaya,
(sumber: Utusan Malaysia Online)

Tun Mahathir & Tun Hasmah with Maizura Mahathir for Kitty Album
(Sumber: redphotography1.blogspot.com)
Berikut adalah gambar2 Maizura Mahathir bersama tin arak jenama 'Carlsberg'...

p/s: Sebenarnya penulis cuba utk 'simpan' artikel ni disebabkan perasaan kurang senang pihak tertentu..namun tidak semana2 ada yg mendakwa penulis cuba menyebarkan fitnah, penulis telah melakukan edit gambar(phosotshop), gambar palsu dan lain2..so bagi bersihkan nama penulis, penulis post balik artikel pendedahan ni..korang tengok la sendiri benar atau tidak, original atau palsu..
Di bawah adalah gambar original yg diberikan oleh 'sumber' kpd pnulis, dan kemudiannya penulis cuba melakukan sedikit edit dgn meletakkan nama blog penulis seperti di atas..'sumber' adalah seorng rakan FB kepada Maizura Mahathir (identiti beliau dirahsiakan)...wallahua'lam..

Abang dia pulak Tokey Arak
anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina - San Miguel Corp (SMC)
San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia.
Laman web : San Miguel Corporation
Saudara angkat dia pulak..Dikatakan Gay....
Petikan : http://www.malaysiakini.com/news/135359
Bapak si Pembela Judi + Berkawan ngan Tokey Judi (Vincent Tan)
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.
"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.
Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.
"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.
"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

![]() |

Wednesday, June 30, 2010
Syabas Carlos Latuff! Kartunis Yang Dibenci Israel..
KL JUN 30 10: SYABAS Carlos Latuff! (gambar) Perjuangan anda mengguugat samseng dan musuh No 1 dunia. Sebab itulah, kedutaan Israel di Mesir semalam telah mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun beliau yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.
Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.
Syabas sekali lagi dari Blog Ibnu Hasyim. (Kilk Israel Bantah Kartun Mesir. Samakah KDN-Kartun Zun... )
Siapakah Latuff?
Carlos Latuff adalah kartunis kelahiran 30 November 1968 di Rio de Janeiro, Brasil. Karya-karya Latuff sudah dimuat dibeberapa situs, blog, surat kabar dan majalah tidak hanya di Brazil tapi juga di Amerika Syarikat, Irak, Arab Saudi, dan Lebanon. Karyanya juga menjadi pemenang kedua dalam Kompetisi Kartun Holocaust Internasional di Iran pada tahun 2006.
Kebanyakan dari kartun Latuff berhubungan dengan konflik Israel-Palestina yang “menjadi hal penting bagi Latuff setelah kunjungannya ke wilayah itu akhir 1990″. Karyanya sangat mengkritik Israel sehingga membuatnya dituduh sebagai anti-Semit. Latuff juga mengkritik aksi militer Amerika Serikat di Irak dan Afghanistan.
Dalam sebuah wawancara dengan majalah mingguan Yahudi-Amerika, The Forward, pada Desember 2008, Latuff merespon tuduhan anti-Semit:
Kartun-kartun saya tidak terfokus pada orang Yahudi atau ajaran Yahudi. Fokus saya adalah Israel sebagai entitas politik, sebagai suatu pemerintahan, tentara mereka menjadi satelit kepentingan Amerika Serikat di Timur Tengah, dan khususnya kebijakan Israel atas Palestina.
Newest Deviations

Introducing IKHRAS website
by ~Latuff2
Latuff and Leila Khaled in WSF 18SX Aurat - Cabaran Alamak Muda Umno ?
Terus bersangka baik. Setuju benar dengan usaha Alamak muda bawa slogan ISLAM FOR ALL. Usaha itu sangat murni. Adalah menjadi hasrat dan visi Alamak Muda untuk meng'ISLAM'kan semua ahli di dalam Umno sebelum meng'ALL'kan kepada yg lain. Ya..tugas yang bukan ringan. Bukan satu yg mudah beb, nak mengadap ahli Umno, kena pulak nak tarbiyyah ahli Puteri Umno..huh! 400 ribu ahli tu yeop! Kalau setakat 40 alamak, mampuih..! Kot ada yang tak sempat gulung kain pelikat..!!
Setuju sangat. Islam untuk semua. Alamak Muda pasti tidak akan mengeluarkan fatwa baru bila berdepan dengan situasi di atas, jangan pula kata.."ohh..RAMBUT WANITA BUKAN AURAT..' Rambut kan ker mahkota wanita. Alamak Reformis India pun kata macam tu. Lagipun Alfadhil Ustaz Astora Jabat pernah kata apa ? Dan itulah ijtihad sesat yg digunakan oleh mereka-mereka untuk nafikan dimana, katanya
INGAT NI BUKAN AKU KATA.............! ASTORA JABAT KATA. ULAMA KATA KAT DIA, DIA KATA DALAM MAJALAH AL ISLAM. Ulama mana jangan tanya aku ! Tetapi sekali fikir bagus jugak kalau aurat wanita kat situ jer. ( BARU PADAN MUKA DEPA...sebok sangat nak dedah aurat). Di mana artikel itu, google sendiri di internet.
Sebelum debat dengan Ulamak PAS, minta Alamak Muda Umno pi debat dulu dengan alfadhil Ustaz Astora Jabat tu. Kalau kat situ pun tak boleh nak makan, jangan gatai nak 'makan' ALL yang lain.
Jabat tangan macam ni JAKIM ada bagi logo halal ker kat perwakilan Umno? Syiokk jabat tangan noo..mcm2 boleh rasa, ada lembut, ada mulus-mulus, siap baris lagi sang puteri tadah tangan nak salam. Jangan Alamak Muda pun join sekali salam macam tu sudah, jahanam..!!
(*) Nampak kecil jer apa yang ditulis ini, betul la tu, yang kecil dahulu dibetulkan, tetapi mungkin itu yang ada di setiap kepala Alamak Muda Umno, untuk mereformkan ahli-ahli Umno agar menetapkan hati dan mewiridkan setiap saat ISLAM FOR ALL. Wak ucapkan selamat berjuang lah..!!
Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya, dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep "Islam for All" (Islam untuk semua).
(Ralat - foto disebelah : Maaf salah letak gambar)
Wak tahu, KJ mesti setuju punya. Dan lepas ini akan berlaku perubahan yang besar, " isyterii ana sudah fakai furdah..furdah..laaa, syukurrr..syukkurr..aurat, aurat, haramm..".
Masih menunggu dan melihat. Wak sokong saja. ISLAM FOR ALL versi Alamak Muda.
Setuju sangat. Islam untuk semua. Alamak Muda pasti tidak akan mengeluarkan fatwa baru bila berdepan dengan situasi di atas, jangan pula kata.."ohh..RAMBUT WANITA BUKAN AURAT..' Rambut kan ker mahkota wanita. Alamak Reformis India pun kata macam tu. Lagipun Alfadhil Ustaz Astora Jabat pernah kata apa ? Dan itulah ijtihad sesat yg digunakan oleh mereka-mereka untuk nafikan dimana, katanya"...ALLAH MENETAPKAN AURAT WANITA HANYALAH PADA QUBUL DAN DUBUR, ITU SAHAJA. SEBAB ITU SEWAKTU NABI ADAM DAN HAWA DITURUNKAN KE BUMI ALLAH HANYA MENUTUPKAN KEMALUAN MEREKA DENGAN 2 HELAI DAUN TIAP SEORANG.."
INGAT NI BUKAN AKU KATA.............! ASTORA JABAT KATA. ULAMA KATA KAT DIA, DIA KATA DALAM MAJALAH AL ISLAM. Ulama mana jangan tanya aku ! Tetapi sekali fikir bagus jugak kalau aurat wanita kat situ jer. ( BARU PADAN MUKA DEPA...sebok sangat nak dedah aurat). Di mana artikel itu, google sendiri di internet.
Sebelum debat dengan Ulamak PAS, minta Alamak Muda Umno pi debat dulu dengan alfadhil Ustaz Astora Jabat tu. Kalau kat situ pun tak boleh nak makan, jangan gatai nak 'makan' ALL yang lain.
Jabat tangan macam ni JAKIM ada bagi logo halal ker kat perwakilan Umno? Syiokk jabat tangan noo..mcm2 boleh rasa, ada lembut, ada mulus-mulus, siap baris lagi sang puteri tadah tangan nak salam. Jangan Alamak Muda pun join sekali salam macam tu sudah, jahanam..!!(*) Nampak kecil jer apa yang ditulis ini, betul la tu, yang kecil dahulu dibetulkan, tetapi mungkin itu yang ada di setiap kepala Alamak Muda Umno, untuk mereformkan ahli-ahli Umno agar menetapkan hati dan mewiridkan setiap saat ISLAM FOR ALL. Wak ucapkan selamat berjuang lah..!!
Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya, dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep "Islam for All" (Islam untuk semua). (Ralat - foto disebelah : Maaf salah letak gambar)
Wak tahu, KJ mesti setuju punya. Dan lepas ini akan berlaku perubahan yang besar, " isyterii ana sudah fakai furdah..furdah..laaa, syukurrr..syukkurr..aurat, aurat, haramm..".
Masih menunggu dan melihat. Wak sokong saja. ISLAM FOR ALL versi Alamak Muda.
Ibu Bapa Terkedu Melihat Anak Berpelukan dalam Selimut dengan Kekasih di dalam Rumah
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja, rajin-rajinlah memeriksa bilik mereka terutamanya pada waktu pagi (dinihari) . Bukan apa, takut-takut mereka berselimut (berkhalwat) dengan seseorang yang bukan mahram....
[SINAR HARIAN] DUNGUN – Rahsia seorang remaja yang menjadikan bilik tidur rumahnya sebagai tempat untuk memuaskan nafsu bersama kekasihnya terbongkar setelah rumah berkenaan diserbu pihak berkuasa pagi semalam.
Lebih dikesalkan, perbuatan itu dikatakan berlaku sewaktu ibu bapa remaja lelaki berkenaan berada di rumah dan perkara itu mula disedari setelah beberapa anggota polis menyerbu masuk, dan mendapati kedua-duanya sedang berpelukan dalam selimut di atas katil dalam bilik rumah itu.
Sebaik serbuan dibuat, kedua ibu bapa remaja terbabit hanya terkedu setelah mendapati anak lelaki mereka menjadi buruan polis kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah itu sanggup melakukan perkara terkutuk di dalam bilik tidur sedangkan ketika itu mereka berada di rumah.
Setelah disoal siasat, kedua-duanya didapati tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim dan gadis dari Batu Lima itu dipercayai
bertandang ke situ pada malam sebelumnya, lalu bermalam di rumah teman lelakinya yang difahamkan lepasan kolej swasta di Kemaman.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, hasil risikan mendapati remaja lelaki terbabit dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah lalu satu serbuan dilakukan di rumah yang terletak berdekatan Sekolah Menengah (SM) Tengku Intan Zaharah itu kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
“Hasil serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Inspektor Wahid itu membawa kepada
penahanan seorang lelaki berusia 19 tahun dan kekasihnya berusia 21 tahun.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis 'meth' dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala teman wanitanya dibebaskan setelah negatif dadah,” katanya.
Gadis terbabit yang difahamkan anak seorang anggota renjer hutan ketika ditanya Sinar Harian turut mengaku mula menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelakinya hampir setahun lalu.
Dia yang hanya mengenakan jeans ketat dan baju T lengan panjang itu mengakui turut melakukan aksi cumbuan dengan teman lelakinya, dan difahamkan perbuatan itu menjadi sebahagian daripada rutinnya setiap kali mengadakan pertemuan sulit dengan kekasihnya.
Pasangan terbabit juga dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan berkhalwat yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua- duanya sekali.

Tuesday, June 29, 2010
Kisah Bergambar Syeikh Nabeel
To all
my dear friends…….
YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN MENYEMBAH MU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA… AMIN..YA ROBBULALAMIN…
Selamat Sejahtera
Assalammualaikum WBT
Nikmat Kesihatan
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
Premis judi: Tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai ‘negara Islam’ yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi.
"Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam.
Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara.
Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.
"Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya.
Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai ‘negara Islam’ yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi.
"Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam.
Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara.
Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.
"Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya.
Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab.
Deyyyy..K’jaan akan kerugian RM500 juta lagi ...
Mengapa Kementerian Pengangkutan membeli 38 tren elektrik enam gerabak (EMU) dari syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive Co. Ltd (China) dengan harga RM1,824 bilion secara runding langsung atau RM500 juta lebih mahal dari asal tender sebelumnya.
Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT) kepada soalan tambahan YB Tumpat tentang ‘refurbishment’ atau menaiktaraf koc lama Eletric Multiple Unit (EMU) milik KTMB tidak dijawab oleh Timbalan Menteri. Menariknya, Timbalan Menteri terus menerangkan tentang pembelian 38 EMU 6 gerabak dari sebuah consortium katanya dari negara China (tidak disebut namanya) dengan harga RM1.8 bilion.
Saya gagal untuk mendapatkan soalan tambahan kedua dari Speaker, setelah YB Parit Sulong diberikan laluan tersebut. Saya ingin mempertikaikan jawapan kementerian, sekaligus mendedahkan bagaimana dengan pembelian rundingan langsung ini, kerajaan akan membayar pembelian ini dengan bayaran sehingga RM500 juta lebih tinggi dari sepatutnya.
Ringkasan cerita:
Saya juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dipertanggungjawabk an atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan kerugian kepada kerajaan sehingga RM500 juta.
Kerajaan boleh sahaja meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari China bagi mempastikan hubungan baik antara negara dan masih memenuhi tuntutan NKRA yang telah ditetapkan oleh YAB PM.
28 Jun 2010.

- Perkara ini berbeza dengan isu ‘refurbishment’ atau naiktaraf taraf koc lama. Pada 3 Januari 2009, Presiden KTMB menyebutkan tentang hasrat pihak mereka untuk membuka tender bagi pembelian 38 set tren 6 gerabak (EMU). Dikatakan bahawa penawaran tender akan dibuat secepat mungkin kerana EMU perlu siap pada 2012. Kepentingan pengangkutan adalah sebahagian dari penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dalam NKRA PM Najib menjelang 2012.
- Terdahulu tender bagi membekalkan 8 set tren 3 gerabak (EMU) telah dipanggil pada 7 Mei 2008, sebelum NKRA diperkenalkan lagi pada 11 Julai 2009. Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity) diperbaharui 5 kali sehingga terakhir pada 26 Mei 2010.
- Membaca dari laporan terdahulu (cnth 2 Jun, UM), sumber industri telah pun melaporkan bahawa syarikat pengeluar Zhu Zhou dari China yang dilantik menjadi pembekal EMU enam gerabak sebelum ini, telah pun berjaya memenangi satu tender membekalkan 8 EMU 3 gerabak.
- Syarikat Zhu Zhou adalah merupakan antara 3 syarikat dari China yang menawarkan harga yang rendah dari 8 pembida. Zhu Zhou menawarkan harga Euro 2.745 juta setiap set EMU 3 gerabak atau RM13.725 juta. Zhu Zhou juga menawarkan penguruangan harga bagi opsyen 5 set EMU tambahan ketika itu.
- Jelasnya tender lama berbeda dengan tender keperluan NKRA di segi set EMU 3 gerabak ditukar kepada set EMU 6 gerabak. Dengan kata lain, keperluan KTMB melalui ’Satements of Needs’ atau ’Pernyataan Keperluan’ mereka ialah konfigurasinya. Namum hakikatnya set 6 gerabak sebenarnya adalah mengandungi dua (2) set EMU 3 gerabak.
- Mengambil kira perbezaan spesifikasi yang ketara khususnya keperluan permasangan CCTV dan Slide Destination Panel, maka adalah menasabah mengandaikan ketika satu set EMU 3 gerabak bernilai RM13,725 juta, maka satu set EMU 6 gerabak ialah RM27,450 juta.
- Berdasarkan keperluan untuk memenuhi ketetapan NKRA dengan kadar segera, Kementerian telah mendapat kelulusan untuk mengadakan rundingan terus kerana dikatakan juga akan mendapat penjimatan sekiranya membeli dengan kuantiti yang banyak atas faktor ’economy of scales’.
- Amat malang bagi rakyat dan negara, apa yang diperolehi oleh Kerajaan ialah ’Harga Tawaran” yang jauh lebih mahal dari harga yang dipersetujui Kementerian ketika memulakan tender terbuka membekal 8 set EMU 3 gerabak dahulu. Sementara itu tender membekal 8 set EMU 3 gerabak telah dibatalkan padaa 27 April 2010.
- Rakyat kini ingin tahu, mengapa ketika berlaku rundingan terus, syarikat ZhuZhou yang dulu menawarkan harga RM13.725 juta satu unit EMU 3 gerabak dan RM30 juta untuk satu set EMU 6 gerabak bagi membekalkan 5 set EMU 6 gerabak pada November 2007, telah mengambil kesempatan menawarkan harga setinggi RM48 juta satu unit EMU 6 gerabak atau RM1.824 bilion bagi 38 unit EMU 6 gerabak (Mei 2010). Harga ini, untuk pengetahuan umum, tidak termasuk maintenance, repair dan overhaul.
Saya juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dipertanggungjawabk an atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan kerugian kepada kerajaan sehingga RM500 juta.
Kerajaan boleh sahaja meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari China bagi mempastikan hubungan baik antara negara dan masih memenuhi tuntutan NKRA yang telah ditetapkan oleh YAB PM.
28 Jun 2010.
Friday, June 25, 2010
Monday, June 21, 2010
PAS Kedah sasar 20 kerusi DUN untuk PRU 13
| Harakahdaily |
HULU SELANGOR, 21 Jun: PAS Kedah mensasarkan kemenangan di 20 kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.Untuk itu, usaha telah dibuat oleh Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) Kedah yang dipimpin beliau untuk mendaftarkan pengundi baru seramai mungkin bagi membantu rancangan PAS itu. Phahrolrazi yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran gerakkerja Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) dekat Batang Kali semalam. Di majlis itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan empat modul latihan Ilpas untuk dilaksanakan pengarah JPN seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Ke empat-empat modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihan raya, teknikal dan strategi pilihan raya. Phahrolrazi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang meramalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor akan jatuh jika usaha untuk mendaftarkan pengundi baru tidak dibuat. Menurut Phahrolrazi, kejayaan PAS memenangi 16 kerusi Dun dalam pilihan raya lalu di Kedah adalah kerana sokongan pengundi bukan Melayu. "Sebab itu, kita menang di kerusi 60:40 (60 peratus Melayu) bukannya di kerusi yang pengundi Melayunya melebih 80 peratus," kata beliau. Menjawab komen Abdul Halim itu, beliau bersetuju jika usaha untuk mendaftarkan pemilih baru tidak dibuat, kerajaan negeri Kedah boleh jatuh. "Sebab itu, kita telah memulakan gerak kerja ini sejak awal tahun ini di Kedah. Hasilnya akan kita lihat Julai nanti apabila laporan suku kedua pendaftaran pemilih baru dikeluarkan oleh SPR," kata beliau. Buat masa sekarang, katanya, pandangan Abdul Halim itu adalah berdasarkan angka sebelum ini. "Saya harap angka itu akan berubah Julai ini. Namun secara peribadi, saya belum berpuashati dengan jumlah pengundi baru yang kita daftarkan di Kedah hatta untuk DUN saya sendiri," kata Adun Pengkalan Kundor yang juga Exco kanan kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu. |
Peniaga lepas tuduhan hina Sultan Perak
8 Rejab 1431H.Selepas empat hari dibicarakan, seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan iaitu menghantar komen yang bersifat jelek terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui portal di internet.
Hakim Komathy Suppiah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi yang memanggil 10 saksi, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muslim Ahmad, 54.
Muslim yang menghadapi tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang jelek sifatnya melalui portal negeri iaitu www.perak.gov.my.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.21 petang, 7 Februari tahun lepas. Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 2.27 petang hari yang sama, dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukan kesalahan sama pada pukul 4.39 petang, 8 Februari tahun lepas.
Bapa kepada empat orang anak itu, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di alamat No 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur.
Muslim, diwakili peguam K Periasamy dan N Nathan, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Komathy, dalam penghakimannya berkata berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan ke sembilan iaitu, Pengurus Bahagian Forensik Digital, Cybersekuriti, Mohd Zabril Adil Talib, 31, gagal menunjukkan ada kaitan atau persamaan antara masa komen yang dihantar dengan masa Muslim mengakses internet.
Selain itu, hakim berkata biarpun defendan seorang suspek dalam kes berkenaan berikutan alamat pengguna Internet Protokol (IP) yang digunakan miliknya namun secara amnya sesiapa saja boleh menggunakan alamat IP yang sama untuk mengakses internet.
"Ia menunjukkan ada kemungkinan terdapat orang lain menggunakan alamat IP yang sama digunakan oleh defendan," kata Komathy kepada Muslim yang dilihat begitu gembira.
--Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setiausahanya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, semua agama dan bangsa dialu-alukan untuk menyertai kempen tersebut kerana amalan judi jelas bertentangan dengan semua agama.

HULU SELANGOR, 21 Jun: PAS Kedah mensasarkan kemenangan di 20 kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.