SEPANG: "Kami berasa sungguh gembira berada di sini,
kami masih belum tahu ke mana kami mahu pergi selepas ini," kata Aishah
Azizul Raheem, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan pihak
berkuasa Sweden.
Itu reaksinya ketika ditanya perasaannya dan tiga adiknya sebaik tiba di tanah air.
Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba kira-kira 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines.
Keempat-empat beradik itu ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.
Bapa mereka Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia dan ibu mereka Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, masih direman pihak berkuasa Sweden selepas ditahan pada 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak lelaki mereka yang enggan solat.
Empat beradik itu kemudiannya dibawa untuk bertemu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini.
Dua hari lepas, empat beradik itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm oleh pihak berkuasa Sweden dalam satu majlis di pejabat kedutaan dan kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.
Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam berikutan penahanan ibu dan bapa mereka.
Tahanan reman Azizul Raheem dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak mereka ditahan pada 18 Dis lepas.
Tiada had penahanan reman di Sweden. -

KUALA LUMPUR: 'Serampang Kajang' merupakan strategi politik untuk mengalahkan BN yang korup dan zalim, kata Naib Presiden PKR, R Surendran.
KUALA LUMPUR:
Keadaan dua kanak-kanak perempuan yang cedera parah dikelar bapa mereka
di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini
Khamis lepas, dilaporkan semakin pulih.
Penganalisis
politik, Dr Maszlee Malik, berkata antara isu dijangka mampu
mempengaruhi pengundi akan dibawa PR dalam PRK terbabit seperti kos
sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
Hidup sebagai kaum bangsawan dengan kegelimangan harta, kehormatan, dan kemasyhuran sering kali diimpikan ramai orang.
SHAH ALAM:
Barisan Nasional (BN) memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun
belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR:
Ketegasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang tidak
sekali-kali membenarkan Chong Wei dipilih sebagai calon BN di Dun
Kajang dengan alasan pemain badminton itu adalah harta negara
seharusnya dikalungkan pujian.
Abdul
Khalid berkata kenyataan Faekah menerusi akaun Twitter tidak mewakili
beliau secara rasmi sama sekali sebab ia bukan daripada Pejabat Menteri
Besar.
Ketibaan
Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya iaitu Ammar, 12, Adam, 11,
dan Arif,7, disambut anggota keluarga dalam suasana gembira bercampur
sedih sebaik tiba pada 8.15 malam dengan pesawat FireFly dari Kuala
Lumpur.
"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau.