Thursday, December 2, 2010

Bukti Zambry memang hebat mentadbir Perak

DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%. - Blog NgaKorMeng

Nga jugak bagitau masa Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat

Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah.

Nga juga mendedahkan ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat.

Nama Projek dan Jumlah Kos terlibat
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik, Jumlah Kos terlibat: RM 2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar, Jumlah Kos terlibat: RM 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa, Jumlah Kos terlibat: RM790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor , Jumlah Kos terlibat: RM260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor, Jumlah Kos terlibat: RM1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor, Jumlah Kos terlibat:RM1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B, Jumlah Kos terlibat: RM 380,000.00

Jumlah Kos keseluruhan RM17.32 juta

Kita tunggu apa jawapan Zambry bila ditanya dalam Sidang Dun Perak hari ni. Tu pun kalau ada ruang soal jawab. Kalau jadi macam sidang yang lepas, sesia saja bersidang tapi langsung takdak soal jawab.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Pendedahan Wikileaks: Hisham enggan ulas

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memilih untuk tidak menjawab apabila diminta mengulas pendedahan laman sesawang Wikileaks pada Ahad lalu, bahawa ada firma Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran.

NONE"Bagi perkara yang merentas sempadan seperti ini, kita perlu babitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Wisma Putra (Kementerian Luar) berhubung kebimbangan ia menjejaskan hubungan dua hala ataupun pelbagai hala,” kata Hishammuddin pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Semua pihak yang relevan perlu dibabitkan kerana kerajaan tidak boleh bertindak secara silo.

"Kita mesti rujuk dengan angensi risik pakar luar negara yang kita ada berhubungan,” katanya.

Ditanya mengenai butiran firma tempatan yang dipalitkan dalam isu itu, Hishamuddin juga cuba mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung.

NONE"Ada syarikat Malaysia yang terbabit tetapi saya tidak boleh ulas kecuali saya berunding dengan pihak yang relevan dahulu. Ini isu baru dan kesannya serius, biar kami tangani dengan cara yang betul dan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat,” kata ahli parlimen Sembrong itu.

Wikileaks memuatkan beberapa dokumen mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

NONEMenurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.

Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Skylife Worldwide dilaporkan kini disiasat oleh polis.

Tanah Melayu terhakis angkara Umno

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah  untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk  meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.
 Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.
Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua  negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.
 Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang  ketika forum  'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.
Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu  dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995). Bermakna   44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun  2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK  (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600  orang yang tinggal disitu.
26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur)  untuk projek kolam udang.
13 Jun  2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi,  kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.
Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan  Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar  menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia  dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak  273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
Tanah seluas 2500 ekar  ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.
Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.
217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.
Menghalau 290 buah rumah penduduk  Kampung Plentong Tengah  Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Najib: Sokongan rakyat kepada BN semakin pulih

Sokongan rakyat kepada BN semakin pulih setelah kerajaan menunaikan janji pilihan rayanya dan komitmen yang diberikan, dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.

"Apabila kita kotakan janji-janji pilihan raya dan komitmen kita, kewibawaan kita, dari kaca mata rakyat, sudah meningkat," katanya dalam ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di Pnom Penh hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang.

Bercakap pada sidang akhbar kemudian apabila ditanya sama ada BN boleh berasa lega sekarang hasil daripada petanda-petanda awal itu, beliau berkata BN tidak boleh berasa lega sekarang, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi.

PUNDEK BANCI PANDANGAN MELAYU

MADEY KENA GAS PEMEDIH MATA

nota:
kikat kena angkat topi

pada malaon ini kerana berani
menembak asid ke muka madey

sebab apa madey kena asid?

sebab maloan ini berebut dengan ibrahim
untuk bodek madey kah kah kah



KENYATAAN WAN AZIZAH MEMALUKAN ORANG MELAYU – NIK SAPEIA - melayau

Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),i Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.

Naib Presiden PPP, Nik Sapeia Nik Yusof berkata, disebabkan mereka dipengaruhi oleh kedudukan dan memburu pangkat sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita itu.

"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya di sini, hari ini.

Nik Sapeia berkata, sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… PUNDEK PUNDEK PUNDEK LAAAA…. kah kah kah..

kah kah kah… MALAOAN INI AHLI PARTI PUNDEK PUNDEK PUNDEK….. kah kah kah..

woit… NAK MALU PUNDEK APA PULAK?..... kah kah kah..

woit… ADA 300 JUTA MELAYU DI ALAM MELAYU….PUNDEK INI . SUDAH BUAT BANCI DAN TANYA SEMUA?..... kah kah kah…

kah kah kah… PUNDEK INI SUDAH TANYA PANDANGAN MELAYU DI NARATIWAT?.... kah kah kah..

woit… PUNDEK INI SUDAH TANYA PABDANGAN MELAYU DI BUKIT TINGGI?.... kah kah kah..

woit… MELAYU BERUNAI TAK AMBIL POT…. kah kah kah..

woit… PERGI MAPOOOOS LAAA DENGAN KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…

woot… TAK MALU KE POLIS MELAYU… TAHAN KERETA MINTA 20 RINGGIT?... kah kah kah//

woit… TAK MALU KE PEKERJA MELAYU DBKL TIAP PETANG DATANG JALAN PETALING MINTA 4 ATAU LIMA RINGGIT… kah kah kah

woit… TAK MALU KE MASUK UNIVERSITI BANGSA LAIN ADA 4 A… MELAYU YANG INI ADA 2EE…kah kah kah..

woit… TAK MALU KE… NAIB CANCELOR SELURUH DUNIA ADA MENULIS BUKU…. KECUALI MALAYSIA DAN ZIMBABWE…. kah kah kah

woit… TAK MALU KE… TIPU ORANG MELAYU KATA KITA ADA ANGKASAWAN NAIK KE ANGKASA… kah kah kah..

kah kah kah… TAPI SATU DUNIA TAHU INI MENUMPANG KERANA BELI SENJATA DARI RUSSIA…. kah kah kah..

woit… TAK MALU KE… NAK MENANG PINGAT EMAS DI OLYMPIK BERI KERAYATAAN PADA WARGA KAZAKTAN…. kah kah kah…

woot… MELAYU TAK MALU KE…PERDANA MENTERI DIKATAKAN TERLIBAT DALAM KES PEMBUNUHAN GADIS MONGOLIA…. kah kah kah..

woit… TAK MALU KE… KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM… kah kah kah..

woit…TAK MALU KE … CAKAP KETUANAN MELAYU…. TAPAI NEGARA DI MILIKI CUKONG…kah kah kah

Lagi kumpulan pelajar mahu sertai demonstrasi air 5 Dis

Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) hari ini menyifatkan tindakan Syabas yang mahu menaikkan kadar air di negeri itu turut memberikan impak besar kepada pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi di negeri itu.
Menurut Presiden Permasis Izzuddin Helmi, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri itu sebanyak 37 peratus.
“Permasis membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37 peratus.
“Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berkata dasar penswastaan air yang diperkenalkan di Selangor pada 1997 jelas membebankan rakyat di negeri itu.
“Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan.
“Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali.
“Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan,” katanya.
Kerajaan Selangor kini dipimpin Pakatan Rakyat melalui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Ahad ini.
“Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana,” kata Izzuddin lagi.
Selain Permasis, bebarapa persatuan mahasiswa termasuk Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) turut membantah cadangan Syabas sambil menyifatkan ia akan menyebabkan rakyat di Selangor akan terus terbeban.
Sehubungan itu, gabungan tiga persatuan mahasiswa atau boleh dikenali sebagai Mahasiswa ini mahu ahli politik di negara ini mendengar luahan dan pendapat yang dikemukan rakyat.
Selain itu, Mahasiswa mahu tiada sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat terhadap isu tersebut.
“Kami menyeru seluruh mahasiswa khususnya yang tinggal di Lembah Klang untuk bersatu dan bersama menyokong usaha ini serta turun bersama-sama rakyat dalam demonstrasi aman yang akan dianjurkan pada Ahad ini.
“Kami turut menggesa kesemua pimpinan kampus, organisasi serta fruksi mahasiswa dan masyarakat untuk respons terhadap isu-isu seperti ini yang melibatkan hak rakyat kerana kita tidak mahu sumber-sumber negeri ini didominasi oleh individu-individu tertentu yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan.
“Kita tidak mahu sebarang campur tangan kerajaan pusat terhadap isu, hal dan permasalahan perkara-perkara dalam senarai negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pusat harus hormat kepada undang-undang dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara,” katanya.
Mahasiswa turut berkata tindakan Syabas mahu menaikkan tarif air di Selangor turut akan membebankan golongan mahasiswa.
“Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi-institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara dan sebahagian besar tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej masing-masing.
“Sejak 2008, mahasiswa tidak perlu runsing dengan beban membayar bil perkhidmatan air. Sebilangan besar dari mereka boleh menjelaskan bayaran tertunggak menjelang hujung semester tanpa sebarang bebanan. Boleh dikatakan sejak 2008, rakyat Selangor tidak pernah dibebankan bil utiliti air.
“Malah sejak sejak 2008, rakyat Selangor telah dikembalikan haknya dan mahasiswa menyokong penuh polisi merakyatkan ekonomi yang tidak membeban dan menyusahkan rakyat,” katanya.
“Perang” antara kerajaan negeri Selangor dan Syabas mula memuncak dengan agensi itu diberi notis 14 hari supaya menghentikan program Tabung Budi atas alasan ia melanggar syarat perjanjian konsesi air.
Notis bertarikh 23 November dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.
Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.
Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

RM420 Garis Miskin Tegar Perak Tidak Munasabah


Tahap garis miskin tegar yang digunakapai oleh kerajaan Perak iaitu sebanyak RM420.00 adalah tidak munasabah  memandangkan kos sara hidup seseorang individu di Perak jauh lebih tinggi daripada itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang dalam ucapan perbahasan beliau di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini menjelaskan garis kemiskinan tegar yang teramat rendah ini hanya akan menyenangkan kerajaan Barisan Nasional(BN) Perak tetapi tidak membawa sebarang makna kepada warga miskin tegar.

"Bantuan yang diberikan kerajaan negeri yang bertujuan untuk mengurangkan kesukaran hidup golongan miskin terlalu sedikit.

"Sebagai contoh, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi bantuan makanan yang diberikan setiap bulan untuk 4 ribu keluarga miskin tegar, maka setiap keluarga hanya dapat sekitar RM2.80 sehari," jelas beliau.

Beliau seterusnya menjelaskan, sekiranya sesebuah keluarga itu mmempunyai empat ahli maka setiap seorang hanya mendapat peruntukan 70 sen sehari, yang mana tidak mencerminkan langsung maksud sebenar program tersebut.

Selain itu, Chang juga telah mengetengahkan isu penipuan tanah kerajaan oleh para ahli dan pemimpin Umno.

Beliau berkata dalam tempoh kurang daripada dua tahun kerajaan Umno-BN memerintah Perak, telah timbul banyak penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam pengagihan tanah kerajaan.

Beliau memberi contoh di kawasan Rancangan Kampung Tersusun (RPT) Simpang Ampat seluas 7 ribu meter persegi yang mana pada asalnya diwartakan kepada golongan miskin tetapi apabila senarai pemilikan diumumkan didapati lot rumah tersebut telah diwartakan kepada ahli Umno.

Beliau mendedahkan di antara penerima lot merupakan pemegang jawatan peringkat bahagian atau cawangan Umno termasuk Setiausaha Bahagian Bagan Datoh dan dua ketua cawangan Umno.

Chang memberitahu Dewan bahawa di kebanyakan tempat, majoriti warga miskin tegar yang memerlukan bantuan adalah kaum Melayu dan para pemimpin Umno yang menipu serta merammpas hak rakyat Melayu juga Umno yang kononnya membela nasib orang Melayu.

"Ini satu bukti kukuh bahawa Umno bukan juara rakyat tetapi juara rampas tanah rakyat," tegas beliau.

Beliau seterusnya menyarankan kerajaan Umno-BN Perak agar menambah bajet bagi program-program membasmi kemiskinan agar lebih efektif dan bersikap lebih adil dan telus dalam isu pengagihan kekayaan negeri terutamanya tanah dan rumah.

Perangkaan hutang negara: Donald, MP berbalah

Ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kerajaan sekali lagi bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung perangkaan yang tidak konsisten yang dibekalkan semasa jawapan daripada kementerian-kementerian terlibat mengenai hutang negara.

donald limfong kui lunKetika menjawab soalan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim (kanan) berkata hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing.

"Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion," kata Lim.

NONEBagaiamanpun, Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) bangkit dan berkata berdasarkan laporan unjuran perbelanjaan 2011 yang diedarkan kepada ahli parlimen, angka yang diberikan tidak sama.

"Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan persekutuan yang belum dibayar adalah RM446.7 bilion," katanya sambil menambah jawapan timbalan menteri itu cuba memperdayakan Dewan Rakyat.

Azan berkeras hutang negara membawa maksud jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan dan tidak terhad kepada hutang asing sahaja.

Lim, sebaliknya menafikan perkara itu dan berkata definisi Azan adalah silap dan menjelaskan bahawa hutang negara adalah wang yang dihutang kepada negara asing dan bukannya hutang kerajaan persekutuan seperti yang dibacakan oleh Azan yang juga memuatkan hutang domestik atau dalam negara.

"Baca la, baca la, angka awak semua salah,” kata timbalan menteri itu.

Pada sidang akhbar di parlimen lobi kemudiannya, Azan berkata maklumat hutang negara yang diberikan oleh kerajaan sangat menyeleweng.

"Maklumat hutang negara sangat menyeleweng, bahkan 100 peratus jauh lebih rendah," katanya.

Dedah Dalang Trajedi 13 Mei Dalam Sejarah-Azmin



Azmin Ali mencabar pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya mendedahkan dalang tragedi hitam 13 Mei dalam buku sejarah nasional.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mencabar Kerajaan Persekutuan supaya memperincikan peristiwa Umno-BN menghakis menyerang, menghakis dan mengkhianati Majlis Raja-Raja Melayu dalam matapelajaran Sejarah.

"Kalau dibaca buku sejarah, hanya pemimpin Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi peranan ulama, dan aktivis seperti Burhanuddin al-Helmy dipadamkan," tambahnya.

"Sejarah tidak boleh dipadamkan. Tidak boleh Kementerian Pendidikan mengarahkan juak-juak Umno menulis sejarah mengikut fahaman perkauman mereka yang sempit," kata Azmin.

Terdahulu pada sesi pagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen Umno yang mempertahankan ketuanan Melayu tetapi meminggirkan bahasa Kebangsaan.

Yusmadi: Dasar PTPTN Rencat Kemajuan Pelajar

Dasar yang dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN)dibidas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff sebagai merencatkan kemajuan pelajar.

Berbahas di Parlimen hari ini, beliau menyifatkan skim hutang sedia-ada membunuh dinamik pelajar, Yusmadi menegaskan Kerajaan harus mengiktiraf hak warganegara kepada pendidikan berkualiti, dan menghapuskan PTPTN.

Pendidikan, tegas Yusmadi tidak sepatutnya membebankan, bahkan seharusnya mengangkat maruah umat, sebagai tujahan menghapuskan kemiskinan.

"Hak rakyat Malaysia didalam konteks pendidikan, pelajar dan bantuan pendidikan adalah hak asasi manusia yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak," kata Yusmadi.

"Pendekatan PTPTN telah membentuk generasi hutang yang membunuh motivasi pelajar tatkala tamat belajar," tambah beliau.

Yusmadi mencadangkan Kerajaan supaya mengambil serius desakan mahasiswa yang terhimpit dengan skim hutang ini.

Beliau berkata masanya tiba untuk kerajaan melaksanakan ikrar mendahulukan rakyat dan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan.

"PTPTN perlu dihapuskan dan diganti dengan 'Biasiswa Rakyat', yang menyediakan bantuan pendidikan secara adil, tanpa mengira batas perkauman," tegas Yusmadi.

"Ia semata-mata bertujuan kearah memperkasakan pendidikan warga Malaysia," tambah beliau.

Ketuanan Rakyat lebih demokratik, kata MB Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep “Ketuanan Rakyat” dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata “Ketuanan Rakyat” yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan.
“Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik,” kata Khalid (gambar) yang juga pemimpin PKR.
“Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara),” tambah beliau.

MB Selangor: GAPS boleh serah memo, hadapi saman jika fitnah

SHAH ALAM, 2 Dis – Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang merancang untuk mengemukakan memorandum berhubung penyelewengan didakwa dilakukan oleh pentadbirannya kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun Menteri Besar Selangor (gambar) memberi amaran kumpulan itu akan berhadapan dengan tindakan perundangan jika dakwaan mereka didapati tidak benar.
“Jika (dakwaan) itu benar, mereka boleh teruskan dan lakukan,” kata  Khalid kepada pemberita di sini hari ini.
“Tetapi jika ia (didapati) fitnah dan dendam, mereka boleh disaman,” kata beliau.
GAPS mahu menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi GAPS Hamizun Khairuddin berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan esok.
Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek, katanya.
GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.
Hamizun berkata memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.
Beliau berkata memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Saman ekor dan keanehannya



Saya memang suka memecut laju sekiranya memandu sendirian. Maka tidak hairan jika saya didapati melebihi had laju di Bentong pada petang 31 Oktober 2010. Satu lagi saman ekor yang dikenakan kepada saya bertempat di Dungun pada 16 Sept 2010. Petang itu saya bersama rombongan keluarga isteri ke Bukit Goh, Kuantan. Dalam perjalanan pulang, adik ipar saya memandu. Saya tidur sepanjang perjalanan pulang sehinggalah kami bertukar semula di stesen Petronas Muktafi Billah Shah pada jam 4.05 petang. Bermakna saman ekor dikenakan dengan mengambil kira pemilik kenderaan, bukan pemandunya.
Isteri saya sedia faham situasi ini dan dia bersetuju membayar bahagian saman ekor di Dungun. Bermakna selepas diskaun, saya perlu menyediakan RM300 apabila mahu menyelesaikan saman. Pada 1 Disember, jam 8.30 pagi saya ke Balai Polis Sentul. Ketika ini saya fikir saya hanya mahu membuat rayuan supaya jumlah RM600 dapat dikurangkan menjadi separuh. Di kaunter, pegawai bertugas berkata, “Bayaran hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Trafik, Jalan Bandar, Petaling Street.” Maka saya bertanya, “Apakah boleh dibuat rayuan?” Jawabnya, “Semalam ada berita. Sila semak dulu.” (Mungkin berita dalam tivi)
Saya meninjau berita dan mendapati The Star menyiarkan cerita diskaun saman pada muka hadapan. Dalam sistem elektronik di web myeg.com.my nilai yang dinyatakan masih lagi RM300. Jumlah ini hanya berubah pada 2 Disember 2010. Saya cuba membayar secara online tetapi capaian internet di pejabat sangat tidak memberangsangkan. Maka saya meneliti kaedah bayaran lain sehingga menjumpai maklumat ini. “Bayaran saman trafik juga boleh dibuat di Pejabat Pos.” Memang saya tidak akan ke Petaling Street kerana saya tidak mahu sesat jalan. Maka saya ke pejabat pos berdekatan Flat Seri Terengganu, kira-kira 1.5 kilometer dari menara yang menempatkan syarikat majikan.
Saya hulurkan kad pengenalan sambil berkata, “Saman ekor tidak ada notis.” Walhal pegawai kaunter pejabat pos sudah maklum. Setelah memasukkan nombor kad pengenalan dalam komputernya, pegawai itu berkata, “Ada dua saman. Satu sudah dibayar, di Dungun. Yang di Bentong belum bayar.” Tentu sahaja melihatkan reaksi saya ketika mendengar kenyataannya pegawai itu mengulang ayat tadi. Maka saya hanya membayar satu saman yang kesalahannya betul-betul saya lakukan. Saya terus dihantui persoalan, “Siapa bayar saman satu lagi?” Saya cuba hubungi isteri tetapi tidak diangkatnya. Saya hantar esemes. Isteri saya menelefon semula dan mengatakan, “Mungkin peminat abang yang bayar.” Saya tiada masa hendak gaduh-gaduhkan hal ini kerana urusan saman sudah selesai.
Semoga Allah berikan ganjaran kebaikan buatnya. Dan saya tahu, selaku isteri tentulah dia tidak mahu jika suaminya diminati oleh orang lain selain dirinya. Saya anggap kenyataan isteri saya itu sebagai gurauan semata-mata. Saya juga sebenarnya tidak suka isteri saya membuat spekulasi bahawa saya mempunyai peminat misteri. Seram sejuk saya mendengarnya. Bukan masa lagi untuk saya fikir siapa gerangan yang membayar saman satu lagi.

Wednesday, December 1, 2010

Jasa silap tokoh harus dinilai sewajarnya

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Chong Eu yang berkhidmat untuk 21 tahun (selaku Ketua Menteri) meninggal dunia pada 24 November pada usia 91 tahun, diberikan penghormatan pengebumian negara.  Penghargaan, pujian dan sanjungan melimpah dari pemerintah mahupun pembangkang, pertubuhan dan media.  Dari sumbangan politik beliau, hinggalah layanannya terhadap orang bawahan - berita-berita ini menghiasi ruang dada akhbar.  Namun, perkara yang sensitif sentiasa tercicir daripada lambakan pujian ini.
Selama 39 tahun Lim Chong Eu (gambar kiri) berkecimpung dalam arena politik, pernah mengetuai Parti Radikal Malaya, MCA, United Democratic Party dan Gerakan.  Seandainya diimbas riwayat politiknya, Lim Chong Eu sememangnya seorang tokoh politik yang dikagumi.  Pentadbiran beliau selama 21 tahun di Pulau Pinang telah menjadi asas kemajuan dan kemakmuran negeri ini, dan sumbangan ini sentiasa dikenang dan disanjung sehingga kini.
Biarpun tempoh jawatan Presiden MCA yang disandang Lim Chong Eu tidak genap 18 bulan (Mac 1958 hingga Julai 1959), namun ia merupakan detik yang penting dalam sejarah politik kaum Cina di tanahair ini.  Lim Chong Eu menegaskan bahawa MCA harus bertanding 40 daripada 104 kerusi parlimen, memandangkan bilangan pengundi Cina telah melebihi 1/3 jumlah pengundi.  Malah, beliau mahu perkara pendidikan Cina dimasukkan ke dalam manifesto Perikatan, memandangkan ada tuntutan daripada masyarakat Cina.
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman tidak menyetujui kedua-dua permintaan Lim Chong Eu tersebut, maka Tunku memilih untuk menyokong sekta Tan Siew Sin dalam MCA.  Pada tahun 1959, Lim Chong Eu bukan sahaja tidak tahu-mengetahui senarai calon MCA yang bakal bertanding, malah dirinya tidak disenarai sebagai calon.  Akhirnya, beliau meletak jawatan dan keluar parti.  Tan Siew Sin yang disokong Tunku Abdul Rahman menerima peruntukan 31 kerusi (untuk ditanding MCA) sebagai kompromi.
Prestasi Lim dalam MCA tidak dinilai sewajarnya
Sabotaj "sekta kompromi" dalam MCA menjadi faktor utama ketidaksampaian hasrat Lim Chong Eu dalam dua perkara di atas.  Dan ini mungkin titik permulaan MCA tunduk kepada UMNO untuk puluhan tahun kemudian.  Seandainya kedua-dua tuntutan Lim Chong Eu berjaya, mungkin ia merupakan satu jasa untuk menyekat dominasi UMNO, dan menjurus ke arah kesaksamaan antara kaum.  Peristiwa ini menjadi detik hitam yang gagal dihapuskan MCA untuk selama-lamanya.
Namun, ketika memperkenalkan bekas Presiden ini dalam laman rasmi MCA, penilaiannya berbunyi, "tidak tepat ketika memutuskan untuk mara atau undur, dan akhirnya terpaksa berundur setelah menyedari rintangan di depan."  Jelas, penilaian ini menafikan ketetapan beliau, malah mungkin bertujuan untuk menjustifikasikan sikap pemimpin MCA seterusnya yang tunduk kepada UMNO.
Malah, sesetengah penilaian daripada penganalisa politik dalam media juga bertitik tolak dari perspektif "arus perdana" MCA.  Misalnya, "Berikutan kegagalan rundingan Lim Chong Eu dengan Tunku Abdul Rahman dalam isu pengagihan kerusi dan pendidikan Cina, maka ia menjadi tanda mulanya beliau tersisih dari pucuk kuasa.  Malah, (Lim Chong Eu) kehilangan peluang terakhir untuk memperjuangkan keperwakilanan MCA yang lebih adil dalam Perikatan".  Dengan kata lain, media mempersalahkan Lim Chong Eu untuk kelemahan MCA kemudiannya, dan bukannya Tan Siew Sin yang mengambil kesempatan untuk menggulingkan Lim Chong Eu dengan sokongan UMNO.  Penilaian sebegini sekali lagi mengesahkan kata-kata bahawa "sejarah ditulis oleh pemenang".
Jasa silap dalam sejarah hanya mencapai kata dua apabila seseorang itu disemadikan.  Salah satu peristiwa yang belum diputuskan sama ada "jasa" mahupun "silap" adalah - Lim Chong Eu yang memimpin Gerakan, yang merupakan parti pembangkang pada PRU tahun 1969, berjaya mengambil alih kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang, malah memperolehi 2/3 kerusi DUN.
Namun, beliau membentuk kerajaan bersekutu dengan Perikatan pada tahun 1972 setelah mengangkat sumpah selaku Ketua Menteri.  Bahkan, beliau memimpin partinya menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974.  Tindakan ini, setidak-tidaknya bercanggah dengan matlamat asal penubuhan Gerakan dari kaca mata pengasas parti seperti Syed Hussein Alatas, Tan Chee Khoon dan lain-lain lagi.  Lebih-lebih lagi, tindakan ini menyebabkan Gerakan yang berdikari pada mulanya, bertukar menjadi pak turut kepada UMNO.  Ia juga tindakan yang bercanggahan dengan niat pengundi yang menyokong Gerakan untuk menafikan Perikatan dalam PRU tahun 1969.
Jasa silap ahli politik bakal dinilai ahli sejarah, namun penilaian terhadap tokoh politik tidak boleh hanya dilakukan sekadar dari perspektif pembangunan ekonomi, misalnya meningkatkan pendapatan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.  Mengambil contoh Lim Chong Eu, pada ketika beliau berjasa untuk kononnya pembangunan ekonomi, apakah pula nilai penting yang telah ditinggalkan?  Misalnya, sejauh manakah bangunan warisan sejarah dirobohkan, sepanjang proses pembinaan bangunan KOMTAR yang setinggi 65 tingkat?  Semua ini perlu penilaian yang objektif, supaya dijadikan ingatan dan iktibar untuk generasi yang akan datang.  Sesungguhnya, jasa silap tidak boleh dinilai hanya dari perspektif ekonomi.

Sejarah baru buat latar politik wanita di Malaysia

Zuraida KamaruddinKejayaan Kongres Nasional dan Pemilihan PKR 2010 baru-baru ini telah mencipta satu sejarah baru buat latar politik wanita di Malaysia, demikian menurut Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.
Menurut beliau, kejayaan enam Cabang yang diterajui wanita-Ampang, Johor Bharu, Pasir Mas, Lembah Pantai, Kuantan, Permatang Pauh dan dua calon Naib Presiden wanita adalah suatu yang amat membanggakan dan sebagai bukti pencapaian berterusan Wanita PKR.

"Matlamat Perlembagaan 18.3 PKR yang menetapkan agar 30% kedudukan jawatan di setiap peringkat, menampakkan kejayaan apabila secara keseluruhannya, seramai sembilan pimpinan wanita telah dipilih untuk menerajui jawatan-jawatan utama di Pusat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, kejayaan Pemilihan 2010 yang lalu juga menunjukkan bahawa ruang-ruang diskriminasi dalam PKR telah berkurangan.
"Anggota yang semakin bijak dan matang dalam menilai tidak lagi hanya memilih berdasarkan keutamaan jantina dan lebih memihak kepada penilaian merit, keupayaan dan kredibiliti calon," tambahnya.
Namun katanya, demi meneruskan kemantapan organisasi Wanita PKR khususnya dan PKR umumnya, diharap supaya parti bersifat lebih fleksibel agar laluan buat kepimpinan wanita berkebolehan untuk melibatkan diri dalam organisasi akan lebih terbuka dan mudah.
Beliau mencadangkan supaya satu garis panduan disediakan dan peruntukan tetap jawatan buat wanita harus diambil perhatian.
"Bersemangatkan perpaduan yang lahir dari Pemilihan 2010, pimpinan Wanita Pusat PKR akan terus komited dalam memperjuangkan hak, martabat dan kedudukan wanita di Malaysia," ujar beliau.

Tangguh Pemilihan: Umno Takut Berdepan Realiti Kata Saifuddin


Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran jelas bahawa parti itu berada dalam keadaan lemah di samping ketidakyakinan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahli untuk melalui proses demokrasi.

Mengulas hal itu, ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, Najib hakikatnya bimbang pemilihan yang bakal diadakan nanti menyebabkan parti itu menjadi kacau bilau dan porak-peranda.

"Kita tengok dalam Pakatan Rakyat, walaupun kita berdepan dengan suasana politik yang begitu ganas terutama layanan media perdana tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan pemilihan.

"DAP juga meneruskan pemilihan partinya sementara pemilihan PAS pula akan berlangsung pada bulan enam tahun depan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan pimpinan dalam PAS, ianya akan berjalan mengikut jadual," ujar Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen, di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, ia menjadi bukti kukuh bahawa Pakatan Rakyat merupakan parti yang menghormati hak anggotanya dan tidak menggunakan perlembagaan parti sebagai klausa jalan keluar untuk menyembunyikan kelemahan parti.

"Najib cuba memberikan alasan bagi menggelakkan ketegangan tetapi jikalau betul umno parti yang terkuat, kukuh dan bersatu-padu, beliau sepatutnya tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan umno itu akan menyebabkan kacau-bilau dan porak-peranda," tambah Saifuddin lagi.

Najib malam tadi mengumumkan bahawa pemilihan parti itu yang sepatutnya diadakan pada Mac tahun depan ditunda selama 18 bulan lagi bagi memberi ruang parti itu mengukuhkan kedudukannya.

Sementara itu menurut Saifuddin, penangguhan itu juga memberikan gambaran bahawa Najib sendiri tidak yakin dengan pengaruhnya, walhal pemilihan ini hanya menyaksikan tidak sampai separuh ahli parti berkenaan turun mengundi.

"Ini sekaligus memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan sebenar umno sebagai satu parti yang sangat rapuh dan Najib sendiri tidak mempercayai kematangan ahlinya melakukan pemilihan.

"Pemilihan umno hanya ditentukan oleh 60,000 daripada 3.4 juta ahlinya iaitu bersamaan 1.7 peratus berbanding  pemilihan PKR pula ditentukan melalui satu anggota, satu undi," tambah Saifuddin lagi.

Malah ujar Saifuddin, rekod Umno juga jauh lebih buruk apabila mesyuarat Umno Bahagian di Kelantan hanya dapat dihentikan melalui tembakan pistol di udara.

" Bayangkanlah keadaan yang akan mereka lalui, dan sebab itulah diarahkan Utusan dan media Umno yang lain berhabis-habisan menyerang PKR, di mana pada masa yang sama Najib pula berasa bimbang untuk meneruskannya pemilihan dalam partinya sendiri," ujar Setiausaha Agung PKR itu lagi kepada media.

Gaps serah Agong, Sultan Jumaat memo bantah Selangor seleweng


SHAH ALAM, 1 Dis — Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) akan menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan PKR Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi Gaps Hamizun Khairuddin berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan yang dijadualkan, Jumaat ini.
“Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong (gambar) pada Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Gaps merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.
Hamizun berkata memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.
Beliau berkata memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Berkenaan isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hamizun berkata kenyataan itu disifatkan sebagai kenyataan yang tidak dikehendaki oleh pemimpin politik.
“Kenyataan itu tidak perlu dikeluarkan memandangkan rakyat di negara ini telah hidup aman dan makmur sejak dahulu lagi jadi kita tidak perlu sesiapa untuk mengganggu keadaan ini,” katanya.
Sementara itu, Belia 4B Selangor mengadakan demonstrasi memprotes kenyataan Presiden PKR Datuk Seri wan Azizah PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana mempertikai konsep ketuanan Melayu dalam ucapannya di Kongres Tahunan Ketujuh parti itu di Petaling Jaya Sabtu lepas.
Naib Pengerusinya Norazlisham Mohd Ramli berkata isu berkenaan tidak perlu dibangkitkan kerana ia sensitif dan menghina agama dan bangsa.
Lebih 30 orang menyertai demonstrasi selama 10 minit di depan Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seskyen 7 di sini dengan beberapa sepanduk tertulis “Anwar Balik Kampung Buat Kerja Sendiri” dan “Parti Anak Beranak: Wan Azizah Jangan Main Api”.

ISA : SUARAM Dan GMI Kecewa Sikap Kerajaan


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini melahirkan kekecewaan yang amat mendalam berikutan pendedahan kerajaan mengenai pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 
Mengikut Menteri Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz seperti dilaporkan akhbar 'Malay Mail' semalam, bahagian paling signifikan dalam perancangan pindaan itu ialah pengurangan tempoh tahanan dikurangkan kepada 30 hari.
SUARAM dan GMI mendakwa alasan yang diberikan Nazri dalam pengurangan tempoh tahanan itu gagal untuk mengatasi isu sebenar iaitu tahanan tanpa perbicaraan dan hak undang-undang.
"Pengurangan tempoh tahanan itu sia-sia kerana akta (ISA) tersebut tetap membenarkan penahanan sesorang itu selama dua tahun selepas itu dan boleh dipanjangkan tanpa had atas arahan Menteri," jelas koordinator SUARAM dan Sekretariat GMI E. Nalini dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Nalini lagi, Kedua-dua SUARAM dan GMI telah mengumpul dan menerbitkan pelbagai bukti dokumentari mengenai penderaan ke atas tahanan ISA, namum pihak berkuasa menjustifikasikan penderaan ini dengan mengatakan ia perlu bagi menyelesaikan penyiasatan.
"Kami sekali lagi melahirkan kebimbangan serius berikutan langkah kerajaan untuk kembali ke retorik lama menggunakan alasan keamanan dan kestabilan untuk menjustifikasikan dan menghalalkan pencabulan hak asasi dan layanan teruk terhadap manusia. Kami menganggap kenyataan (Nazri) itu tiada merit dan bukti tapi hanya sekadar alasan mengesahkan tindakan kerajaan bagi menggunakan Undang-undang tidak demokratik itu sebagai alat politik," tegas beliau lagi.
Justeru menurut beliau, SUARAM dan GMI tetap beranggapan ISA bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta melanggat artikel 9, 10 dan 11 Deklarasi hak asasi manusia Universal yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Umno Sorok Masalah Dalam Kain

Pemilihan Umno tangguh 18 bulan, itu umum presiden mereka merangkap PM 1Malaysia. Pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun depan akan ditangguhkan. Maknanya pilihanraya umum akan diadakan dalam tempoh itu dan bukan tempoh terdekat seperti yang diramalkan.

Mengapa tangguh terlalu lama? Bukankah Umno kini kuat dan Pakatan Rakyat khususnya PKR sedang bergolak? Semua ini membuktikan sebenarnya bahawa Umno/ BN berada dalam keadaaan terumbang-ambing dan berpecah.

Mereka cuba menjaga tepi kain orang lain kerana bimbang masalah dalam kain sendiri terdedah. Walaupun Umno cuba sorok masalah dalam kain dengan menangguhkan pemilihan selama 18 bulan, masalah dalam kain mereka tetap diketahui kerana Umno pakai kain jarang!

Sorok macam mana pun 1Malaysia tahu, Umno kini sudah hampir nak karam! Jika Umno betul-betul kuat buatlah pengumuman pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Tetapi saya cukup yakin Umno tak mampu untuk buat pilihanraya umum dengan pelbagai masalah yang melanda mereka sekarang.

Sebaliknya Pas, PKR dan DAP lebih berani dan terbuka untuk mengdakan pemilihan parti tanpa perlu bimbang perpecahan dan pergolakan yang mungkin melanda. Tindakan PAS, PKR dan DAP meneruskan pemilihan parti tanpa membuat sebarang penangguhan merupakan satu tindakan tepat dan bijak. Ini kerana dapat menyikirkan sebarang petualang atau pun musang berbulu ayam yang mungkin ada dalam parti. Sekaligus sebagai satu proses pembersihan untuk memastikan mereka yang betul-betul setia dan jujur sahaja yang masih tinggal. Berbeza dalam Umno yang luar kainnya nampak molek tetapi dalam kainnya penuh dengan keserabutan dan segala kudis, nanah, kurap dan panau.

Justeru itu rakyat tidak perlu ragu-ragu untuk memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang untuk meneruskan kemaraan ke Putrajaya selepas PRU ke 12

Saat-saat sukar bagi DS Najib, satu bulan seperti satu tahun

Apabila DS Najib menyatakan penyusunan semula jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini rasanya seperti begitu lama sangat pada hal hari ini sudah masuk bulan December dan hujung bulan ini adalah hujung tahun 2010.
Kata Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memerlukan masa untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri.


Hakikatnya di negeri-negeri UMNO berhadapan gawat kuasa itu lah yang sukar bagi Najib untuk umumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Bagi mereka yang sedang terloncat-loncat macam kera kerana tergila-gilakan jawatan itu, satu bulan seperti satu tahun begitu lambatnya. Kuncu-kuncu yang lebih camca dari bubur di sekeling mereka seperti cacing kerawit kepanasan kesana-kemari bercatur untuk Tauke mereka. Kalau Tauke dilantik mereka senang jalan mendabik dada hidung tinggi bak seludang.

Menurut rakan dari Kedah semalam, rupa-rupanya ramai yang dok “qayan” (loghat Kedah yang bermakna Mimpi/ Fantasi”) untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Mana tidaknya jika dilantik menjadi PPUNK mereka automatik bakal menjadi MB kelak “kalau-kalau-kalau” BN kembali perintah Kedah.

Yang sebenarnya yang dok qayan nak jadi PPUNK itu pun tak tentu lagi nak jadi MB kerana yang depa dok qayan nak jadi MB pun tak tentu lagi BN dan UMNO akan kembali memerintah Kedah.

Apapun tidak salah mereka nak qayan hanya takut kalau tinggi sangat qayan mereka, jika tidak dipilih muka mereka jadi seperti tempayan dan bila sampai PRU13 mereka akan sabotaj rakan-rakan.

Biarkan qayan tinggal qayan dan DS Najib jangan dok layan.