Sunday, October 31, 2010

PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditendang’ BN keluar

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman menegaskan, parti itu “ditendang” keluar dari Barisan Nasional (BN) penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.
Justeru Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan Pengerusi Majlis Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak sebagai “buta sejarah.”
“Memang PAS ditendang, jadi betul apa yang Datuk Nik Aziz katakan. Dulu PAS memang bekerjasama dengan Umno semasa bergabung dalam BN.
“Tapi ada beberapa perkara yang kita tidak setuju semasa berada dalam BN terutamanya ketika BN mengumumkan darurat di Kelantan ketika itu.
“PAS tidak setuju, kita menentang rancangan itu, sebab itu kita ditendang keluar dari BN. “Saya rasa orang yang bercakap PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ketika itu tidak tahu sejarah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Rozali menyangkal kenyataan Nik Aziz bahawa PAS telah “ditendang” keluar dari BN sekitar 1970-an dan bukannya PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu.
Beliau berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN.
“PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi,” katanya.
Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang dari BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno.
Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk “Fatwa `Ikut Suka PAS’’: Umno Keliru dan Terus Keliru” yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS.
PAS, katanya, bergabung dengan Umno membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut dan seterusnya membawa kepada peristiwa PAS ditendang daripada BN dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978.
Tambah Halim, PAS tidak mungkir janji kepada BN ketika itu dan menegaskan, parti Islam itu tetap akan keluar kerana sudah tidak mempunyai kesefahaman lagi.
“Kalau tidak ditendang pun kita memang akan keluar dari BN kerana sudah tidak tahan lagi berada dalam BN.
“Kita sudah perit dengan BN,” kata beliau mengulas isu ini yang muncul semula ketika berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi DUN Galas sekarang.
Kempen pilihan raya bermula Selasa lalu dan pengundian dijadualkan 4 November ini. Isu ini timbul ketika ada pandangan supaya PAS dan Umno mengadakan semula perpaduan politik.
Bagaimanapun Nik Aziz menegaskan kemungkinan itu tidak boleh menjadi kenyataan berdasarkan pengalaman tahun 1970-an.

Lebih 200 ribu rakyat Malaysia sertai facebook bantah projek menara 100 tingkat!..



Setakat artikel ini ditulis (5.45 pm), sudah 212,239 penyokong page ini direkodkan..satu jumlah yang amat tinggi yg berjaya direkodkan tidak sampai dua minggu!..apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan penyokong page 'kami sokong menara 100 tingkat' yang masih berusaha mencari pengaruh di kalngan rakyat Malaysia...

Bagi pembaca yg mempunyai akaun Facebook yg belum atau ingin bersama-sama 200 ribu rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa menyatakan bantahan terhadap idea ini, sila klik pada link disebelah, "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower"..

Padangan penulis..

Terus terang penulis katakan, penulis membantah projek ini bukan atas desakan atas mana-mana pihak, atau semata-mata idea ini datangnya dari Barisan nasional..




Tapi penulis bantah atas dasar perasaan dan naluri penulis yg kuat menyatakan, 'masih ramai rakyat yang sangat-sangat memerlukan, masih ramai rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu merempat dinegeri sendiri, keadaan ekonomi yang tidak menentu, masalah hutang negara yang kian bertambah, fenomena kenaikan barang dan pelbagai lagi...

Apa salahnya wang sebanyak berbilion2 ini diagihkahn2 sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah dan Serawak, perbaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan, infrastruktur, sekolah-sekolah, hospital2, kemudahan pelajaran percuma untuk pelajar luar bandar dan pelbagai lagi..

Rasional projek..

Bantahan ini bukan bermakna kerajaan tidak boleh sama sekali membina projek mega berimpak tinggi seperti ini, tetapi apakah memadai Najib yang belum sampai satu penggal memerintah, yg belum 'matang' untuk menguasai dan memahami hal keadaan ekonomi negara (berbanding ketika era 22 tahun pemerintahan Tun Dr mahathir dahulu), tiba-tiba bercita2 besar mahu membina 'legasi' tersendiri, berangan2 besar ingin menempa nama dlm keadaan rakyatnya yg masih tidak menentu..korang fikir2kan..

Sebelum mengakhiri artikel ini, ada baiknya kalian membaca berita terbaru yang dipetik dari akhbar Kosmo! versi online di bawah..semoga menjadi pengajaran...fikir2kan...


Hasil dari 54 Tahun Merdeka....

Masih ada rakyat Malaysia sendiri hidup bertedup dari panas matahari dan berlindung dari hujan dengan menetap di bawah jambatan....


(HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.)

Hidup bawah jambatan

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.



Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.

Belanjawan hanya sibuk nak buat bangunan 100 tingkat, belanja RM 5 billion nak tunnuk kepada dunia supaya ramai pelancong... sedangkan pada hakikatnya masih ada rakyat yang hidup bawah jambatan...

RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?

Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

"Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

Adik Teoh Beng Hock ditahan polis di Galas

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

Kumpulan itu, yang tiba semalam bagi "mencari keadilan" untuk mendiang Teoh, ditahan di tepi jalan ketika sedang berjalan menuju ke kereta sambil membawa risalah tentang kes kematian dalam tahanan, kata penyelarasnya Chong Kok Siong.

"Lapan daripada kami diminta menyerahkan kad pengenalan kepada kumpulan 10 anggota polis, empat daripada kami membawa risalah sambil berjalan menuju ke kereta di Kampung Baru," katanya.

"Polis berpakaian biasa menyekat kami; dia kata, isu (kematian dalam) tahanan akan menjejaskan keselamatan, tidak boleh disuarakan secara terbuka.

"Tetapi, saya beritahu, angka (kematian) ini daripada Hisham (Menteri Dalam Negeri Hishammmuddin Hussein) di Parlimen, malah akhbar melaporkannya.

"Saya cabar dia, 'kalau kami betul, tangkaplah kami'," kata aktivis sosial itu.

4 hari menjelang undi, calon PKR semakin diterima


























SANDAKAN, 31 Okt: Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.
(Dewan sebuah hotel di Sandakan penuh sesak)

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR
memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

"Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya.
(Anwar berucap dalam pidato umum)

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana  kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

"Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja," kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,
rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.

Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

"Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia," katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah.

Cili Kasi Taruk: Milo-Susu-Teh 1Malaysia, khas untuk pengundi GALAS!!

Kalau di BATU SAPI, boss suruh letak bendera BN pada jentera 'mee segera', di GALAS pula boss suruh letak logo 1Malaysia...BARU PENGUNDI NAMPAK!!!...;)







Artikel berkaitan:
- Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS..
- PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside)
- Projek 'mee segera' Batu Sapi: "Boss cakap kene letak bendera BN, baru pengundi nampak.."

Keputusan pemilihan PKR hari ketiga

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Keputusan untuk hari ini - setakat 10.54 malam - Naib Presiden Azmin Ali mendepani dua lagi pencabarnya dengan memperolehi 1,208 undi.

Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim mendapat 979 undi, manakala ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub meraih 332 undi.

Bagaimanapun, keputusan untuk empat lagi cabang - Bera, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Parit - belum diperoleh setakat ini.

Berikut keputusan yang diperolehi untuk jawatan timbalan presiden di peringkat cabang-cabang:

Batu Kawan: Azmin (59), Zaid (94), Mustaffa (9)

Ipoh Timor: Azmin (50), Zaid (14), Mustaffa (2)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Tampin: Azmin (6), Zaid (115), Mustaffa (2)

Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)

Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)

Rembau: Azmin (7), Zaid (49), Mustaffa (4)

Tangga Batu: Azmin (80), Zaid (85), Mustaffa (22)

Permatang Pauh: Azmin (211), Zaid (58), Mustaffa (11)

Bukit Mertajam: Azmin (100), Zaid (15), Mustaffa (6)

Bagan: Azmin (19), Zaid (6), Mustaffa (4)

Alor Gajah: Azmin (95), Zaid (104), Mustaffa (12)

Temerloh: Azmin (24), Zaid (25), Mustaffa (0)

Maran: Azmin (4), Zaid (24), Mustaffa (1)

Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7)

Bentong: Azmin (99), Zaid (30), Mustaffa (1)

Paya Besar: Azmin (11), Zaid (32), Mustaffa (3)

Rompin: Azmin (19), Zaid (55), Mustaffa (2)

Kepala Batas: Azmin (39), Zaid (55), Mustaffa (2)

Tasek Gelugor: Azmin (8), Zaid (40), Mustaffa (41)

Ipoh Barat: Azmin (9), Zaid (13), Mustaffa (45)

Kampar: Azmin (21), Zaid (16), Mustaffa (22)

Tambun: Azmin (33), Zaid (10), Mustaffa (112)

Gambar berbicara: Mari kenali lebih dekat calon PAS, Dr Zul..



Percayalah, fitnah dan cerita aib penyokong Umno terhadap calon PAS akan 'memakan diri' mereka sendiri, insyaAllah...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada calon PAS...wallahua'lam..

p/s: Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Saturday, October 30, 2010

Penamaan calon PRK N45 Galas












Gambar sekitar penamaan calon PRK N45 Galas..gambar oleh wakil TBO yg hadir.

SU Agung: Mengundi lancar kecuali dua cabang PKR di Kelantan


Saifuddin berkata undian hari ini dilaksanakan tanpa masalah. — gambar fail
Sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui kertas-kertas undi lewat sampai di beberapa cabang di Kelantan pada hari pertama pengundian pemilihan langsung sulung, sebagaimana didakwa oleh ejen calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim tengah hari tadi.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, keadaan itu telah melewatkan sedikit permulaan proses pengundian yang sepatutnya dimulakan pada pukul 10 pagi.
“Walau bagaimanapun masa pengundian telah dilanjutkan satu jam sehingga 5 petang bagi membolehkan anggota-anggota parti melaksanakan hak demokrasi mereka dalam kaedah pemilihan satu anggota-satu undi ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Menurut Saifuddin lagi, pada keseluruhannya pengundian hari pertama hari ini telah dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan.
Kenyataan itu menjawab laporan bahawa proses pengundian pada hari pertama pemilihan parti hari ini menyaksikan empat daripada  sembilan cabang berhadapan dengan masalah teknikal dan pentadbiran.
Difahamkan proses pengundian di empat cabang berkenaan masing-masing dua di Kelantan dan dua Kedah lewat dimulakan ekoran masalah kelewatan kertas undi tiba dan pusat-pusat pengundian dibuka.
Menurut ejen yang mewakili Zaid meminta proses pemilihan ditangguhkan sehingga sekretariat pemilihan benar-benar bersedia untuk mengadakan pemilihan — di bawah sistem yang mencipta sejarah.
“Kami khuatir dengan cara pemilihan Parti Keadilan Rakyat dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat dan sekretariat parti,” kata ejen Zaid, Rashid Azad Khan dan pembantu politiknya Muhammad Firdaus Christopher dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Pemilihan peringkat pusat bermula hari ini dengan memperlihatkan sembilan cabang di Kedah dan Kelantan mengadakan  pengundian bagi 12 kerusi jawatan-jawatan utama dan 60 kerusi ahli majlis pimpinan pusat dan ahli majlis pimpinan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan masing-masing.
Menurut Saifuddin, sembilan cabang itu ialah Tumpat, Kota Baru, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.
Bagaimanapun satu sumber memberitahu pengundian di cabang Pasir Mas ditangguhkan ekoran isu logistik.
“Pemilihan peringkat pusat akan diadakan di 222 lokasi cabang-cabang di seluruh negara dan akan dijalankan pada 10 hari mengundi hujung minggu sehingga tarikh 21 November 2010 nanti,” katanya.
Mengenai kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat pula, kata Saifuddin, Dr Molly Cheah masih lagi merupakan ketuanya.
Jelas beliau, jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khusus untuk mengawal selia hal ehwal pemilihan sememangnya terlibat secara langsung untuk menyemak dan menyediakan tatacara proses pemilihan berpandukan beberapa kelemahan yang dikenal pasti sewaktu pemilihan peringkat cabang melalui jawatankuasa kecil teknikal yang dianggotai oleh antaranya Rajen Devaraj, Wong Hoy Cheong dan Stephanie Bastian.

PAS dakwa Ku Li ‘khianat’, punca isu Orang Asli tak dapat diatasi

Papan iklan kempen PAS yang menurunkan Dr Zulkefli Mohamad untuk mempertahankan kerusi Galas pada 4 November ini. — Gambar Choo Choy May

PAS dakwa Ku Li ‘khianat’, punca isu Orang Asli tak dapat diatasi

GUA MUSANG, 30 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi Galas menuju tahap baru dengan PAS kelihatan mula ‘menyerang’ Tengku Razaleigh Hamzah — mendakwa beliau sebagai punca mengapa masalah dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di Gua Musang tidak dapat diselesaikan dengan baik dan menyeluruh.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS di DUN  Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah  berkata, Tengku Razaleigh Hamzah telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Orang Asli ketika beliau mengetuai Semangat 46, yang telah membantu membentuk kerajaan negeri pada 1990 dan 1995.
PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan mulai 1990 sehingga sekarang. Tahun ini genap 20 tahun Kelantan diterajui pentadbiran PAS.
Orang Asli dilihat sebagai penyokong kuat BN khususnya Tengku Razaleigh sejak dahulu lagi termasuk pada 1990 dan 1995.
“Dulu di Kelantan, kita banyak bergantung kepada Ku Li (Tengku Razaleigh) dan Semangat 46 untuk semua permasalahan orang Asli di Gua Musang.
“Kita setuju beri kepada untuk bertanding dan serah segala urusan orang Asli kepada beliau.
“Tapi apabila Ku Li hancurkan Semangat 46 dan masuk kembali kepada Umno, kita tiada fail berkaitan Orang Asli dan kita tidak tahu macam mana nak mulakan semula.
“Jadi ia adalah satu pengkhianatan yang Ku Li dan Semangat 46 buat terhadap kita, beliau bubarkan Semangat 46 dan masuk Umno,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno pada 1996.
Semangat 46 ditubuhkan kesan perpecahan akibat pemilihan Umno 1987.
“Walaupun Ku Li mengkhianati ketika dalam isu Orang Asli tapi kita tetap meneruskan untuk membantu Orang Asli di Gua Musang,” kata Wan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Baru.
Ini kali pertama PAS dilihat membuat kenyataan ‘pedas’ seperti ini sejak kempen pilihan raya kecil DUN Galas bermula Selasa lalu.
Tiga hari lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan DUN Galas di sini.
Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.
“Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.
Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Dua daripada tiga kerusi DUN di Gua Musang iaitu  Nenggiri dan Paloh dikuasai BN manakala Galas dimenangi PAS pada Mac 2008.
PAS dan Umno menganggap pilihan raya kecil ini sama penting.

KEMPEN GALAS: Ceramah PKR berjaya himpun warga minoriti Gua Musang

Ceramah Keadilan di Kampung Baru Gua Musang



















Artikel berkaitan:
- Gambar sekitar ceramah PAS di Galas: Ribuan hadir termasuk kaum Cina dan India!..(video inside)