Oleh: BayangDiAir
" Pertama, pemimpin UMNO/BN kaya-raya wang berjuta sampai ada berbilion. Dari mana mereka dapat setelah menjadi ketua bahagian, wakil rakyat dan menteri? Contoh, bagaimana Khir Toyo, Muhamad Taib, Taib Mahmud dan banyak lagi jerung-jerung UMNO mampu memiliki rumah, tanah dan wang yang banyak bukan kepalang. Rakyat Malaysia, bersamalah jatuhkan UMNO/BN agar segalanya dapat disiasat secara telus demi sebuah kebenaran.
Kedua, akhbar dan Tv arus perdana hanya tulis dan cerita yang muluk-muluk tentang pemimpin dan ekonomi negara. Bagai satu arahan di sebalik tabir agar media jangan lagi siarkan sesuatu yang membawa persepsi negatif kepada pemimpin dan parti UMNO serta ekonomi negara. Tidakkah kalian merasa silap mata yang ketara dimainkan oleh media utama? Rakyat Malaysia, bersamalah jatuhkan UMNO/BN agar terdedah segala kepalsuan.

Ketiga, pemimpin UMNO didakwa terlibat dengan jenayah namun tidak dibicarakan di mahkamah. Kes Mustakizah, skandal menteri-artis, Altantuya, konspirasi liwat 1 dan liwat 2, dan pelbagai lagi yang hanya boleh diceritakan setelah pemimpin UMNO/BN sudah hilang kuasa. Kita dipimpin oleh manusia yang terpalit dengan jenayah sedangkan tirai besi lebih layak untuk mereka. Rakyat Malaysia, bersamalah jatuhkan UMNO/BN agar segala-galanya terjawab agar kita tidak terus dosa bersubahat dan bersangka yang ini baik yang itu jahat.
Keempat, selagi UMNO/BN tidak jatuh dari tampuk kuasa, jangan harap mahkamah, polis dan media boleh bertindak bebas. Masing-masing jaga kepentingan takut nasib macam Anwar Ibrahim - ditelanjangkan, dimalukan, dibekukan kenaikan pangkat, ditukarkan ke merata tempat. Kalau ada kes salahlaku yang lama-lama akan diangkat untuk diazab. Masing-masing yang sepatutnya berani , adil dan bebas bertindak setelah digajikan dengan duit rakyat, sanggup bersekongkol demi kepentingan, pangkat dan darjat. Rakyat Malaysia, bersamalah menjatuhkan UMNO/BN agar mahkamah, polis dan media boleh berbicara dan bekerja secara jujur dan beretika.
Rakyat Malaysia, kita tidak diminta meniru Tunisia atau Mesir. Kita hanya perlu bertindak di peti undi tanpa perlu berarak dan berdemonstrasi ke sana sini. Kita kena bekerja secara kolektif, sepadu dan berganda. Tanpanya, memadai undi pos dan undi warga asing akan mengalahkan kita. Tak perlu polis tak perlu tentera, memadai SPR yang akan menembak kita. Undi pos, undi warga asing dan SPR cukup ampuh menyelamat pemimpin UMNO/BN dari bahana rasuah, jenayah , skandal dan penyelewengan kuasa.
No comments:
Post a Comment