Azmin Ali, yang menjuarai persaingan jawatan timbalan presiden PKR yang berakhir semalam, secara terbuka membidas bekas pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang gagal sejak hari pertama dalam parti itu. Dalam kenyataan pertama selepas mengakhiri persaingan, Ahli Parlimen Gombak ini yang memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti besar menyifatkan Zaid sebagai pemimipin yang tiada sikap rendah diri, malah tiada semangat berpasukan meskipun kepimpinan parti memberikan beliau jawatan tertinggi sejak menyertai PKR pertengahan tahun lalu.
Sehubungan itu, Azmin mengucapkan “semoga berjaya” kepada Zaid yang mahu menubuhkan parti baru.
“(Tetapi) saya tidak pasti sama ada beliau boleh berjaya atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media berasingan di Petaling Jaya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Zaid bukan lagi ahli parti itu selepas pihaknya menerima notis keluar parti 19 November lalu.
Dengan segala hurmatnya saya menjemput Tan Sri merujuk kepada teks ucapan YB Lim Kit Siang, “Gani Patail stand accused of fabricating evidence in the Anwar Ibrahim ‘black-eye’ investigation in 1998,which stands unrebutted although made by the police officer responsible for the investigation 12 years ago”, ketika beliau mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM 10.00 di-Parlimen pada Selasa 9.11. 2010 yang tersebar dalam laman-laman blogs .
Setelah meneliti teks tersebut sepenuhnya,saya mengesahkan telah menghantar email kepada YB LKS pada 14.4.2010 yang beliau sebut itu, sebagai membalas/membetulkan komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata-lebam, yang sedikit tersasar.
Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15.4.2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan Surat Terbuka kepada YB Datin Kalsom Taib bertarikh 8.10.2010 (Surat Terbuka Pertama),yang salinannya saya email kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan original surat-surat berkenaan. Saya akan merujuk kepada kandungan surat- surat tersebut apabila, atau jika berkenaan.
Sehubungan hal sama,saya mendapat tahu menerusi media, bahawa YB Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di-JPM akan membawa isu diatas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat 12.11.2010.
Beliau turut mengumumkan bahawa penjelasan akan diminta daripada Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) sebagai memberinya peluang untuk menjelaskan dirinya yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.
Saya menyokong sepenuhnya TSGP diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan),dan wajar dihurmati oleh semua pihak.
Bagaimanapun apa yang menjadi kemuskhilkan saya kini ialah,apabila penjelasan diberi oleh TSGP, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun,sama-ada secara lisan,atau kenyataan akhbar,atau representasi dan lain-lainnya,pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini, dan tidak hanya adil kepada TSGP seorang sahaja.
Sesuai untuk saya nyatakan disini, bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu TSGP, Tan Sri Musa Hassan (TSMH),Dr Abdul Rahman Yusof (Dr Rahman) dan saya sendiri.
Malahan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (khususnya Hospital Kuala Lumpur) juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini. Selain itu, Jemaah Menteri pada masa yang material itu juga adalah pihak dalam isu sama,jika apa yang akan saya bentangkan dalam perenggan-perenggan dibawah diambil pertimbangan.
Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya, maka pihak yang berkuasa mengadili/menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3).(Perbekalan ini adalah digunapakai terhadap Peguam Negara bila dibaca bersama Artikel 145 Clause (6)).
Precedent penggunaan Artikel ini telah dicipta oleh mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, ketika menangani isu pemecatan YAB Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara.Oleh itu soal sama ada Artikel berkenaan tidak boleh atau sukar dilaksanakan tidak timbul.
Berkaitan dengan dakwaan DSAI yang beliau buat pada 1.7.2008 itu, izinkan saya memaklumkan kepada Tan Sri, bahawa saya telah dibawa menemui Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (YAB PM) persendirian pada 23 Oktober 2008 lebih kurang jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan.
Ketika itu YAB PM masih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang baru diambil alih. Pertemuan ini diatur dipercayai terbit daripada pendedahan yang saya buat, menerusi Pernyataan Tuntutan saya yang disiarkan meluas olih media, apabila kandungan tuntutan tersebut dibacakan sepenuhnya olih pihak Pembelaan dalam prosiding kes liwat terhadap DSAI, ketika diperingkat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam bulan Ogos/ September 2008.
Saya harus menyatakan bahawa interaksi antara kami dilakukan dalam suasana yang sangat mesra, dalam semangat persahabatan dan saya sedikit pun tidak rasa tertekan walaupun itulah kali pertama saya mengenali YAB PM.
Dalam pertemuan ini, saya telah menjelaskan kepada beliau peranan dimainkan masing-masing oleh TSGP,TSMH, Dr Rahman dan saya sendiri dalam penyiasatan “kes mata-lebam”.
Saya menyentuh sedikit sebanyak butir yang terkandung dalam kertas siasatan kes tersebut dan mengenai keterangan yang telah saya berikan kepada SPRM. YAB PM ada membuat komen-komen tertentu, mengenai isu yang saya taklimatkan secara lisan kepada beliau.
Dalam perbualan sama, saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu. Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya.
Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya. Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar. Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM.
Sekembalinya dari pertemuan tersebut, saya mengambil sikap tunggu dan lihat. Seterusnya menjelang Februari 2009 saya mendapat maklumat, keputusan siasatan SPRM akan diumumkan sedikit hari lagi.
Justeru itu saya mengambil keputusan untuk mengemukakan satu laporan bertulis yang lengkap, kepada YAB PM. Laporan tersebut bertarikh 19 Februari 2009 (lebih kurang 3 minggu sebelum keputusan rasmi diumumkan di-Parlimen pada 11.3.2009) yang dialamatkan atas nama YAB PM persendirian dan dihantar dengan tangan serta disahkan penerimaannya oleh Pejabat Menteri Kewangan.
Tanpa menyentuh butiran terperinci laporan tersebut, memadai jika saya menyatakan bahawa ianya boleh disifatkan sebagai “a no holds barred report”. (Dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010 perenggan 12 ,saya ada setakat menyebut mengenai edaran surat kepada YAB PM ini.)
Untuk faedah Tan Sri,saya perturunkan perenggan 4 laporan kepada YAB PM tersebut seperti berikut;
“Para 4:
Dengan rendah diri saya memberi maklumat ini secara terus kepada YAB Datuk Seri,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa YAB Datuk Seri akan menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 menjelang akhir Mac atau April depan.
a) Ianya juga adalah,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa SPRM tidak dapat tiada akan merujuk hasil siasatan laporan DSAI berkaitan kes “mereka keterangan palsu” itu kepada YAB Datuk Seri,memandangkan kedudukkan Gani Patail dan Musa Hassan sebagai orang nombor satu dalam Jabatan masing-masing.
b) Sesungguhnya dengan rendah diri,saya memohon agar YAB Datuk Seri sudi menerima maklumat yang akan menyusul dibawah sebagai input mustahak dalam membantu YAB Datuk Seri mempertimbangkan sesuatu keputusan yang terbaik,adil dan saksama dan “without fear or favour”berkaitan kes “mereka keterangan palsu” tersebut.
Ditandatangan oleh Mat Zain Ibrahim bertarikh 19.2.2009.
Seterusnya pada 11.3.2009, Datuk Seri Nazri telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut. Antara perkara penting yang beliau umumkan ialah; bahawa siasatan dan keputusan tersebut telah selesai dua bulan daripada tarikh laporan DSAI, bermakna dalam minggu pertama bulan September 2008.
Bagaimanapun hanya diumumkan pada hari tersebut kerana kes ini sangat sensitif.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG).
Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad dan Datuk Mohd. Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan.
Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati TSMH tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majority (2-1) terhadap TSGP yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku. Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah.
Perkara penting yang boleh saya rumuskan mengenai ketususan ini ialah; maklumat yang saya berikan kepada YAB PM ketika menemuinya pada 23.10.2008, berkaitan dengan perlantikan Ahli Panel tersebut adalah betul.
Dua nama Ahli Panel yang saya berikan kepada YAB PM ketika itu juga betul. Perkara yang lebih penting dari itu ialah;keputusan siasatan kes tersebut telah selesai dibuat pada awal September 2008 yang bermakna pada ketika saya menemui YAB PM, keputusan berkenaan sebenarnya telah selesai dibuat lebih kurang 6 minggu sebelum pertemuan itu.
Sedangkan, YAB PM sendiri masih tidak tahu menahu mengenainya dan diletakkan dalam gelap berkaitan suatu perkara undang-undang yang sangat mustahak, yang melibatkan seorang Peguam Negara dan seorang Ketua Polis Negara. Walhal setahu saya adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menasihatkan Jemaah Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
Pegumuman Datuk Seri Nazri pada 11.3.2009 itu, menyedarkan saya bahawa Peguam Negara telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa SG mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-Ahli Panel tersebut sebagai DPP mengikut peruntukkan dalam CPC, tetapi sebenarnya SG tidak mempunyai hak atau kuasa ini sepertimana jelas dalam Seksyen 376(4) CPC.
Peguam Negara juga telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa kononya Ahli-Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dilantik sedemikian itu, mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili/menghakimi seorang Peguam Negara, padahal, hak dan kuasa untuk melantik Tribunal bagi maksud tersebut hanya terletak kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong seorang sahaja, setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri sendiri, sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
Saya sedikitpun tidak terkejut dengan perkembangan ini oleh kerana ini bukan kali pertama Peguam Negara memperdayakan (atau dalam terma yang digunakan dalam Kanun Keseksaan,”menipu”) Jemaah Menteri, untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan menyebabkan Jemaah Menteri melakukan sesuatu,yang tidak akan dilakukan, sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Beliau pernah lakukan perkara yang sama didalam proses siasatan kes mata-lebam.
Terbit daripada pengumuman oleh Datuk Seri Nazri sedemikian itu,saya telah menghantar surat bantahan dan rayuan, Rujukan MZ/SUL/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,(LPPR), dan salinannya kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil LPPR dan Jawatankuasa Khas (Parlimen).
Saya turut menulis laporan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Persendirian) pada 7.5.2009 dan mengedarkan kedua-dua salinan laporan diatas kepada SG yang masing-masing telah akui penerimaannya. Saya ada menyebut perkara ini dalam perenggan 13 dan 14 surat saya bertarikh 6.5.2010 kepada Tan Sri.
Dalam laporan saya kepada LPPR itu, saya telah menghuraikan dengan terperinci mengenai caramana pemalsuan keterangan tersebut telah dilakukan dan oleh siapa. Saya juga turut melampirkan dokumen-dokumen buktinya.
Selain itu saya juga mempersoalkan berkaitan kesahihan perlantikkan Ahli-Ahli Panel bebas oleh SG demikian itu.(Bekaitan hak dan kuasa yang wajib dilaksanakan oleh Pendakwa Raya secara sendiri, sudi Tan Sri merujuk kepada hujah yang dikemukakan oleh SG sendiri dihadapan Hakim YA Datuk Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008 dalam perkara Pendakwa Raya lwn DSAI (Decision on Revision bertarikh 5.3.2009) berkaitan kuasa Pendakwa Raya menandatangani sendiri sijil dibawah Seksyen 418(1) CPC yang boleh dibaca bersama dengan kuasa Pendakwa Raya sendiri dalam melantik Timbalan Pendakwa Raya dibawah Seksyen 376(4)CPC.).
Selain daripada dua perkara utama dalam laporan tersebut saya telah memadatkan/meringkaskan maklumat mengenai insiden menipu Jemaah Menteri sepertimana terkandung dalam perenggan 41 hingga 42 (a) yang diperturunkan seperti dibawah: “KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA.
Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 27.1.1999 bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,yang mendapat perkenan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 3.2.1999.(Jemput YA Bhg.Tun,merujuk lampiran N,iaitu salinan surat Kerajaan memohon perkenan tersebut). Terma rujukan Suruhanjaya Di Raja yang di-Titahkan adalah sepertimana perenggan 4(i)dan (ii).
Saya ada alasan untuk menegaskan bahawa Jemaah Menteri mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja ini setelah dibekalkan dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar (sepertimana kandungan Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999), berkaitan status siasatan kes mata-lebam ketika itu,serta maklumat kononnya mengenai ketidakupayaan dan/atau ketidakcekapan PDRM menangani siasatan kes ini.
Saya percaya sekiranya Peguam Negara telah menasihatkan Kabinet bahawa siasatan PDRM telah mengesahkan sebab kecederaan mata-lebam tersebut serta mengenalpasti sejak 30.10.1998 lagi,orang yang bertanggung-jawab mencederakan Anwar Ibrahim, saya yakin Kerajaan tidak akan membuang masa dan dana Rakyat serta mengaibkan PDRM,dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,jika hanya untuk mencari jawapan yang sama yang telah PDRM bentangkan tanpa sebarang keraguan, kepada Gani Patail.
Walaupun diakhir prosiding Suruhanjaya Di Raja tersebut, Yang Arif Pengerusinya telah sedaya upaya cuba menaikkan imej dan keyakinan rakyat terhadap PDRM dengan kata-kata pujian akan bagaimana tegas dan jujurnya Pegawai-pegawai dan anggota Pangkat Rendah PDRM memberikan keterangan masing-masing walaupun terhadap Ketua Polis Negara mereka, hakikatnya ianya telah terlewat kerana ketika itu intergriti dan imej PDRM telah dimusnahkan dengan hanya satu Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999 yang direka.”
Saya percaya penerima-penerima laporan bertarikh 15.4.2009 itu tidak terlepas pandang maklumat diatas. Sungguhpun saya terdengar komen yang menyatakan maklumat tersebut adalah keterlaluan dan ada juga yang mempersendakannya sebagai maklumat mengarut,namun majoriti daripada mereka bersetuju maklumat tersebut adalah serious.
Namun begitu, masa telah menentukan untuk saya merasa telah di-“vindicated” setelah 15 bulan mengemukakan maklumat tersebut, apabila pada 29.7.2010, Peguam Negara sendiri,yang mengetuai Pasukan Pendakwaannya yang terbaik, telah menuduh YAB Tun Dr Ling Liong Sik (Tun LLS), bekas Menteri Kanan Persekutuan di-Mahkamah, dibawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, kerana menipu Jemaah Menteri.
Maklumat yang dahulunya dikatakan sebagai keterlaluan dan mengarut dan tidak mungkin berlaku kepada Jemaah Menteri, kini terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.
Sekiranya Peguam Negara menuduh Tun LLS dalam apa pertuduhan lain pun, beliau dan keluarganya tetap akan merasa keaibannya.Malah mungkin banyak lagi kesalahan yang lebih berat yang beliau boleh dituduh berkaitan skandal PKFZ itu.
Tetapi apabila Peguam Negara dengan sengaja memilih untuk menuduhnya kerana menipu Jemaah Menteri, maka bukan sahaja Tun LLS yang merasa aib, bahkan kesemua Ahli Jemaah Menteri dan rakyat telah diaibkan. Ianya boleh memberi gambaran negatif seolah-olah Jemaah Menteri Malaysia terdiri dari gulungan mereka yang dengan mudah ditipu.
Siapa yang ada ekses untuk menipu Jemaah Menteri, kalau tidak dikalangan Menteri sendiri atau orang-orang yang dipertanggung-jawabkan oleh Perlembagaan untuk menasihatkan Jemaah Menteri. Mesej apa yang ingin disampaikan oleh Peguam Negara dan kepada siapa, hanya beliau mengetahuinya.
Namun begitu,mungkin ada hikmahNya Peguam Negara berbuat begitu.Jika Bahagian Pendakwaan dapat mengesan “ingredients” yang diperlukan untuk membuktikan Tun LLS telah menipu Jemaah Menteri, sepertimana pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, bagaimana pula mereka boleh terlepas pandang kesalahan menipu Jemaah Menteri yang dilakukan oleh TSGP sendiri?
Walhal maklumat mengenai kesalahan itu sepertimana perenggan 7.3 diatas adalah sangat jelas, dan telah diakui terima oleh SG.Lebih-lebih lagi kita ketahui SG dan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara adalah orang-orang yang sangat teliti apabila mengkaji sesuatu kertas siasatan dan pakar dalam undang-undang jenayah.
Tidak mungkin mereka terlepas pandang.Lagipun “ingredients” untuk membuktikan kes tersebut, semuanya dimuatkan dalam maklumat berkenaan. Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS itu tidak adil kepada beliau,jika Peguam Negara pula tidak dituduh,kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali.
Baru-baru ini pula,ketika perbicaraan OC Phang, salah seorang tertuduh dalam skandal PKFZ, seorang DPP daripada Jabatan Peguam Negara telah menyatakan persetujuannya di-Mahkamah, untuk perbicaraan kes Tun LLS diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologi kejadian, kes yang dihadapi oleh Tun LLS, telah berlaku terlebih dahulu daripada kes terhadap OC Phang.
Saya tidak akan terkejut ,apabila perbicaraan kes Tun LLS dimulakan,Peguam beliau akan meminta pula, pendakwaan terhadap Peguam Negara diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologinya, Peguam Negara yang lebih dahulu menipu Jemaah Menteri daripada Tun LLS.
Apa pula pendirian yang akan diambil oleh DPP ketika itu,kita tunggu dan lihat. Secara ikhlas,saya tidak berniat untuk mempersendakan perkara ini,tetapi hampa melihat Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Pentadbiran Keadilan kita dihalakan kelorong kemusnahan dan kehancuran oleh orang yang telah diberi kuasa mengawalnya, seolah-olah rakyat jelata semuanya buta undang-undang.
Saya juga tidak berhasrat untuk melebarkan perkara dalam persoalan ini dengan isu lain.Namun begitu,saya juga tidak dapat mengelakkan diri daripada bercakap mengenai Statutory Declaration(SD) palsu oleh Private Investigator Balasubramaniam (PI Bala).
Jelas PI Bala telah melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. Malah PI Bala sendiri mengaku bahawa SD keduanya itu, mengandungi kenyataan palsu serta dengan berani secara terbuka, mencabar TSGP menuduhnya di-Mahkamah. Rakyat jelata, malahan rakyat Malaysia diseluruh dunia pun tahu perkara ini.
Dari sudut keputusannya, kita harus terima hakikat bahawa apa juga keputusan yang dibuat mengenai kes ini, Peguam Negara adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan di-Mahkamah.
Persoalannya, adakah Peguam Negara sendiri telah membuat keputusan yang adil kepada semua pihak? Tentunya ia tidak adil kepada orang-orang yang telah dituduh kerana melakukan kesalahan yang sama seperti PI Bala,atau yang dituduh membuat afidavit palsu,atau memberi keterangan palsu di-Mahkamah, ataupun orang-orang yang telah dituduh kerana kesalahan-kesalahan berkaitan membuat, atau memberi keterangan palsu yang lain yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan juga.
Malah lebih tidak adil lagi,kepada orang-orang yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara pula.
Antaranya yang saya ingat, ialah dalam kes seorang Sharma Kumari Shukla, yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara bagi setiap satu daripada dua kes membuat kenyataan palsu, dalam afidavit, berkaitan dengan nama beliau sahaja,iaitu perbezaan diantara “Sharma Kumari” dan “Sharma Kumari Shukla” pada 26.4.2000.
Malah ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Juliana Mohammad dilapor menyatakan “making false statement was like giving false evidence,which could undermine the country’s justice system”.
Saya juga masih ingat betapa Peguam Negara begitu megah dengan kejayaan seorang DPP-nya yang berhujjah bersungguh-sungguh dalam prosiding rayuan, dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (mendiang) apabila Sharma Kumari dibebaskan, tanpa membela diri pada mulanya.
Mungkin lebih tidak adil lagi kepada Sharma Kumari, apabila dalam rayuan kes kes yang lebih berat lagi daripada kes beliau, malah hingga ada kes yang menyebabkan kehilangan nyawa, Peguam Negara bertindak sambil lewa sahaja, malahan ada yang tidak dibuat rayuan langsung.
Disebalik itu pula, mungkin keputusan TSGP untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PI Bala, dan menutup kes terhadapnya, adalah sangat adil kepada TSGP sendiri yang boleh dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan, atau kepada kenalan beliau atau orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan serupa tetapi dikecualikan daripada tindakan undang-undang.
Antara yang saya ingat ialah dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (TSRTC)bekas Ketua Menteri Melaka. TSGP sendiri yang telah mengesahkan bahawa terdapat keterangan prima-facie berkaitan empat pertuduhan jenayah yang boleh dikenakan terhadap TSRTC, dan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut ialah kerana membuat Statutory Declaration palsu di-Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri ketika itu terletak di-Jalan Datuk Onn Kuala Lumpur,suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. (Komen saya mengenai TSGP berkaitan perkara TSRTC dan beberapa yang lain adalah sepertimana perenggan 19,20 dan 21 dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010, khasnya perenggan 29).
Dalam hal diatas saya hanya mampu memberi pendapat peribadi saya untuk menyatakan, bahawa caramana Peguam Negara sampai kepada keputusan yang dibuatnya berkaitan kes PI Bala dan sebelum itu, dalam memilih pertuduhan sesuai terhadap Tun LLS, mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh Perlembagaan .
Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa beliau telah sampai ketahap tidak lagi mampu berfikir secara rasional.Saya berpendapat bahawa TSGP telah hilang keupayaan untuk melaksanakan tanggung-jawab dan fungsi jawatannya, dengan betul dan adil selaku Peguam Negara.
Saya juga berpendapat yang beliau tidak lagi mampu dan berupaya untuk menjadi pelindung Keadilan Awam dan hak asasi rakyat. Sebagai seorang individu, saya berhak untuk tidak membiarkan hak kebebasan individu saya,isteri dan anak-anak serta cucu-cucu saya ditentukan oleh seorang yang tidak waras dan rasional lagi. Mungkin ramai individu lain juga berpendirian sedemikian.
Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal, jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS, Ahli-Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian, Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman, dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan.
Apa istimewanya Peguam Negara? Walaupun kita wajar hurmati kuasa seorang Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun, tidak ada dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang melindungi beliau sekiranya, menyalahgunakan kuasanya atau melakukan jenayah.
Beliau tidak ada hak atau kuasa untuk sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi jika jenayah itu adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dimana beliau sepatutnya menjadi pelindungnya.
Sungguh pantas masa berlalu. Kini usia kes mata-lebam telah genap 12 tahun dan sedang melangkah pantas menuju tahun ke-13. Jika tidak ada penutupan sepenuhnya (“full and final closure”) kepada episode ini, ia akan terus melangkah 12 tahun lagi dan tidak berkesudahan.
Setiap hari ada sahaja peristiwa yang mengingatkan saya kepada insiden mata-lebam ini.Malahan di-Parlimen pun sejak insiden ini berlaku sehingga kehari ini tidak henti-henti membahaskannya, dan tidak nampak tanda-tanda untuk ia dihentikan dalam masa terdekat ini.
Ketika saya mulakan menulis surat ini kepada Tan Sri dua hari lalu; mengingatkan saya tempoh 8.10.1998 hingga 20.11.1998 genap 12 tahun dalam sejarah,merupakan tempoh paling rumit yang PDRM lalui menangani kes mata-lebam ini,khasnya kepada diri saya sendiri.
Saya sedar bukan tidak ada usaha PDRM dan Kerajaan untuk membawa kes ini kepada penutupan sepenuhnya. Malangnya terdapat halangan-halangan yang sengaja diujudkan olih pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini, dengan memutar belitkan fakta-fakta yang betul, malahan membenamkan keterangan sebenar daripada diketahui umum dan Jemaah Menteri, sehingga memburukkan lagi keadaan.
Saya percaya Tan Sri, pucuk pimpinan tertinggi dan warga PDRM keseluruhannya,berminat mengetahui apakah tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri ketika itu, untuk membawa penutupan segera kepada peristiwa tersebut sebelum didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya diadakan.
Untuk faedah Tan Sri,saya ringkaskan seperti perenggan-perenggan berikut dibawah.
Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998. Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri.
Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan TSRN mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata-lebam yang telah berlaku itu, dibuat secara sukarela dan tanpa pujukkan sebagai seorang gentleman.
Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional,mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara “above board”.
Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas-siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan,termasuk menyediakan factor-faktor mitigasi (mitigating factors),yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh 2 hari.
Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12.10.1998, jika ada sebarang rayuan keatas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22.10.1998.
Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak.
TSRN juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan.Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikkan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.
Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa TSRN kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah TSRN meninggalkan Pasukan; mengikut rancangan,dua hari selepas perjumpaan kami itu,bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.
Begitulah antara suasana dalam bilik TSRN ketika itu, dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di-Melaka, saya telah meninggalkan Pejabat TSRN jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan.
Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail, telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN.
Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”, dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian, saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.
Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengenepikan sebarang keraguan Tan Sri, kepada ketepatan kronologi yang saya huraikan diperenggan 12 diatas, saya menggesa Tan Sri mendapatkan Kertas Siasatan kes mata lebam IP No: 8497/98 bersangkut Tun HS Lee Rpt: 25223/98 yang mungkin masih tersorok di-Jabatan Peguam Negara; untuk menyemak Diari Penyiasatan saya dan juga Minit-Minit saya bertarikh 15.10.1998,29.10.1998 dan 27.1.1999 yang kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 muka surat, bagi tujuan verifikasi.Walaupun Diari Penyiasatan saya, tidak 100 peratus lengkap seperti sebuah novel, namun tarikh,waktu dan rakaman ringkas peristiwa penting adalah cukup untuk menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa sebenar yang berlaku.
Sudi nanti Tan Sri merujuk Diari Penyiasatan bertarikh 8.10.1998 (Khamis) siri 75 hingga 78 muka surat 22 hingga 24 khasnya nombor siri 78 bertarikh 8.10.1998 mulai jam 2.30 petang berkaitan dengan persetujuan penutupan berkenaan.
Untuk peristiwa berkaitan sebelumnya,sudi juga merujuk siri no: 73 bertarikh 7.10.1998 (Rabu) jam 8.45 malam hingga 1100 malam dirumah Tim KPN, Tan Sri Norian. Saya juga ada merakamkan nama Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir sama.
Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan pendirian PDRM dalam menangani siasatan ini dan cara terbaik menyelesaiknya segera, tanpa membelakangkan undang-undang. Saya juga telah diberi mandat untuk mengambil keputusan sendiri, asalkan nama baik dan imej Pasukan dipelihara.
Dalam siri No: 74 pula saya ada merakamkan mengenai perbincangan menerusi telefon antara jam 1200 tengah malam(7.10.1998) hingga 1.00 pagi (8.10.1998)dengan KPN.
Mengenai pendirian TSRN sendiri berkaitan siasatan ini pula,sila Tan Sri rujuk siri No:15 jam 9.30 hingga 11 malam, Ahad 27.9.1998, bertempat di-Pejabat Komander Brigade Tengah, Cheras.
Dalam perjumpaan ini beliau secara one-to-one dengan saya mengarahkan untuk siasatan dijalankan secara berkecuali dan “to leave no stone unturned”. TSRN juga berpesan bahawa sebarang keputusan yang saya bakal ambil, hendaklah meletakkan imej Pasukan diatas segalanya.
Selanjutnya, sejak 9.10.1998 tempo dalam “gelanggang” siasatan bertukar menjadi tegang. Beberapa kali berlaku pertembongan secara “head-on” antara TSGP dan saya. Tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak pun jika saya menghuraikan apa yang terkeluar dari mulut TSGP dan apa pula yang terkeluar dari mulut saya.
Mungkin hanya akan menimbulkan permusuhan dan benci membenci antara pihak-pihak yang tidak berkenaan. Namun begitu saya telah mengambil langkah-langkah yang terdaya oleh saya, sepertimana yang saya telah jelaskan terperinci dalam perenggan 10.9.1 Surat Terbuka Pertama.
Selanjutnya,tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua dari beliau, TSGP terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.
TSGP yang sebelum insiden mata-lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah,tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya 6 dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasaka keterangan,kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri.
Lebih lama kes mata-lebam ini kekal,lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta,dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus,terutamanya di-Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara.
Kita tidak dapat menafikan hakikatnya, bahawa kes mata-lebam itu dicetuskan oleh PDRM sendiri. Sewajarnyalah PDRM yang menyelesaikannya. Walaupun pihak Peguam Negara keberatan melepaskan kertas siasatan kes berkenaan sejak awal 1999 sehingga dirampas oleh pihak SPRM pada July 2008,atas sebab-sebab yang saya percaya TSGP dan TSMH ketahui, tidak bermakna PDRM kini terus menanggung beban mereka.
Kita sedar hakikatnya bahawa Jemaah Menteri sendiri tidak mampu menyelesaikannya. Oleh kerana Jemaah Menteri tidak dibekalkan dengan kuasa menyiasat, atau kuasa membuat tangkapan,atau kuasa pendakwaan dan jauh sekali kuasa menjatuhkan hukuman. Yang ada dua daripada empat kuasa tersebut adalah Polis…
Saya memohon maaf jika penulisan saya kali ini membebankan Tan Sri. Saya ingin Tan Sri ketahui bahawa saya melakukan ini semata-mata sebagai memenuhi janji saya kepada pucuk pimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah saya perakukan secara bertulis apabila selesai siasatan kes mata-lebam tersebut.
Jemput rujuk perakuan saya dalam muka surat 14 perenggan 9, Minit bertarikh 29.10.1998 dan muka surat 26 perenggan 9 juga, Minit bertarikh 27.1.1999. Tidak hairan jika Kertas Siasatan tersebut sengaja disorokkan akibat minit-minit ini.
Malah kertas siasatan sama pernah “dihilangkan” antara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 yang menyebabkan heboh seluruh Negara kerana berita “kehilangan”ini disiarkan disemua akhbar dan siaran Buletin Utama TV dan dibahaskan juga dalam Parlimen.
Sebagai insan biasa yang lemah, saya juga tidak terlepas daripada membuat salah dan kesilapan. Ada juga kegagalan saya semasa dalam perhidmatan. Terdapat juga hari-hari bodoh dan hari-hari malas saya ketika dalam Pasukan.
Namun disebalik itu, saya boleh mendabik dada dan mengangkat kepala, bahawa saya tidak pernah sekali dalam khidmat saya, menganiaya sesiapa. Saya tidak pernah memalsukan fakta dan keterangan untuk mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana orang. Lebih daripada itu, saya tidak pernah menggadai atau melelong maruah Pasukan.
Akhir kata saya doakan YDH Tan Sri dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan, untuk memimpin barisan baru kepimpinan tertinggi PDRM yang kesemuanya dikenali dan diyakini dapat membantu Tan Sri, untuk membawa semula PDRM kezaman bilamana rakyat menaruh keyakinan dan penghurmatan yang tinggi terhadapnya, dan zaman kemegahan serta kemantapan semangat setia kawan, seperti yang pernah kita nikmati bersama, sepanjang dekad sembilan puluhan.
Selamat maju jaya.
Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu dariapda "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.
Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.
Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.
"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.
"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.
Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.
Pada hari Raya Qurban kali ini, Dato Seri Hj Nizar telah sudi utk menyumbangkan 3 ekor lembu utk kawasan Lekir. Beliau juga telah diundang utk membaca khutbah Hari Raya..
Qurban yg ke dua telah selesai disempurnakan oleh DS Niza
DS Nizar memulakan acara memacakkan papan tanda cawangan sempena pembukaan cawangan terbaru PAS dalam parlimen Bukit Gantang,dengan memasukkan bancuhan simen.
DS Nizar dan Ustaz Nordin bersama penduduk Kg Salak Baru,Trong yang berjaya menubuhkan cawangan Pas di kawasan yang dikatakan kubu kuat Umno.Tepat 10.44 pagi ,18 November 2010 papan tanda berjaya ditegakkan.
Kita diminta PAS Cawangan Kg Salak Baru dalam DUN Trong untuk DS Nizar rasmikan pemasangan papan tanda di cawangan baru Kawasan Bukit Gantang.
Mereka ahli cawangan sanggup tunggu untuk menerima tarikh yang ditentukan oleh DS Nizar.Ahli cawangan baru ini terletak di kampung yang dulunya kubu kuat Umno.Semasa Prk Bukit Gantang ,daerah mengundi Kg Salak Baru ini dijaga Pas Selangor.Hasilnya ahli Umno sudah mula mendekati PAS dan kini menjadi Ahli Pas.
Kita memberitahu ,tidak perlu menunggu Nizar.Mereka tetap mahu DS Nizar yang merasmikan papan tanda itu.Jadi pada 11 Zulhijjah lalu 10.44 pagi pada Khamis berjaya disempurnakan DS Nizar dan Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang.
Kita difahamkan musim Qurban ini ,tiga cawangan baru berjaya diwujudkan dalam Kawasan Bukit Gantang.Bagi ahli baru PAS selamat berjuang melawan Umno....
Bentara dan anak kecil tetap mengiktiraf Nizar Ahli Parlimen mereka dan pemimpin idola mereka.
Nizar menyambut salam orang muda di Majlis Qurban di Changkat Jering.
Nizar bergambar dengan KPG Group.Pemuda Kampung Paya bergambar kenangan setelah selesai DS Nizar menyembelih lembu qurban.
Wanita muda sekeluarga meminta kebenaran DS Nizar untuk bergambar.Wanita ini tetap menganggap Nizar pembela rakyat Melayu walaupun Rosli Husein benci dengan Nizar.Gambar diambil di majlis perkahwinan di Kg pauh.
Pelajar muda tahun enam SK Panglima Bukit Gantang bertemu Nizar dipintu masuk .Minta untuk bergambar.Nizar sempat berpesan suruh bapa sokong Pakatan Rakyat.
UMNO tidak senang duduk,apabila orang muda masih bersama PAS dan pakatan rakyat.Program Nizar bersama penduduk pada 18 November lalu membuktikan orang Melayu dan pengundi di saluran 3,4, atau 5 masih bersama PAS.
Cuma pengundi di saluran 1 dan 2 yang masih UMNO harap.Namun begitu dengan sedikit kerja keras dan memberi maklumat tentang hub kelab malam Najib,warga emas akan berubah juga akhir nanti.
Bertambah pula orang Islam yang pergi Mekah ,mereka mendapat haji mabrur sudah wajib mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat.
DS Nizar bertanya khabar kepada Haji Mohamad Mat Isa berusia kira-kira 80 tahun.Haji Mohamad pernah menjadi Ketua Cawangan Kg Pauh dalam tahun-tahun 60 an hingga 70 an.Kini tinggal bersama anak beliau.
DS Nizar apabila diberitahu terdapat warga emas yang keuzuran,pasti beliau mengambil kesempatan untuk ziarah.Baru-baru ini di BT 11,Kg Pauh DS Nizar melawat veteran Pas itu.DS Nizar sempat memberi semangat kepada Hj Mohamad.
DJ Pak Ndak bersama DS Nizar di Majlis Perkahwinan ,Kg Senduk Tengah.
Pada hari raya kedua Aidil Adha kita mengikuti DS Nizar ke Majlis Walimahtulurus pengundi beliau.Kebiasaannya DS Nizar diberi peluang untuk berucap dan menyampaikan pesanan kepada tetamu.Lokasi di Kg Pauh.
Nizar menyampaikan ucapan di Kg Senduk Tengah .Kelihatan Nizar di bawah rumah penggantin .Nizar sempat menyentuh bajet Najib yang tidak mesra rakyat.Nizar juga menyindir Kerajaan Najib gagal memberi bonus kepada kakitangan kerajaan.
Baru-baru ini 18 November , kita mengikuti Nizar pergi ke majlis perkahwinan rakyat Bukit Gantang.Tiga tempat yang kita pergi. Pertama di Pecah Batu Trong,kedua di Senduk Tengah,akhir sekali BT 11,Kg Pauh .
Kebiasaannya Nizar diberikan kesempatan untuk berucap.Antara intipati ucapan DS Nizar meminta persidangan DUN Perak pada kali ini berjalan lancar tanpa masalah.Menurut Nizar Wakil Rakyat PR sudah bersedia untuk membahaskan Bajet Negeri jika persidangan DUN berjalan selama 5- 6 hari .
Nizar juga sempat menjelaskan kepada tetamu ,Sidang DUN semenjak kerajaan rampasan kuasa memerintah ,mereka tidak mengadakan sidang DUN seperti dijadualkan.
Petikan printscreen ini diperolehi dari sini. Untuk lebih banyak fakta pasal Aids dan lain-lain stastistik boleh tengok sini dan sini.
Fakta ;
1. Kematian akibat AIDS : Malaysia berada di kedudukan 43 di seluruh dunia. klik sini
2. Purata bilangan pesakit AIDS yang hidup : Malaysia berada di kedudukan 38 di seluruh dunia. klik sini
3. Ranking negara dalam penyebaran aids di kalangan orang dewasa : Malaysia berada di kedudukan 42 di seluruh dunia. Klik sini
Ada satu persamaan untuk semua ranking di atas. Persamaan tersebut ialah kesemua ranking yang berkaitan AIDS kita berada di bawah kelompok 50 negara yang terhebat. Kita memang patut bangga. Saya juga terlebih bangga.
Akan tetapi, saya yakin result ini tidak cukup membanggakan pemimpin negara kita. Sepatutnya kita kena berada di bawah 10 kelompok terhebat produce pesakit AIDS!! Jika ini berlaku, kita akan lebih terkenal di seluruh dunia. Dari situ, barulah ramai orang akan memperkatakan kehebatan negara kita. Untuk itu, cadangan ng yen yen dan najib yang mahu membina hub hiburan malam wajar di sokong oleh seluruh rakyat malaysia. Baca sini.
Kita kena pastikan bahawa bukan hanya anak remaja yang bersosial dan anak remaja yang buang anak, je yang dapat benefit daripada kewujudan kelab-kelab malam ini. Kita kena sama-sama mengalakkan budaya AIDS menular dalam masyarakat kita. Jadikan AIDS sebagai pembunuh NO 1 di malaysia. Jadikan AIDS sebagai penyakit yang paling popular di malaysia. Jadikan slogan No Aids No Malaysia! Kalahkan diabetes dan kanser!
Ada beberapa kebaikan jika kita mengalakkan penyakit AIDS tersubur di malaysia ;
1. Pusat perubatan akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
- Bayangkan kalau malaysia berjaya menghasilkan penghidap aids yang paling banyak di seluruh dunia, sudah tentulah kita memerlukan lebih banyak doktor2 untuk merawat penyakit neh kan? So dari situ, kerjaya doktor, nurse akan mendapat permintaan yang tinggi. Dari situ doktor dan nurse bolehlah demand gaji tinggi. Tak lupa juga kita boleh mengalakkan industri perubatan dengan penumbuhan pesat pusat2 perubatan moden dan tradisional di seluruh negara. bagus. ini bagus untuk ekonomi dalam negara. Idea najib dan ng yen yen memang relevan.
2.Kurang populasi manusia di malaysia.
- Kalau semakin ramai yang mati akibat aids, maka semakin kuranglah manusia kat malaysia neh, so semakinla jimat penggunaan oksigen. Almaklumla pokok semakin lama semakin kurang, so bagi mengurangkan masalah ini, manusia pun patut dikurangkan. Saya memang setuju habis dengan idea najib bina kelab malam neh. Brilliant.
3. Peluang untuk para pengiklan buat duit.
- Kalau nak tahu, kat malaysia neh kerajaan kita belanja berjuta2 setahun untuk kempen kesedaran AIDS dan seks cara selamat. So, kalau semakin banyak penghidap aids di kesan di malaysia, ini bermaksud kerajaan terpaksa belanja lebih untuk kempen seperti ini. Ini bermaksud para pengiklan akan dapat lebih banyak jobs yang automatiknya boleh membantu menjanakan pendapatan mereka. Ini bagus, pusingan ekonomi yang menarik. Kita kerja. Kita bayar cukai (kadang2 ejaan dia boleh menjadi seperti ini ZAKAT) . Lepas tue kerajaan gunakan cukai (kadang2 ejaan dia boleh bertukar menjadi seperti ini ZAKAT) untuk buat promosi kempen perangai AIDS. Begitulah seterusnya.. kan ke SYOK kita saling bantu membantu?
4. Mencipta peluang pekerjaan.
-Jika kelab2 malam yang ada terlalu sesak dengan ramai rakyat yang beria2 mahu berjihad untuk negara dalam membantu ekonomi negara dengan menempah penyakit aids, maka akan datang banyak lagi la pusat2 hiburan akan lahir di mana sekaligus membantu menambahkan kutipan cukai dalam negara. Bukan kah ini perkembangan yang sangat baik untuk ekonomi kita? Kelab malam yang baru sudah tentu akan mengupah gro yang baru, pekerja bar yang baru, permintaan arak semakin banyak dan begitulah seterusnya.
5.Kilang carlsberg/arak semakin maju
- Insya-Allah, pada masa akan datang kilang arak di malaysia boleh memperluaskan empayar nya di seluruh malaysia dengan setiap satu negeri satu kilang arak, bagi memenuhi permintaan arak di kalangan rakyat malaysia. Ingatlah, kita berjihad agar di hidapi aids demi negara kita yang tercinta atas nama untuk memajukan sektor ekonomi kita. So, dari sini kita telah mencipta banyak peluang pekerjaan.
6.Mencipta rekod dan malaysia akan jadi terkenal.
- Seterusnya, setelah kita menduduki ranking topten dalam senarai penghidap, pesakit dan kematian angkara AIDS, nama malaysia akan sering disebut2 oleh negara lain menerusi media dan berita2 mereka. Dari situ, insya-Allah kita akan mengamit pelancong luar untuk terus terusan berkunjung ke malaysia.
Hiduplah AIDS demi Malaysia. Malaysia boleh! Aids pun boleh! Satuu... AIds!!
Ameno : Lazimnya malaysia memang hebat dalam stastistik macam neh.. aids, rasuah, rogol, buang anak, penyelewengan, kes mahkamah yg unsettled.. hahahahahah.. Superb!
Walaupun sering dimomok-momokkan oleh media arus perdana kononnya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penuh dengan kecelaruan, perbalahan dan anggota yang turun mengundi hanya suam-suam kuku, hakikatnya jauh dari fakta sebenar.
Timbalan presiden parti itu, Senator Syed Husin Ali berkata, penerimaan anggota parti terhadap proses pemilihan dengan sistem 'satu anggota, satu undi' itu nyata mendapat sambutan menggalakkan sepanjang tempoh pemilihan dan kekecohan yang berlaku disifatkan sebagai "badai sementara".
" Hakikat sebenar ialah kita berjaya menarik keluar sampai 70,000 anggota untuk mengundi dan ia satu perkara yang tidak pernah berlaku di Malaysia dengan parti-parti yang lain," kata Syed Husin.
Proses pemilihan PKR yang dijadual berakhir hari ini akan menyaksikan keputusan pemilihan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional tahunan parti itu yang bermula Jumaat depan.
Selama lebih kurang sebulan proses pemilihan PKR berlangsung, media kawalan Umno menggambarkan PKR sebagai parti yang berpecahbelah dengan pemimpin bercakaran.
Tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR dicanang oleh media kawalan Umno sebagai rasa tidak puas hati akan umbi terhadap kepimpinan PKR, namun hakikat ialah tindakan Zaid itu tidak mendapat sokongan, termasuk segelintir pemimpin yang mahukan pemilihan itu diatur dengan lebih kemas.
" Kalau kita lihat dari kaca mata yang objektif dan tidak melalui akhbar-akhbar yang memang selama ini mengutuk parti, sebenarnya keadaan kita adalah tenang, pimpinan bekerjasama, pimpinan berbincang dan membuat keputusan," tambah Syed Husin lagi.
Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan, Radin Shamsulkamar Radin Shamsuddin ketika ditemubual dalam rancangan Fokus Berita di Tv Selangor hari ini berkata, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi punca kepada permasalahan yang timbul sepanjang tempoh pemilihan.
Ujar Radin, pengharapan yang terlalu tinggi dari ahli yang menjangkakan proses pemilihan julung-julung kali diadakan ini akan direalisasikan dengan cukup sempurna, menyumbang kepada berlakunya rasa tidak puas hati.
" Pengharapan anggota itu kepada pemilihan yang kita lakukan adalah sempurna tetapi perlu kita akui, ini cubaan kali pertama. Percubaan yang saya kira berjaya, tetapi kelemahan ada.
" Tetapi kita perbaiki kelemahan itu dari minggu ke minggu. Jadi kalau minggu lepas kita telah kenal pasti dua tiga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kita baiki dan pada minggu depan ia tidak berlaku lagi," tambah Radin lagi.
Tanpa menafikan beberapa masalah wujud sepanjang proses pemilihan,menurut Radin, pemilihan itu sendiri merupakan satu kejayaan besar kepada PKR.
Justeru ujarnya, tidak hairanlah kalau seteru politik PKR menggunakan segala jentera yang ada demi menjatuhkan imej PKR di mata rakyat.
" Ia memang menunjukkan kejayaan yang cukup baik daripada segi pelaksanaan demokrasi bagi parti politik. (Oleh itu) kecemburuan itu terlalu tinggi. Umno mungkin tidak dapat hendak melaksanakan,mungkin masalah yang bakal mereka hadapi, kalau lah mereka cuba, saya rasa masalah yang bakal mereka hadapi 10 kali ganda dari apa yang kita hadapi.
" Jadi secara nyata apa yang menghiasi dada-dada akhbar dan apa yang disiarkan Tv3, RTM, semuanya bohong. Yang baik mereka tidak ambil," ulas Radin lagi.
Agenda memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang merupakan fokus utama kata Calon Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di sini hari ini.
Azmin menyatakan betapa PKR perlu mempersiapkan diri untuk terus bergerak ke hadapan memimpin Pakatan Rakyat bagi meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 13 yang diura-urakan bakal berlangsung tahun hadapan.
"Tumpuan saya selepas kongres ini adalah untuk bersama kepimpinan baru dan ahli-ahli untuk memperkukuhkan parti dan bersama-sama bersedia untuk pilihnaraya akan datang. Itu agenda dan tumpuan utama saya," katanya.
Azmin yang ditemui TV Selangor selepas melaksanakan tanggungjawab mengundi di cabangnya di Gombak bagaimanapun tidak mahu merayakan kemenangan sebelum diisytiharkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) namun berterima kasih kepada ahli PKR yang menyokong beliau.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu hampir pasti menggantikan penyandang Dr Syed Hussin Ali setelah mendapat majoriti lebih 10,000 undi.
Mengulas mengenai rancangan Zaid untuk menubuhkan parti baru, Azmin percaya bahawa parti Zaid tidak akan diterima rakyat.
"Saya tak percaya rakyat akan tertipu dan ahli PKR cukup matang menentukan masa depan parti. Saya rasa dalam beberapa bulan ini, rakyat dapat menilai wajah dan karekter sebenar beliau. Beliau amat individualistik dan tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dan saya tak fikir Zaid mampu mengetuai mana-mana parti," ujar Azmin.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pemilihan PKR sudah tiba fasa akhir sekaligus menolak dakwaan media arus perdana sebelum ini bahawa pemilihan itu akan gagal.
"Saya bersyukur kerana perjalanan pemilihan parti yang telah berjalan selama sebulan kini sudah sampai ke kemuncaknya telah berjalan dengan lancarnya tidak seperti yang dilaporkan media yang dikuasai oleh UMNO BN. Walaupun ada beberapa masalah teknikal dan pengurusan yang sedang diteliti JPP namun jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan cabang yang berjaya melaksanakan proses yang cukup demokratik ini," katanya lagi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Aung Sang Suu Kyi merupakan dua tokoh pejuang kebebasan tulen yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama, tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini.
Membidas dakwaan Rachel Motte yang menyatakan perjuangan Anwar dan Suu Kyi amat berbeza, Shamsul berkata ramai di kalangan tokoh-tokoh politik di Malaysia terlalu terpengaruh dengan idea dan propoganda parti pemerintah, Barisan Nasional hinggakan gagal menilai persamaan antara perjuangan Suu Kyi dan Anwar.
Media arus perdana kawalan Umno-Barisan Nasional sebelum ini menggunakan tulisan Rachel Motte di akhbar mereka masing-masing untuk menghentam kewibawaan Anwar sebagai tokoh pejuang di negara ini.
"Perjuangan untuk kebebasan ini bukan hanya sekadar kebebasan fizikal terhadap Suu Kyi, malah kebebasan adalah dalam erti kata yang lebih luas, kebebasan demokratik atau 'democratic freedom', kebebasan untuk pilihnaraya yang adil, kebebasan mendapatkan akses kepada media, dan kebebasan-kebebasan lain sepertimana yang dijamin di bawah hak asasi manusia sepertimana yang diterimapakai secara standart di seluruh dunia," jelas beliau yang dihubungi TV Selangor.
Katanya lagi, Anwar berjuang untuk perkara yang sama iaitu bagi mendapatkan satu pilihanraya yang bebas dan telus, dan kebebasan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnnya di mahkamah.
"Perjuangan-perjuangan ini yang disebut sebagai kebebasan demokrasi merupakan perjuangan yang menjadi asas yang sama dengan perjuangan Suu Kyi untuk membebaskan Myanmar daripada cengkaman tentera junta serta menjadikan Myanmar sebuah negara yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi," tegas beliau lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan, buat masa ini Suu Kyi hanya diberi kebebasan fizikal, bukan kebebasan sepenuhnya kerana masih tidak diketahui samada Suu Kyi akan dibenarkan bergiat aktif dalam parti politik secara bebas, mendapat akses kepada media dan tidak dikenakan apa-apa sekatan untuk bertemu dengan rakyat Myanmar.
"Kita melihat bagaimana media disekat di Malaysia, tiada ruang yang bebas untuk Anwar memberikan pandangannya dan sekatan terhadap liputan-liputan positif terhdap beliau di dalam media. Banyak sekatan dikenakan terhadap beliau samada dalam ceramah umum ataupun didalam ceramah-ceramah di universiti," kata beliau lagi.
Shamsul seterusnya menjelaskan, perjuangan Anwar di Malaysia adalah sama sepertimana yang dilalui oleh Suu Kyi dari segi perjuangan untuk kebebasan demokratik di negara masing-masing.
Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yang naik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah papan. Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada.
Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman. Sebuah kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan muncungnya tepat kepada mangsa.
Keributan dan kekalutan dasyat pagi itu, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dengan iringan sejumlah ketumbukan lebih 3,000 anggota keselamatan yang mengepung kawasan. Orang kampung, hanya mampu mengetap bibir sambil melihat dengan pandangan yang berkaca.
Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.
Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga.
Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang. Belum sempat, nafas dihidu, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama dipanggil Illahi.
Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih bermain dengan asap dan bau busuk gas puaka, Abdullah Che Soh sedang bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya menghentikan tembakan.
Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh. Dua tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak teh mula berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan.
Ketika sekujur tubuhnya berada di laman, Pak Tam tak mampu membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai-renyai hujan, yang berkabung mendung.Darahnya mengalir laju, disirami gerimis pagi itu.
Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa. Dia asalnya mahu ke kebun getah sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz Ibrahim Libya, terpinga-pinga sambil menyelamatkan diri.
Lain pula dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing berhati kental berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah.
Azmi dengan hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan. Kena ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta.
Manakala Mat Ramli yang pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri.
Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir,13 yang menyusup dengan guni basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian ceritanya, dia dihumban ke dalam trak.
Di celah semak dan timbunan kayu, seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya. Di pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan.
Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang berhampiran rumah Ibrahim.
Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri. "Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya."
Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.
Di anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai, merelakan pergi dengan air mata basah di pipi.
Babak sayu itu tidak terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi rempuhan terus berlaku.
Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya yang kejap dan tegas. Tak akan menawar dan menggadaikan diri untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat yang dingati sebilangan besar anak muridnya.
Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.
Serangan seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim. Percikan darah mula menyimbah. Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim, Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih mata.
Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan akhinya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi.
Beliau kembali menemui tuhannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut menyembah bumi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan penuh kelam. Awan dingin memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan makhluk di bawahnya.
Kemudian kisah seharian itu melabuhkan tirainya pada petang itu.
Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat. Yang cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat.
Dua hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu,daripada bilik simpanan beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir.
Dengan van buruk, mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya 15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan.
Dan 13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh, menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang.
Tanah kubur Pasir Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri. Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari
Maka lengkaplah misi. Biar apapun alasan, yang penting operasi mereka selesai. Sebenarnya kisah tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan caca marba dalam Operasi Hapus yang dipanggil mereka.
Kata pihak atasan, menggempur kubu pengganas komunis. Kemudian berlaku sebaliknya. Yang di kepung, rumah orang kampung. Kemudian cerita ditukar lagi. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya.
Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan kecuaian pemerintah ketika itu, kampung itu dilanggar musibah. Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali. Manakala empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100 disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.
Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan mahupun bunyian bising. Dia akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi.
Lebih pilu dan sayu sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga.
Tidak lama kemudian, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri.
Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu. Seorang bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu.
Dia sedang menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara.
"Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun masuk ke bilik tanpa sebarang kata. Dia melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang berjurai banyaknya.
Saya ketika itu tertanya-tanya dan 25 tahun kemudian saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti. Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di suatu pagi yang bening.
Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung, kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual. Ada yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali.
Beliau ialah Abdullah Che Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun dizin Allah masih bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu.
"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini
"Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah. Tangan saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke dalam penjara selama lima bulan.
Kemudian, sambil tersenyum memandang saya, sambil berkata tenang:"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.
Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati. Ada yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Hadirlah ke sini 18 November akan datang, untuk lebih mengenali pejuang-pejuang dan kisah sejati di sini.
Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan. dia sebenarnya pada hari kejadian, berada di Kelantan.
Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin ditahan. Katanya dia seoarang yang cukup dekat di hati masyarakat setempat. Sentiasa mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui kuliahnya.
Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam.
Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap. Dan ISA sentiasa mengintai untuk menahannya dari sehari ke sehari.
Melihatkan kepada latar belakangnya, agak aneh tuduhan yang dilemparkan. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Pokok Sena.
Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya.
.
As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
Dan selepas itu, sejarah hitam membaluti Kampung Memali. Dan terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika mempertahan agama Allah.
Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi.
Beliau sempat bercerita tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu.
"Pergilah balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah....serban tu," katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula ke rumah pemilik serban itu.
Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam.
Keesokan paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya.
Ketika itu balu almarhum Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai. Hanya bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke fikiran tatkala saya memandangnya.
Pagi nan hening itu, kami menyedut sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak, tragedi 25 tahun ini masih membekas.
Ya, tidak lama lagi, bermula 19 November akan datang, kawasan sekitar medan tempur dan Kampung Memali ini akan kembali hiruk pikuk dengan sambutan umat manusia.
Bukan lagi untuk mengadap atau mengharung hujan peluru dan kepulan asap putih yang kemudiannya meragut nyawa, tetapi riuh dengan kehadiran gelombang limpahan para pejuang taat setia kepada perjuangan Islam.
Hadir dan datangnya mereka untuk mengutip kembali semangat yang bertebaran di bumi Memali untuk selama-lamanya.
Jangan lupa untuk menjengah perkampungan sejarah ini pada 19 November ini sempena Sambutan 25 tahun peristiwa Memali. Salam perjuangan!