Saturday, February 1, 2014

Anwar akan buat penjelasan sebab tanding di Kajang

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membuat penjelasan terperinci berhubung keputusan PKR meletakkan beliau sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Menurutnya, penjelasan itu akan dibuat pada satu majlis di Kajang esok bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, lapor Bernama.

"Dia (Lee Chin Cheh) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini malam semalam.

Beliau juga memaklumkan, keputusan tersebut merupakan satu strategi oleh PKR dalam berdepan masalah dalaman khususnya di Selangor.

Biarpun mengakui wujud masalah dalaman parti itu di Selangor, namun Anwar berkata ianya masih dalam keadaan terkawal.

Keputusan bertanding itu juga katanya sebagai mahu membantu menyelesaikan beberapa masalah dalam pentadbiran negeri Selangor.

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya.

No comments:

Post a Comment