Monday, April 4, 2011

Bubar DUN: PAS mahu tiga negeri Pakatan sokong Selangor

PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.
Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan ‘risiko’ jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.
“Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri,” kata beliau kepada The Malaysian insider.
Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.

“PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat,” katanya lagi.
Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.
Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.
“Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya.
Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.
“Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita,” kata Menteri Besar.
Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.
Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.
“Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia,” katanya.

Yang kafirkan Umno sudah tinggalkan PAS

PAS mengakui pernah ada satu ketika dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin Umno.

Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS.
"Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis sebelum ini.

Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar) menyiarkan pengakuan bekas ahli PAS yang mengakui pernah pulau sembahyang yang diimami ahli atau pemimpin Umno.


Menurut berita akhbar Umno itu, pengikut PAS yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam Umno dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.

“Pada fahaman saya, penceramah PAS pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno itu.

Mat Sabu tawar diri tanding timbalan presiden

Seperti diduga, bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jun ini.

Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

“Saya juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ceramah di Subang Jaya malam semalam.

Menurutnya, selain itu, beliau juga mahu membantu Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO.

Katanya, memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan “tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat”.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih.
Mantapkan Majlis Syura

Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba “mempergiatkan lagi” berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu.

Selain itu, katanya, beliau juga mahu mempermantapkan Majlis Syura supaya “betul-betul berfungsi” khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Mengulas mengenai jumlah percalonan kawasan yang diterimanya setakat ini, Mohamad berkata, beliau belum membuat tinjauan menyeluruh berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau ada mendengar beberapa kawasan “memohon” kepadanya supaya bertanding jawatan tersebut pada muktamar parti yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.

“Keputusan akhir (untuk bertanding) bergantung kepada sokongan yang diterima... Ada kawan-kawan memberi galakan (untuk bertanding),” katanya.

Ibu pejabat parti menetapkan semua 179 kawasan membuat pencalonan dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing bagi memilih pucuk pimpinan parti sehingga 10 Mei ini.

Setakat ini Mohamad mendapat satu pencalonan untuk bertanding bagi jawatan itu dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai oleh exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.
'Saya sahaja...'

Namun, Mohamad dijangka tidak menghadapi masalah apabila beberapa lagi kawasan PAS di Wilayah Persekutuan dijangka akan mencalonkan beliau - antaranya di Batu, Kepong, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Ditanya sama ada terdapat pimpin PAS lain yang akan mencabarnya merebut jawatan itu, Mohamad enggan mengulas lanjut.

“Saya kira (pencalonan) saya sahaja. Dalam PAS, ada adab berkempen (bagi individu) yang menawarkan diri... Saya tidak mahu menyentuh (hal) orang lain,” katanya.

Ditanya sama ada beliau takut sekiranya terdapat pemimpin tertentu dalam parti mahu mencabarnya, Mohamad berkata ia adalah perkara biasa dalam permilihan parti.

“Saya biasa dicabar dan mencabar. Saya biasa memegang jawatan ketua pemuda, naib presiden dan kalah merebut timbalan presiden.

“Bagi saya kalah atau menang, saya tetap hadir (dalam muktamar) sebagai pejuang parti dan jamaah,” tegasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, ada sumber memberitahu Malaysiakini sekurang-kurangnya 10 daripada 22 kawasan di Selangor akan mencalonkan Mohamad merebut jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan kawasan mana yang bakal mencalonkan Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Menurut sumber itu lagi, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat kawasan yang akan mencalonkan penyandangnya Nasharuddin dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan yang sama.

Poco-poco: Mufti Perak tidak ganjak, Majlis Fatwa bincang 20 April

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Jawatankuasa Fatwa negeri itu berpendirian tegas akan kekal dengan keputusan mengharamkan tarian poco-poco yang dicapai Januari lalu.
Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat 20 April ini akan memutuskan pendiriannya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, satu mesyuarat telah diaturkan lebih awal sebelum isu berkaitan fatwa Perak timbul.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, oleh kerana isu tarian poco-poco bukan perkara mustahak maka tiada hasrat untuk mempercepatkan pertemuan yang dijadualkan 20 April ini.
“Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tan Sri Prof Emiritus Dr Shukur Husin, sebelum timbul isu poco-poco telah pun minta Jakim aturkan muzakarah pada 20 April ini.

“Kami akan adakan (muzakarah) seperti yang telah dijadualkan, insya-Allah, dan tidak berhasrat hendak awalkan. Ini bukan isu segera sangat,” kata beliau sambil menambah, “hanya akan dibincangkan dalam agenda hal-hal lain kerana isu besar lain perlu diutamakan.”
Sementara ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani (gambar) menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik pengharaman itu walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak.
“Tidak akan tarik balik... benda dah haram, benda dah sesat buat apa mesti nak tarik balik? Haram tetap haram dan orang yang mengamalkannya boleh bawa kepada syirik.
“Saya kata haram sebab itu berasal dari cara ibadat bukan Islam, walau apa jua tujuan yang kita buat termasuk senaman ia tetap haram,” katanya.
Jelas beliau, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan pengharaman tarian poco-poco selepas membuat kajian dan pemerhatian dalam perkara itu.
“Saya kata haram dan atas dasar apa mereka kata tidak haram? Poco-poco ini ditarikan di gereja, kalau kita mahu buat kenapa tidak sahaja buat tarian zapin atau berkawad sahaja macam tentera? Tiga puluh minit sahaja mesti dah berpeluh, buat macam kita sekolah dulu.
“Yang haram tetap haram, pasal apa saya nak tarik balik walaupun satu Malaysia tolak saya tetap kata haram,” katanya.
Tambah Harussani, banyak lagi tarian yang boleh digunakan untuk menjadi senaman.
“Kalau nak juga buat kenapa tidak gunakan cara kita tapi jangan campur lelaki dan perempuan tapi apa-apa yang berasal dari agama lain tetap tidak boleh.
“Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan kata tarian poco-poco bukan haram, saya tetap tidak akan tarik balik,” katanya.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Ekoran pengharaman itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco.
Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau mahu semua pihak tidak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengharamkan tarian poco-poco di negeri itu.
Bagaimanapun bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tarian poco-poco tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.
Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga khuatir dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa.

Isu Alkitab: Mufti Perak cabar Putrajaya batal enakmen halang bukan Islam

Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.
Mufti Perak (gambar) itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.
Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.
Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.
Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.”
Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.
“Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada.
“Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal?
“Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi.
Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh.
Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain.
Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai “menghina al-Quran”.
“Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran.
“Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia,” katanya.
Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu.
“Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia.
“Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu.
Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai- bekas mufti

SHAH ALAM: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.
“Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.
“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.

“Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai. Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja,” ujar beliau.
Menurutnya  dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut harus tampil mengemukakan  empat saksi.
Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan.
“Sebenarnya banyak ayat Al quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya.
“Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu,” ujar beliau.
Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah.
“Rasullah kata kepadanya, “kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu”.
“Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi?
“Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan
kamu, ” ujar  ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam.
“Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik),” ujar beliau.
Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina,  mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat.
“Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa. Kemudian Allah menyebut, Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita,” ujar beliau.
Sebelum ini, tiga mufti tampil menyeru umat Islam supaya tidak percaya atau terpengaruh berita yang disebar golongan yang dianggap ‘fasik’.
Mereka adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya,  Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid  dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad  yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang diterima mereka.
Temubual penuh bersama Dato Hashim Yahya boleh dibaca di akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan yang dijangka akan berada di pasaran esok.

Video Seks Fitnah Ditayang Di Kursus BTN

Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.
Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.
Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.
Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu  di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu. 
Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.  
Mansor yang juga ADUN  Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman  lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.
Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh  dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.
Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu  menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.
Mansor  menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil  membuat laporan polis.

PKR makin yakin video seks ‘Datuk T’ palsu, aju enam soalan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian tegas menolak bulat-bulat lelaki dalam rakaman video seks, yang kini disebarkan menerusi dunia siber, yang didakwa melibatkan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai “palsu” dan bermotifkan “politik.”
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sewaktu “Datuk T” mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di hotel Carcosa Seri Negara, beliau telah menegaskan bahawa video tersebut palsu, “tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.”
“Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan segera dikeluarkan lewat petang ini.

Nik Nazmi menambah, hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun, “saya tahu bahawa itu bukan Anwar.”
“Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik,” katanya.
“Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik,” kata beliau sambil menambah, tarikh video tersebut ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena pilihan raya negeri Sarawak.
Klip video dua minit yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.
Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam.
Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit.
Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.
Sehubungan itu dalam kenyataannya, Nik Nazmi juga mengemukakan enam persoalan, antaranya mengapa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik BN di Carcosa Seri Negara.
“Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Datuk T,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha Umno-BN untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan Umno khususnya bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Datuk T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan dalam video tersebut (bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011’. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?” katanya lagi.
“Mengapa Umno diam membisu tentang pandangan tiga mufti, Dr Juanda Jaya (Muftri Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Mufti Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Mufti Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, (Mufti Perak) Tan Sri Harussani Zakaria juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.
“Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?” kata beliau.
Nik Nazmi seterusnya berkata sudah sampai masanya rakyat menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara ini.
“Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.
“Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama,” kata beliau yang juga Adun Seri Setia.

Tayangan Video Lucah Di KEMAS, BTN Tindakan Jijik Umno-BN

Tindakan pihak tertentu menayangkan video lucah yang dihebahkan oleh tiga individu dikenali sebagai 'Datuk T' di pejabat Kemas, Penanti dan semasa kursus Biro Tata Negara di Pangkor baru-baru ini amat jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui di luar Dewan Rakyat berkata kerajaan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' atas kesalahan memiliki video lucah seperti yang diperuntukkan dalam Akta Penapisan Filem 2002.
"Tindakan menayangkan video lucah adalah tindakan paling tidak bertanggungjawab kerana video seks yang dihasilkan oleh 'Datuk Trio' itu jelas berlawanan serta bertentangan dengan peruntukkan daripada Akta Penapisan Filem 2002, kalau kita merujuk kepada Seksyen 5(1), diingatkan 'tiada seorangpun boleh ada atau menyebabkan dirinya ada dalam jagaan atau kawalan atau pemunyaan, dan itu sudah jelas merupakan satu kesalahan," tegas beliau.

Tambah beliau, sudah jelas tindakan menayangkan video seks ini merupakan tindakan terdesak Umno-BN yang kehilangan modal untuk menumbangkan pengaruh PR di Sarawak yang dikatakan semakin meningkat serta mampu memberikan satu persaingan sengit kepada Umno-BN.
"Kalaulah ketahap ini yang mereka sanggup lakukan maka Umno-BN sudah tidak ada lagi maruah sebagai kerajaan yang sepatutnya telah memerintah lebih 50 tahun, ini tidak wajar, menggunakan cara-cara yang jelek dan hodoh seperti ini," kata beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata, Umno-BN sememangnya telah membudayakan 'politik longkang' yang keji dan jelek sepertimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang serta verteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini.
"Kita ingin tanya apakah sudah begini parah Umno dan BN berdepan dengan PR? apa yang begitu takut sangat?" soal beliau lagi.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata tindakan menayangkan video kepada peserta kursus tersebut amat menjijikan dan tidak boleh diterima.
"sekiranya betullah apa yang dikarakan oleh datuk Mansor... menjijikkanlah,"
Zuraida menambah, tindakan ini hanya membuktikan ketakutan BN terhadap pengaruh PR di Sarawak semakin memuncak hinggakan terpaksa berbuat sedemikian.

Chegu Bard : Video Lucah Disunting Untuk Perbodohkan Rakyat

Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan  di  YouTube  disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.  
Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube  disunting  untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman  itu adalah Anwar, kata beliau. 
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara,  hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini  memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. 

“Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.
 Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.
Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube. 
"Perdana Menteri Malaysia (dan)  rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket  ini yang menyiar  video ini kepada  umum. Mereka tidak akan kena apa-apa,” kata Badrul. 
Badrul menegaskan bahawa  video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.
"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".
Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu  secara berasingan  pada 21 Mac lalu. 
Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera. 
Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut  berlainan dengan individu dalam rakaman itu. 
Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu. 
Ketua Pembangkang itu  menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.
Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.
Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Qazaf terhadap Anwar: AMK adu kepada JAWI

Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan itu dibuat ke atas trio 'Datuk T' – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim ekoran kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang individu berkenaan.
NONEKenyataan tuduhan zina itu didakwa telah diucapkan oleh trio berkenaan berhubung satu tayangan video seks kontroversi yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut hari ini mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berhubung tuduhan qazaf.
"Susulan tayangan tersebut dan beberapa kenyataan ketiga-tiga 'trio lucah' ini yang menjurus melakukan pertuduhan kepada Datuk Seri Anwar dengan tuduhan zina.
BN jadi dalang jika tidak dakwa
"Mengikut undang-undang syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, maka prosiding qazaf boleh dimulakan. Peruntukan ini ada dalam akta jenayah syariah (Wilayah Persekutuan)," katanya.

Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam berkata trio berkenaan boleh didakwa mengikut akta itu kerana wujudnya pengakuan ketiga-tiga individu tersebut berhubung penayangan video seks itu.

"Terdapat pengakuan, (oleh itu) buat siasatan dan dakwa mereka.
NONE"Kalau tidak ada tindakan (terhadap mereka) maka jelas (dalam isu) rakaman video ini, suspek yang menjadi dalangnya adalah kerajaan Umno-BN.
"Jadi untuk menafikannya, (JAWI) perlu ambil tindakan. Dan kita menggunakan ruang yang ada mengikut saluran undang-undang," katanya.
Dalam sidang media selepas membuat laporan tersebut Shamsul Iskandar berkata laporan itu secara khusus merujuk kepada satu tayangan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.
JAWI akan panggil 'Datuk T'
Shamsul Iskandar juga berkata, beliau turut menyertakan beberapa dokumen dan kenyataan media oleh Rahim berhubung dakwaan tuduhan zina itu.
Katanya lagi, beliau telah bertemu dengan penolong pengarah bahagian siasatan JAWI, Siti Nor Jihan Saleh ketika membuat laporan berkenaan.
Shamsul Iskandar berkata Siti Nor Jihan telah memberi jaminan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan untuk diambil mereka dan disiasat.
Tambahnya, beliau juga akan memberi kerjasama untuk memberi keterangan kepada JAWI pada 18 April ini berhubung laporannya hari ini.

Zainuddin Maidin Bermimpi Tanpa Tidur


Wah... sok alim (tunjuk baik) Zainuddin Maidin menasihat supaya Pas mengambil langkah drastik menyelamatkan parti berkenaan. Bila masa pula Zainuddin dilantik oleh Pas menjadi tukang penasihat parti berkenaan? Kenapa pula tiba-tiba saja, Zainuddin baru kabar diri melihat Pas selamat dan terus berfungsi dalam negara ini. Apakah jadahnya tiba-tiba Zainuddin mengatakan Pas diperlukan?

Bukan sejarah negara ini sudah mengenali seorang wartawan asal kampung yang menjadi penentang Pas nombor satu. Beliau juga seorang penentang gerakan Islam dan dakwah negara ini. Bukankah orang masih ingat betapa benci beliau kepada Pas. Semasa beliau memimpin Utusan, bukankah beliau yuang membuat arahan agar akhbar itu tidak memakai atau menonjolkan wanita pakai tudung.
Masa beliaulah juga Utusan akan menonjolkan orang yang berimej (berkopiah) berperangai jahat. Kalau ada banduan atau orang salah pakai kopiah akhbar itu akan meletakkan dimuka utama atau muka depan. Apa tujuannya ia nak dikaitkan bahawa orang beridentiti Islam itu jahat dan hipokrit.
Zainuddin membuat seruan itu - supaya Pas menyelamatkan diri, kerana pada kaca matanya pemimpin Pas membisu dalam isu video lucah. Beliau cuba membentangkan kepada umum yang pemimpin Pas berbelah bahagi dalam soal isu video lucah membabitkan Anwar. Dalam masa sama beliau meneji pemimpin Pas yang bersama Anwar.
Saya tidak tahu apakah beliau masih hanya membaca Utusan Malaysia saja dan meninggalkan media baru blog, website dan segala macamnya.
Kalau beliau masih berwala kepada Utusan saja benarlah apa yang dirasakan itu. Sebenarnya Zainuddin tertinggal jauh ke belakangan dan masih berfahaman konservetif dalam dunia maklumat dan IT dewasa ini. Tetapi kalau beliau sesekali menjenguk blog dan membaca Siasah atau akhbar alternatif lain beliau akan tahu apa yang berlaku dalam Pas dan juga akan tahu tentang kudis buta yang berada di bawah pelipatan betis dan ketiaknya.
Dipihak Pas tidak ada sikap membisu dalam isu video lucah. Kalau ada pun pemimpin Pas di hujung kampung yang tidak sampai akhbar atau ada kemudahan internet. Kalau mereka hanya dengar radio Rais Yatim saja, memang bersetuju dengan Zainuddin Maidin itu, bahawa Pas berpecah dalam isu video lucah.
Rasa saya semua pemimpin Pas sudah menyatakan sikap terhadap video lucah dan isu moral lainnya. Semua sudah mengulas. Mengenai serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim baik sejak zaman liwat pertama membawa ke liwat kedua dan terbaru video lucah, pemimpin parti Islam itu sudah pun menyatakan sikap dan pendirian. Sikap mereka jelas dan bukan kabur lain. Mereka mengambil pendiriannya ia adalah fitnah selagi segala bukti yang didedahkan itu tidak dikemukakan secara syari'. (Tahukah Zainuddin Maidin erti syari' itu?)
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sudah menyatakan, serangan ke atas Anwar itu adalah sekongkolan fitnah. Beliau mencabar kerajaan agar menyiasat bagaimana video berkenaan dan pendedahannya boleh dibuat. Kata Abdul Hadi perkara pokok yang perlu disahkan bukan siapa dalam video berkenaan tetapi pembikinan dan pendedahannya sudah bersalah dan perlu diambil tindakan. Anihnya kenapa mereka yang mendedahkan video berkenaan tidak dikenakan apa-apa tindakan baik menerusi undang-undang sekluar atau Islam?
Beliau juga menyarankan siasatan berhubung perkara itu dilakukan berdasarakan prinsip undang-undang sebenarnya.
Begitu juga kalau kerajaan (UBN) benar-benar ingin tegakkan keadilan kenapa tidak disiasat mengikut kehendak syariah Islam? Apakah Zainuddin tidak faham mengenai komen Hadi ini dan ini bukan sikap Pas? Untuk pengetahuan Zainuddi di dalam Islam sebarangan tuduhan dakwaan berkaitan zina harus ada empat orang saksi.
Kalaupun ketiga mereka yang mendedah video berkenaan boleh diterima sebagai saksi, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu ada seorang lagi saksi. Korum persaksiakn dalam Islam ialah empat. (Arba'a). Manakala sekiranya si pendakwa itu gagal mengemukakan saksi maka mereka perlu disebat sebanyak 80 kali. Apakah tatacara hukum Islam ini diketahui oleh Zainuddin Maidin?
Manakala Nik Aziz pula telah berdoa untuk menghindarkan fitnah dan meminta Allah memusnahkan si pefitnah. Ada orang mempertikaikan kenapa dalam himpunan solat hajat dan pidato, di stadium Melawati Shah Alam, Nik Aziz tidak berpidato dan hanya berdoa. Bagi mereka yang arif aulia dan afdal mengenai doa tidak akan tergamak untuk mempersoalkan tindakan Nik Aziz itu. Doa adalah menunajat dan permohonan direct kepada Tuhan bukan seperti pidato yang penuh retorik.
Bila Zainuddin tiba-tiba macam tersedar dari kejahatan yang panjuang terhadap Pas mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Mungkin dia dapat mimpi bahawa Umno akan musanah kali ini. Kenyataan itu mungkin dibuat dalam keadaan mata tertutup, mumai. Kalau dia sedar kejahatannya kepada Pas selama ini dia tidak akan membuat kenyataan konstruktif begitu. Untuk apa dia mahu Pas diselamatkan? Sepatutnya dia membiarkan saja Pas berpecah seperti mana tanggapan itu kerana cara itu cepat memusnahkan Pas.
Tetapi bila dia membuat saranan itu dia tahu bahawa Pas kini makin kuat. Pas semakin mantap sebagai parti alternatif terbesar di negara ini. Slogan Pas Ganti Umno nampaknya telah menggangu minda Zainuddin Maidin. Orang Pas patut berterima kasih atas nasihat Zainuddin itu tetapi tidak perlu mempercayainya. Dari sudut mana sekalipun tidak ada secawan keikhlasan di hati bekas Menteri Penerangan ini yang pernah melancarkan serangan media ke atas Pas menjelang piliihan raya 2004 lalu.
Kejahatan Zainuddin ini sebenarnya tidak terbatas kepada Pas saja tetapi kepada Umno juga. Pertemuan saya dengan bekas timbalan menteri penerangan Mahadzi Khir menyebabkan saya tahu sedikit sebanyak temberang beliau dalam Umno dan juga sebab-sebab kenapa beliau boleh ditendang pengundi di Sungai Pettani. Satu masa mungkin ia boleh dibukakan.
Tentang isu video lucah, apa yang pentingnya Pas telah mengambil sikap yang jelas terhadap apa juga isu. Dalam konteks Anwar Pas berpegang kepada tali persahabatan tanpa mengira peribadi Anwar. Saya rasa Pas tidak akan mengkhianati kawan dan juga lawan secara melampau seperti mana parti Zainuddin Maidin akan menyembelih kawan apabila mereka ketiadaan haiwan korban. Jadi apa nak dinamakan parti Zainuddi ini?

Monday, March 21, 2011

Astaghfirullah... Jasad Warga Afghanistan Jadi Mainan Tentera AS


Majalah Mingguan Jerman Der Spiegel pada hari ini telah menerbitkan foto menunjukkan dua tentera Amerika Syarikat di Afghanistan dari unit tentera "nakal" bergaya dengan jasad warga Afghanistan.

Gambar: Foto-foto orang awam Afghanistan yang dibunuh oleh 'tentera pembunuh' mungkin lebih dasyat dari yang diperolehi dari Abu Ghraib ini, kata komander NATO. - Photograph: AP

Dua foto, yang Spiegel katakan berusaha dirahsiakan pemerintah Amerika Syarikat, menunjukkan dua anggota tentera, yang diduga membunuh warga Afghanistan untuk olahraga.

Dalam satu gambar, seorang perajurit dengan rokok di tangan, memegang kepala mangsa bernoda darah, yang kelihatan tak bernyawa. Dalam gambar kedua, seorang tentera menyeringai lebar sambil juga memegang korban sama.

Foto ketiga menunjukkan dua jasad disandarkan di pos, yang juga kelihatan tak bernyawa. Foto itu terkait dengan perkara besar tentera dituduh membunuh rakyat, memotong tubuh mereka dan mengumpulkannya sebagai piala.

Gambar: Jeremy Morlock (kiri) & Andrew Holmes (kanan)

Spiegel menyatakan salah satu tentera di foto itu adalah Kopral Jeremy Morlock, yang menghadapi tuduhan pembunuhan berencana dalam kematian tiga warga Afghanistan. Yang lain, perajurit Andrew Holmes, dituduh berkomplot membunuh seorang lelaki Afghanistan pada Januari, kata majalah itu.

Rencananya, konon dibuat pemimpin jaringan Sersan Calvin Gibbs dan Morlock, dikatakan melibatkan penembakan seorang warga dan melempar granit buatan Rusia pada lelaki itu untuk membuatnya kelihatan sebagai pejuang musuh mereka. Pada November, Holmes mendapat penangguhan hukuman sementara dari tindakan hukum berkaitan dengan tuduhan pembunuhan, kata peguamnya.

Morlock adalah satu dari lima tentera dituduh melakukan pembunuhan dalam perkara tersebut, sementara tujuh lagi dituduh mencoba menghalangi penyelidikan, menggunakan ganja dan pemukulan keji terhadap rekannya sebagai pembalasan mengadu kepada atasan.

Spiegel menyatakan tentera Amerika Syarikat berusaha mencegah penerbitan gambar itu, kerana takut akan "pukulan" terhadap pasukannya di Afghanistan. Majalah berwibawa itu menyatakan telah lima bulan meneliti cerita dari kelompok disebut "Regu Pembunuh" itu.

"Spiegel hanya menerbitkan tiga dari 4.000 gambar dan video, hanya itu yang diperlukan untuk cerita tersebut, yang perlu dikemukakan di sini," kata majalah itu.

Dalam pernyataannya, tentera Amerika Syarikat mengatakan, "Hari ini, Der Spiegel menerbitkan foto menggambarkan tindakan menjijikkan bagi kita sebagai manusia dan bertentangan dengan ukuran dan nilai Tentera Darat Amerika Syarikat."

"Kami mohon maaf atas bahaya akibat dari foto itu," katanya.

Tindakan kelihatan dalam gambar itu adalah inti pengadilan mahkamah tentera Amerika Syarikat, yang sedang berlangsung, dengan terdakwa dianggap tidak bersalah kecuali dan sampai terbukti bersalah, tambah pernyataan itu. "Perjalanan mahkamah tentera itu berbicara sendiri," katanya. 

Kenapa Takut : Polis tak rakam video seks didakwa libatkan pemimpin Pakatan...nafi sebelum dituduh..!!!


Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks – yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat – melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.
Dalam mesej Twitter malam ini, ketika isu terbaru ini hangat dibahaskan dan menarik perhatian ramai, Perdana Menteri berkata beliau mahu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman tengah hari tadi.
“Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa,” kata Najib sekitar pukul 9 malam tadi.
Bagaimanapun Najib tidak menyebut sama ada pihaknya sudah diberi taklimat mengenai kes itu.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks pelacur.
Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.
“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya.
Hishammuddin juga meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.
Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.
Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.
“Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya.
Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

1 comments:


Tanpa Nama berkata...
Nampak sgt UMNO/Bn nie nak memperbodohkan rakyat...lebih2 lagi silidah katik nie(Hisham al-todi).....suruh buat lapuran polis..okey...DSAI mmg nak buat lapuran.....okey kita tgk siapa yg kene siasat.....sibuat lapuran ke..atau org yg menuduh DSAI melakukan hubungan seks.....ingat UMNO/BN....rakyat sekarang menjadi hakim.....siape ke yg merogol atau meliwat....undang2 di Malaysia nie......

Fitnah II: Komplot Najib Rosmah penjarakan Anwar



 
Sila klik di sini dan di sini untuk muat turun risalah Fitnah II: Komplot Najib Rosmah Penjarakan Anwar

Pelik, takkan Najib sebodoh itu nak kejar untung "video seks Anwar"?



Pelik memikirkan tentang keuntungan politik puak Najib-Umno terhadap video seks rekayasa Anwar Ibrahim itu. Apa manfaatnya kepada BN? Saya tak nampak apa-apa pun, selain boleh mencetuskan momentum baru reformasi di kalangan orang Melayu.


Kalau kata nak gunakan untuk praya Sarawak, saya juga tak nampak keperluannya. Isu yang pelbagai di Sarawak tidak akan boleh ditutup atau dilindungi oleh isu-isu berkaitan personaliti Anwar.
Memang menempah maut saja Umno ini. 
Hishamuddin Husein pula kat TV tadi bukan main syok nak pekena Anwar, apatah lagi bekas Ahli Parlimen PKR. Dia tu 'kan Menteri Dalam Negeri, patutnya pihak polis kena ambil tindakan kepada pihak yang menayangkan, menyimpan, menyeliakannya.
Ini tidak, kenyataannya semata-mata untuk meraih kepentingan politik. Takkan Apco nasihatkan Umno buat macam ini kot?

Notis Penting Untuk Rakyat Malaysia.


Oleh: BayangDiAir

Pertama, pemimpin UMNO/BN kaya-raya wang berjuta sampai ada berbilion. Dari mana mereka dapat setelah menjadi ketua bahagian, wakil rakyat dan menteri? Contoh, bagaimana Khir Toyo, Muhamad Taib, Taib Mahmud  dan banyak lagi jerung-jerung UMNO mampu memiliki rumah, tanah dan wang yang banyak bukan kepalang. Rakyat Malaysia, bersamalah  jatuhkan UMNO/BN agar segalanya dapat disiasat secara telus demi sebuah kebenaran.

  Kedua, akhbar dan Tv arus perdana hanya tulis dan cerita yang muluk-muluk tentang pemimpin  dan ekonomi negara. Bagai satu arahan di sebalik tabir agar media jangan lagi siarkan sesuatu yang membawa persepsi negatif kepada pemimpin dan parti UMNO serta  ekonomi  negara. Tidakkah kalian merasa silap mata yang ketara dimainkan oleh media utama? Rakyat Malaysia, bersamalah jatuhkan UMNO/BN agar terdedah segala kepalsuan.
Ketiga, pemimpin UMNO didakwa terlibat dengan jenayah namun tidak dibicarakan di mahkamah. Kes Mustakizah, skandal menteri-artis, Altantuya, konspirasi liwat 1 dan liwat 2, dan pelbagai lagi yang hanya boleh diceritakan setelah pemimpin UMNO/BN sudah hilang kuasa. Kita dipimpin oleh manusia yang terpalit dengan jenayah sedangkan tirai besi lebih layak untuk mereka. Rakyat Malaysia, bersamalah  jatuhkan UMNO/BN agar segala-galanya terjawab agar kita tidak terus dosa bersubahat dan bersangka yang ini baik yang itu jahat.
Keempat, selagi UMNO/BN tidak jatuh dari tampuk kuasa, jangan harap mahkamah, polis dan media  boleh bertindak bebas. Masing-masing jaga kepentingan takut nasib macam Anwar Ibrahim  - ditelanjangkan, dimalukan, dibekukan kenaikan pangkat, ditukarkan ke merata tempat. Kalau ada kes salahlaku yang lama-lama akan diangkat untuk diazab. Masing-masing yang sepatutnya berani , adil dan bebas bertindak setelah digajikan dengan duit rakyat,  sanggup bersekongkol demi kepentingan, pangkat dan darjat. Rakyat Malaysia, bersamalah menjatuhkan UMNO/BN agar mahkamah, polis dan media boleh berbicara dan bekerja secara jujur dan beretika.
Rakyat Malaysia, kita tidak diminta meniru Tunisia atau Mesir.  Kita hanya perlu bertindak di peti undi tanpa perlu berarak dan berdemonstrasi ke sana sini.  Kita kena bekerja secara kolektif, sepadu dan berganda.  Tanpanya, memadai undi pos dan undi warga asing akan mengalahkan kita. Tak perlu polis tak perlu tentera, memadai SPR yang akan menembak  kita. Undi pos, undi warga asing dan SPR cukup ampuh menyelamat pemimpin UMNO/BN dari bahana rasuah, jenayah , skandal dan penyelewengan kuasa.

Kegemaran Ganjil YB Ahli Parlimen Kulim !



Jangout ada makna ni !!!
Macam-macam perangai ganjil manusia atas muka bumi ni. Kadang-kadang kita tertipu dengan jawatan serta kelayakan seseorang itu. Biasanya apabila melihat Yang Berhormat, kita terus rasa nak hormat. Bila kita jumpa lawyer kita akan respect ketekunannya belajar sehingga mendapat title tersebut. Apatah lagi jika orang yang kita jumpa itu mempunyai kedua-dua benda yang disebutkan di atas.

Tapi siapa sangka, orang yang kita hormat itu rupa-rupanya suka mengendap kambing mengawan. Siap ada kolek si gambar lagi!. Patutlah ulasan politik serta teori konsprasinya macam budak-budak, lucu dan menimbulkan rasa simpati pada penulis apabila terbaca tulisannya.


Saya harap, ini merupakan kali pertama dan terakhir dia menjadi wakil rakyat. Hanya orang tak cukup akal yang akan mengambilnya untuk bertanding mewakili rakyat. Malu tengok dia yang berkepiah dan berjangout dan sering dilihat kononnya memperjuangkan kebenaran.

Nota: Patutlah dia suka sebut Pak Jangout, rupa-rupanya dia minat tengok bapak kambing mengawan !!!

Kalau nak tengok koleksi gambar kambing mengawan YB tu, sila klik kat sini. Tapi awas janga baca tulisannya, takut anda meloya dan mual termuntah nanti.

Kes bersiri DSAI: Sudahlah.. Jangan Jadi BODOH Pulak....


Oleh: hazik

"Pernah guru saya berkata, " sekali kita buat salah ia dipanggil kesilapan, tapi kalau dah banyak buat salah.... itu namanya kebodohan... Itulah kata-kata yang menjadi azimat kepada saya untuk berjaya (syukur alhamdulilah apa yang dimiliki) sehingga sekarang. Kalau guru saya itu masih hidup tentunya saya akan berkunjung dan bertanya pandangan. Tetapi beliau telah lama meninggal dan tentunya dia juga berasa tersangat kecewa seandainya kes bersiri Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang menjadi hidangan kepada rakyat Malaysia menampakan kebodohan yang jelas.

Nampaknya DSAI seorang yang sangat kental. Usaha Umno/BN untuk "menyental" usia politiknya masih belum berakhir. Lepas satu, satu pulak yang datang. Dan yang terkini "tayangan video di Carcosa" pulak bakal mengganti liwat 2. Kes Liwat 2 nampaknya dah tak jalan sebab DNA DSAI yang diusaha untuk mendapatkannya menjadi jalan buntu.
Tak pernah dalam sejarah kes mahkamah, Umno boleh jadi pendesak untuk dapat bahan bukti (DNA DSAI) melalui tunjuk perasaan di jalanan. Lebih memalukan sanggup pula beberapa orang Umno diperbodohkan oleh kepimpinan mereka. Dan lebih melucukan Perdana Menteri Najib pula seiring nada dengan kebodohan Umno yang jelas nampak bahawa kes liwat 2 sememangnya politik.
Inilah hasilnya bila buat kerja bodoh. Buat perancangan yang silap mengundang hasil yang tak menjadi. Bila sudah tak menjadi timbul pulak rasa tak puas hati. Maklumlah banyak belanja yang dilaburkan, untuk mengharapkan untung tetapi yang datang adalah rugi.
Kes bersiri DSAI tak akan padam selagi Umno/BN masih berkuasa dan DSAI sendiri masih sihat. Untuk meneruskan penguasaan Umno/BN, apa juga jalan dicari asalkan DSAI terus disekat.
DSAI seorang tokoh yang hebat pernah dilahirkan bagi mengisi wadah politik dan perjuangan. Ini yang membimbangkan Umno/BN sehingga berbagai usaha untuk menyekatnya tetapi masih gagal. Lebih memeningkan Umno/BN perancangan politik menggunakan saluran mahkamah hampir tak kesampaian dan sebelum apa-apa terjadi "buatlah apa-apa saja asalkan berjaya" yang hanya mengharap untung nasib semata-mata.
Ingatlah... nak perintah negara bukan boleh mengharap untung nasib. Tetapi Umno/BN selalu mengamalkannya sehingga mendatangkan kerugian besar dalam berbagai aspek; ekonomi yang merudum, sistem pendidikan yang bercelaru, sosio-budaya yang tak beridentiti serta sering bermasalah dan berbagai lagi. Dan lebih memalukan lagi sehingga pulau yang sah milik kita pun terlepas kepada orang lain, gara-gara untung nasib tidak menyebelahi.
Berbalik kepada kes bersiri DSAI, untung nasib Umno/BN jelas nampak kepada isu seks semata-mata. Bermula kes liwat 1 yang gagal maka diteruskan pula kepada kes liwat 2. Untung nasib Umno/BN di"lubang jubur" (maaf! kena sebut juga meskipun berat) Saiful seakan-akan belum menyebelahinya. Sekarang pula akan dihidangkan seperti tayangan perdana di Carcosa melibatkan DSAI sebagai mencuba nasib seterusnya.
Sudahlah... Cerita seks yang dihidangkan oleh Umno/BN untuk terus berkuasa telah sampai penghujung. Jika usaha untuk mengharap untung nasib di lubang jubur Saiful gagal, janganlah cuba beralih untung nasib kepada lubang b@r*t pulak. Pendek kata, kalau telah banyak kali silap, bodoh pulak yang nampak.

Kenapa Najib tidak tawar DNAnya?


Oleh Wira Arjuna
Apakah  kuazlanasa atau 'maruah' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahum supaya tampil menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes bicara liwat II.
Berucap di Kuching Sabtu lalu, Najib mendakwa beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya.Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh warga Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jmembuktikan bahawa Najib pernah mengenali model itu


Rasa tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib dengan bekas penasihatnya, Abdul Razak Baginda dan juga pegawai-pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.
NONEKetika perbicaraan itu, Najib bukan sahaja tidak memberikan DNAnya, namun beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya.
Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti itu untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada ketua pembangkang.
Sambutan hambar
Namun semua tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar.
Umpamanya, di Petaling Jaya, 50 orang yang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan!
NONEMungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?
Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap” yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah.
Apapun, hakikatnya adalah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998.
azlanDua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini. Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar.
Ketakutan doktor
Hakikat juga adalah Saiful menelefon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh Anwar.
Najib tahu semua ini. Beliau juga maklum mengenai “ketelusan” proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti rekacipta terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.
NONEBerbekal semua “pengetahuan dan maklumat itu” Najib tetap “yakin”' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar.
Perbicaraan setakat ini sudahpun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal.
Perbicaraan turut memperlihatkan “ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful.
Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu.
anwar ibrahim najib tun razak baginda scorpene submarine murder fiascoBayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu.
Najib tahu semua ini -- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya?
Jawapannya mudah -- kerana perdana menteri mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan menggunakan bukti rekacipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim.M/Kini