Saturday, February 19, 2011

Pendidikan seks di PLKN?

harap Pakatan Rakyat ambil serius dengan cadangan dari Shahrizat, Ketua Wanitaa Umno merangkap menteri "berjambul macam bonggol unta" ni.





Malaysiakini melaporkan:

Pendidikan Seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) hari ini rasmi menjadi subjek untuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Perasmian PKRS sebagai subjek dalam PLKN disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kem PLKN Sri Perkasa di Seremban. - Mkini
Aku boleh bersetuju kalau Pendidikan Seks ni dijalankan di sekolah tapi nak dijadikan subjek untuk pelatih PLKN, aku langsung tak boleh bersetuju.

Kalau dijalankan disekolah, boleh jugak la diharap para ustaz dan ustazah tolong tengok-tengokkan cikgu yang ditugaskan ajar subjek ni.

Kalau ada yang tak berapa nak kena boleh jugak la para ustaz dan ustazah tolong tegur dan perbetulkan supaya tak menyimpang dari kehendak Islam terutama sekali untuk murid-murid yang Islam. Lagi pun, kalau diajar di sekolah, ibubapa boleh la jugak selidik dan tolong tengok-tengok sama anak-anak depa masa kat rumah.

Tapi kalau diajar di PLKN sapa yang kita nak harap tolong tengok-tengokkan. Nak harap komanden kem, aku langsung tak harap. Tambah-tambah pulak hampir semua kalau pun tak semua depa tu bermazhab Umno yang pemahaman depa berkenaan halal dan haram boleh dipertikaikan. Lagi la tak boleh diharap.

Dengan jauhnya pelatih tu dari pemerhatian ibubapa dan dalam masa yang sama cukup dekat dengan bahaya pengaruh rakan sebaya, aku takut lepas ni lagi banyak akan keluar video-video yang akan memalukan mak bapak.

Walaupun aku tak tuduh subjek PKRS tu nak menggalakkan seks bebas tapi aku khuatir dengan adanya subjek PKRS budak-budak pelatih tu akan banyak berbual pasai seks dan tak mustahil akan ada yang tak tahan atau berani nak buat eksperiment.

Aset Mubarak a.k.a Adik Najib Di Bank Swiss Dibekukan..

Setiap diktator mesti ada akaun di Swiss.. termasuk Mubarak ini. Najib?? Usah ceritalah. Dengar kata banyak juga jumlah akaun Najib di sana. Razak Baginda pun ada buka juga akaun di Bank terkenal dunia ini.
Aset Mubarak di Swiss Dibekukan!
Setiap diktator mesti ada akaun di Swiss.. termasuk Mubarak ini. Najib?? Usah ceritalah. Dengar kata banyak juga jumlah akaun Najib di sana. Razak Baginda pun ada buka juga akaun di Bank terkenal dunia ini.
Aset Mubarak di Swiss Dibekukan!
REPUBLIKA.CO.ID,ZURICH--Swiss telah membekukan aset yang kemungkinan dimiliki Hosni Mubarak setelah ia mengundurkan diri dari jabatan presiden Mesir pada Jumat, menurut kementerian luar negeri. "Saya dapat memastikan bahwa Swiss telah membekukan aset yang mungkin dimiliki mantan presiden Mesir yang segera berlaku," kata juru bicara Lars Knuchel segera setelah Mubarak "tunduk" pada massa yang melakukan aksi protes selama 18 hari.
Sebagai dampak terhadap langkah ini, segala asetnya dibekukan selama tiga tahun, katanya. Ia tidak menyebutkan berapa jumlah uang yang disita atau menyinggung keberadaan harta Mubarak itu. Semua aset yang dimiliki keluarga Mubarak juga akan dipantau sehingga mengurangi resiko dirampasnya uang negara, kata kementerian itu.
Mubarak yang telah berkuasa selama 30 tahun dan keluarganya akan dilarang menjual atau mengalihkan kepemilikan properti, terutama real estate. Dalam beberapa tahun kebelakang, Swiss telah bekerja keras untuk memperbaiki citranya sebagai surga bagi para penimbun aset haram.
Swiss juga telah membekukan aset yang dimiliki mantan presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali, yang digulingkan oleh aksi protes serupa bulan lalu, dan Laurent Gbagbo, yang menolak untuk mundur setelah kekalahan dalam pemilu yang diakui oleh seluruh dunia.

Rejim Yang Zalim Mesti Ditukar!

                                                 Leila Ben Ali (Bekas Wanita Pertama Tunisia)

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata 'Ali bin Abi Talib r.a:

"Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus". (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus

Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.



First Lady Tunisia - Leila Ben Ali

Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu 'First Lady Tunisia', dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap 'berlebihan' isteri dan keluarga.



Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong

Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Salah Sasaran

Malang sekali, ulama-ulama 'pro rejim' seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.

Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran 'salafi' sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid'ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)" (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi 'Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi 'Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: "Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga" (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

"Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Usia Muda...Zahir Tua


Gambar kanak-kanak sindrom Hutchinson Gilford Progeria

LONDON: Walaupun secara zahir, dia kelihatan amat tua, jiwa Ashanti Elliott-Smith kekal seperti usia sebenarnya yang baru tujuh tahun.

Itulah masalah dihadapi Ashanti yang mengalami penyakit sindrom Hutchinson Gilford Progeria menyebabkan dia tua lapan kali lebih cepat berbanding sepatutnya.

Masalah itu menjadikan Ashanti berusia 80 tahun pada 2012.

Hayat penghidap penyakit itu juga diramal berakhir ketika mencecah usia 13 tahun.

Ketika ini, jika dia bermain dengan rakan sekelas atau mendengar muzik kegemarannya, Ashanti terpaksa menghadapi pelbagai masalah orang tua, seperti artritis dan lemah jantung.

Namun, bagi ibunya, Phobe, 24, dia melayan Ashanti sama seperti kanak-kanak lain dan memastikan anaknya gembira seperti sepatutnya.

Selain Ashanti, Phobe turut membesarkan seorang lagi anaknya yang berusia empat tahun.

Kata Phobe, Ashanti adalah budak yang ceria dan mudah dilayan.

“Saya berbangga dengan Ashanti kerana tidak menjadikan penyakitnya sebagai halangan,” katanya.

Penyakit itu menjadikan Ashanti botak, manakala tangannya lemah untuk memegang sesuatu.

Ketinggiannya kini hanya kira-kira satu meter, dengan berat 12.7 kilogram - keadaan biasanya dialami budak berusia tiga tahun.

Apabila dia lahir pada Mei 2003, beratnya 2.3 kilogram dan kelihatan seperti bayi normal. Petanda awal Ashanti bermasalah dikesan Phobe apabila seluruh badannya menggigil. -

Friday, February 18, 2011

Sorok kasut curi bawah payudara


FLORIDA: Seorang wanita kini ditahan pihak berkuasa kelmarin dan dituduh mencuri selepas dikesan mengambil sepasang kasut dan menyembunyikan kasut terbabit di bawah payudaranya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita terbabit dibantu seorang lelaki dipercayai teman lelakinya mencuri beberapa barangan di sebuah pasar raya, lapor akhbar, kelmarin.

Lelaki berkenaan yang turut menghadapi tuduhan sama, mengambil barangan curi dan memberinya kepada wanita terbabit termasuk kasut manakala benda lain dimasukkan dalam beg tangannya.

Lelaki terbabit didapati mencuri barangan bernilai AS$17.99 (RM58) manakala pasangannya pula dilaporkan mengambil barang berharga AS$159.88 (RM511).

Pasangan pencuri itu ditahan di luar pasar raya berkenaan dan barangan curi itu dirampas selepas pemeriksaan dilakukan ke atas mereka.

Di PATTAYA, seorang lelaki ditangkap dalam satu lagi kes membabitkan perbuatan mencuri kasut.

Pengurus sebuah kedai kasut memberitahu polis, suspek mencuba sepasang kasut dan terus berlari keluar tetapi berjaya dikejar dan ditahan sebelum memaklumkannya kepada polis.

Anggota polis yang tiba mendapati suspek dikawal kakitangan kedai dan memulangkan barangan curi itu iaitu kasut jenama Puma bernilai 3,500 baht (RM359).

Suspek diberitahu, dia perlu membayar harga itu jika mahukan kasut berkenaan tetapi terus mendakwa tidak ada wang serta hanya mahu mencubanya ketika mencari kasut baru menjelang tahun baru 2011. – Agensi

Kecil-kecl tapi berisi..Ibu terkecil dunia hamil lagi





LOUISVILLE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.
Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75 meter.
Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan.
"Kami tidak pernah merancang untuk mendapat lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di dunia," katanya.

Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111 kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.
Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan dua anak perempuan bersaiz normal.
Wanita itu menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.

Lelaki miliki buah dada besar


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan Feng yang memiliki buah dada besar walaupun dia ialah lelaki.


BEIJING - Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.

Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.

"Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar," katanya.

Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya.

HEBOH !!! Ibu - Anak melekat bersetubuh




Kejadian ini sungguh terkutuk. Ibu dan Anak tewas dalam kondisi sedang bersetubuh. Kisahnya, persetubuhan antara Ibu yang berusia 30 tahun, dengan anak lelakinya berusia 15 tahun tak bisa dilepas. Keduanya tetap menempel seperti terkunci. Bahkan, pasangan ini sempat dilarikan ke sebuah rumah sakit di kota Gorontalo. “Namun malang, pasangan ini meninggal beberapa jam setibanya di rumah sakit,” kata seorang petugas rumah sakit tempat pasangan persetubuhan itu dirawat kepada wartawan Gorontalo Post.
 
Berita ini tentunya menjadi hal yang sangat ramai dibicarakan dari mulut ke mulut

Ibu dan Anaknya Lekat Saat Bersetubuh Hingga Tewas

Berita ini tentunya menjadi hal yang sangat ramai dibicarakan dari mulut ke mulut
Di Gorontalo, kasus ini menjadi aib besar. Baik keluarga maupun pihak rumah sakit sama-sama menutup diri, dan tidak mau dipublikasikan. Namun, dari penelusuran wartawan Gorontalo Post (Grup JPNN) yang dikutip ruanghati.com, ketika sampai dirumah sakit pasangan bersetubuh ini memang sudah dalam kondisi lemah. Tidak jelas, sudah berapa lama pasangan persetubuhan ini terkunci hingga tak bisa dilepaskan.
Beberapa sumber lain yang dekat dengan keluarga menyebutkan, sebenarnya pasangan ini sempat bertahan beberapa hari sebelum akhirnya diputuskan untuk membawanya ke rumah sakit dan akhirnya meninggal dunia. Di rumah sakit, tim medis memutuskan untuk mengoperasi untuk memisahkan keduanya.”Operasi terpaksa dilakukan karena kondisinya memang memaksanya begitu. Kondisinya sudah lemah, dan terus memburuk,” jelas petugas rumah sakit.
Sayangnya, informasi kapan dilaksanakannya operasi terhadap keduanya Gorontalo Post tak berhasil mendapatkan informasi yang pasti. “Kami kurang tahu kapan dilakukan operasi, hanya yang jelas sudah dioperasi,” ungkap sumber Gorontalo Post di lingkungan rumah sakit tersebut.”Kami dengar sudah meninggal dunia. Tapi kami tidak tahu bagaimana selanjutnya,” sambung sumber tersebut.
Lebih lanjut informasi yang diperoleh, sesaat setelah meninggal jasad ibu dan anak tersebut sempat disemayamkan ke kamar mayat. Tak lama berselang jasad keduanya dibawa pulang oleh pihak keluarga. Proses pengeluaran jasad itu pun tertutup rapat. Beberapa sumber mengatakan, jasad keduanya dibawa dengan mobil ambulance saat tengah malam. Sumber lainnya mengatakan, keduanya dibawa dengan menggunakan mobil pribadi.
Di sisi lain ada pula yang menyebutkan, setelah meninggal pasca operasi jasad ibu dan anak ini tak disemayamkan di kamar mayat. Melainkan, keduanya langsung dibawa pulang pihak keluarga melalui jalur khusus yang tak banyak orang ketahui.
Apakah memang ini semua tanda-tanda nyata akhir jaman semakin dekat, kiamat sudah diambang pintu kedatangan, Wallahu a’lam bish-shawabi semoga Tuhan senantiasa menuntun kita pada jalan yang lurus dan benar.

Tipu Suami kerana KEMARUK dengan Mat Bangla. Fuh, Hebat Penangan Mat Bangla!




Saya petik:

[HM] KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.

Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.

Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.

“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular...- Nor Husaini Nor Majid

* Gambar sekadar hiasan.
 P/s: Apa hebatnya "penangan" Mat Bangla ini? Kah kah kah! Bisa memutihkan anak matakah? Suami-suami veteran, perkasakan "kelakian" anda, sebelum isteri berbuat onar!

Wednesday, February 16, 2011

Nik Aziz: Kelantan sedia RM1.5 juta galak pasangan muda kahwin



KOTA BARU, 16 Feb — Kerajaan PAS Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.
Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.
Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan). 

Mahathir gesa Nik Aziz henti salah tafsir Islam kerana politik diri sendiri



KUALA LUMPUR, 16 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang “dalam”, tetapi menggesa Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
“Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.
Justeru kata bekas presiden Umno ini, “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”
Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
“Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
“Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat timbalan presiden Umno pada 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu,” katanya.
Dalam entri terbaru di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, percubaan Nik Aziz untuk memperingatkannya bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah dirinya tidak tahu akan agama Islam.
“Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, Nik Aziz yang Mursyidul Am PAS juga akan berdiri di hadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi.
“Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri,” kata bekas perdana menteri.
“Sehingga kita diadili di akhirat, kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa.
“Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz,” kata Dr. Mahathir sambil menambah, dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t.”
“Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman,” kata beliau lagi.
Dr. Mahathir juga berkata beliau tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundinya kononnya akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat.
“Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz,” kata Dr Mahathir.
Oleh itu jelas beliau, dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa atau menjamin balasan di akhirat kelak.
“Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang Umno sebagai jahiliah,” kata beliau dengan merujuk kepada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung bulan lalu.
Katanya, orang Umno adalah orang yang beragama Islam walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS.
“Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam.
“Umno tidak mendakwa bahawa hanya orang Umno yang Islam atau dengan mengundi Umno menjadi Islam dan akan ke syurga,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga berkatam oleh kerana orang Umno beragama Islam, maka perjuangan Umno ialah untuk bangsa, agama dan negara.
“Demikianlah pegangan Umno kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan Umno mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam.
“Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS,” katanya.
Sehubungan itu kata Dr Mahathir, asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme memandangkan penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis.
“Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam,” kata beliau lagi.
Beliau menambah, tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah.
Sambil bertanya apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup, Dr. Mahathir berkata, jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin beliau akan melihat perjuangan Umno untuk Islam secara yang terpampang di hadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli Umno berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam.
“Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas.
“Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz,” katanya lagi.
Malah Dr Mahathir terus mengkritik dengan berkata, sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.
“Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam.
“Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihan raya,” katanya lagi.

Terima kasih Lokman, ramai lagi la yang benci Rosmah



Tak berapa hari selepas Lokman Nor Adam merajuk dari PKR, saya menemani seorang aktivis PAS menemuinya. Dalam pertemuan itu dia mengadu kesusahan hidupnya. Dia juga mendebik Azmin Ali, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana "hidupan mewah". Mohamad Ezamlah yang paling teruk didebiknya. Sampai ke peringkat tuduhan penggelapan wang. Mengenai Dr Wan Azizah pula, dia mendakwa baju-baju yang dipakai oleh Presiden PKR itu "harga beribu-ribu".

Saya sebagai peneman aktivis PAS tersebut, mendengar sahaja. Kadang-kadang melopong. Nak kata betul saya tak ada maklumat. Nak kata tak betul pun tak ada maklumat. Biasanya, saya malas menjadi lawyer tak berbayar. Memang, kalau kawan-kawan dari Umno menghentam pemimpin pembangkang, biasanya saya diam ja. Saya tak nak jadi lawyer tak berbayar kepada mereka. Tetapi, time aku hentam pemimpin-pemimpin Umno BN, mula la depa buat tergeliat telinga. 'Asabiyyah parti kuat nak mampoih, tak kira orang parti mana pun.

Semalam, Lokman tibai lagi 'gaya hidup mewah' Dr Wan Azizah. Hari ni orang jawab dalam Malaysiakini, "Who is high maintenance - FLOM or Kak Wan?"

Saya juga selalu mendengar kisah gaya hidup mewah tahap melampau Datin Seri Rosmah Mansor (sila klik gambar di atas supaya lebih cantik). Saya dengar ja. Saya tak tahu. Datuk Mumtaz Jaafar mungkin lebih tahu. Tetapi, bila banyak sangat orang bercerita, saya tak berani nak menolak cerita-cerita itu.

Malah, orang-orang veteran dalam Umno yang mengecam cara Rosmah berbelanja siap bercerita pesanan ayah Datuk Seri Najib, Tun Abdul Razak Hussein kepada isterinya, Tun Rahah Mohd Noah supaya berbelanja mengikut peruntukan. Abdul Razak tak nak malu kepada pegawai-pegawai jika isterinya berbelanja berlebihan, kata mereka. Mereka juga memberitahu, Rahah setia kepada pesanan suaminya dan tak pernah berlebihan.

Bagi saya, Rosmah seorang yang unik. Bukan senang nak jumpa seseorang yang dibenci oleh hampir semua orang - dari veteran Umno, orang Umno sampailah kepada budak-budak. Saya melihat sendiri budak yang berpaling dari TV dan minta TV ditutup apabila keluar muka Rosmah. "Kami tak ajar," kata ayahnya.

Apa pun, terima kasih Lokman kerana membuka peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mengenali dan membenci Rosmah.
 
PB.

SMS, tweets spekulasi rombakan kabinet tersebar


Spekulasi mengenai pengumuman rombakan kabinet tersebar secara meluas melalui tweets dan SMS hari ini.

Bernama menerima banyak pertanyaan selepas khabar angin mengenainya mula tersebar melalui tweets dan SMS.

Malah, portal berita mStar Online melaporkan bahawa dua timbalan menteri akan dilantik sebagai menteri penuh, manakala presiden sebuah parti, juga akan turut dilantik sebagai menteri.

Portal itu menyebut bahawa kenyataan berhubung rombakan kabinet itu dijangka dikeluarkan.

Sebuah krew TV telah berkampung di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menunggu pengumuman tersebut.

Seorang pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika dihubungi kira-kira jam 6 petang tadi, berkata bosnya tidak membayangkan apa-apa mengenai rombakan kabinet selepas mengadakan wawancara dengan sebuah organisasi berita Turki lewat petang ini.

Dan seorang menteri kabinet MCA, ketika dihubungi, berkata perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet hari ini.
Sementara itu, malam ini, mStar menyiarkan sebuah lagi berita bahawa rombakan kabinet yang disebut-sebut akan berlaku petang ini, nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Menurutnya, sehingga lewat petang ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pihak.

Pada tengah hari tadi, mStar Online melaporkan terdapat desas-desus yang mengatakan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan pada lewat petang Rabu.

Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

'Rekrut pelampau Wahabi, andaian tak baik'


Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, dakwaan segelintir pihak kononnya Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Shah Alam merekrut pelampau-pelampau Wahabi adalah satu andaian yang tidak baik.

Beliau berkata Mediu yang beroperasi di Plaza Masalam di Shah Alam bukan sahaja menawarkan pengajian agama tetapi dalam bidang lain seperti bahasa, teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan, sains kewangan, pengurusan serta kejuruteraan.

abdullah ahmad badawi at bn meeting with najib"Jangan terlalu cepat membuat andaian akhirnya merugikan kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat kampus Mediu hari ini ketika diminta mengulas dakwaan penulis blog tertentu kononnya universiti itu merekrut pelampau Wahabi.

Abdullah berkata beliau amat gembira dengan perkembangan Mediu yang kini mempunyai 3,000 pelajar daripada 90 bangsa di seluruh dunia sejak ia beroperasi pada tahun 2007 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Rektor Mediu, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi berkata pula, berkata Mediu turut menarik pelajar-pelajar dari luar Malaysia untuk mengikuti pengajian secara online sepenuhnya.

Mediu mempunyai pejabat dan pusat pembelajarannya di Madinah, Kaherah, Kuwait, London, Yogyakarta, Makassar, Bangkok, Singapura dan Maghribi.

Monday, February 14, 2011

Dua jerung besar dalam UMNO



Bahang pilihanraya umum (PRU13) tidak dapat disangkar lagi. Presiden UMNO Malaysia merangkap PM Malaysia DS Najib Rosmah (gelaran baru bagi Najib Razak ) serta pengerusi kerajaan Bini Najib atau barisan nasional akan diadakan secepat mungkin.

Dalam UMNO sekarang ada dua geng atau dua ekor jerung besar dalam UMNO. 

Satu geng jerung besar atau kumpulan TS Muhyiddin Yasin bersama dengan "orangnya"

Geng jerung besar kedua geng atau kumpulan "orang Najib bersama sepupunya". 

Untuk rekod Najib telah tangguh pemilihan atau persidangan UMNO selama 18 bulan. Penganalisa politik dan veteran UMNO meramalkan jika ada pemilihan UMNO, kumpulan geng atau jerung Najib akan ditentang hebat jerung atau geng Muhyidin Yassin.

Najib dan gengnya cekap membaca lanskap politik dalam UMNO. Ini satu kehebatan langkah Najib bersama spupunya DS Hishamudin. Jika ada pemilihan umno memang akan berlaku pertembungan sengit dalam semua jawatan tertinggi dalam UMNO.

DS Najib sebagai PM, pengerusi UMNO dan pengerusi Barisan nasional bertindak bijak dan selangkah kehadapan. *****uhnya:-

1- Menanggug pemilihan UMNO.

2- Bersemuka dengan semua ahli parlimen UMNO dan barisan nasional

3- Bersemuka dengan semua semua wakil barisan nasional

4- bersemuka dengan semua ketua bahagian UMNO  

Tujuan untuk mendapat maklumat politik serta pendirian masing masing. Hanya kemajuan kawasan masing masing hanya tempelan sahaja. Orang yang bersama Najib ketika sesi bertemu muka adalah "pegawai perisik" Najib.

Jelas reputasi Najib Razak atau Najib Rosmah tercalar yang amat parah. Orang yang mencalar Najib Razak ialah isterinya sendiri. Hampir 95 % pegawai di JPM dan pegawai kanan kerajaan cukup meluat dengan Rosmah Mansor atau RM.

Begitu juga dengan ahli parlimen BN/UMNO dan menteri serta timbalan menteri juga loya dan meluat peranan Rosmah bini Najib bagaikan seorang menteri kabinet.

Walau bagaimana pun Najib Razak cepat bertindak dan cukup pintar menutup kelemahan yang dihadapi terutama berkaitan dengan Rosmah. Atau mungkin Najib terperangkap diantara duabelah peha. 

Jelas kerajaan Barisan Nasional dibawah ketiak Najib Razak rakyat menderita dan cukup merana kenaikan barang runcit di pasaran. Kerajaan Barisan Nasional tidak dapat bertindak dan gagal bertindak.

Pemimpin BN/UMNO dan kroninya penting politik perut masing masing dan kumpul harta dan wang. Rakyat biasa dibiarkan merana. BN kejam dan jahat. "

Persiap wanita muda tolak kerajaan tindas rakyat


Solidariti Wanita Muda Malaysia sedang mendepani cabaran mempersiapkan minda generasi muda untuk menolak kerajaan zalim yang menindas rakyat seperti yang berlaku di Mesir.
Ahli jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, generasi muda khususnya wanita harus menyedari isyarat kebangkitan baru ini dan tidak teragak-agak untuk membuat perubahan ke arah kerajaan yang lebih baik di negara ini.
"Bagi kami Solidariti Wanita Muda Malaysia, apa yang menjadi tanggungjawab kita adalah bagaimana nak mempersiapkan minda khususnya pejuang wanita muda di Malaysia dalam pelbagai ideologi politik masing-masing untuk akhirnya bersiap ke arah kebangkitan ini untuk satu kepentingan iaitu kepentingan rakyat dan keadilan," katanya ketika ditemui ditemui selepas penyerahan nota tahniah kepada rakyat Mesir di Kedutaan Mesir hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pejuang wanita dalam gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Zainab Al-Ghazali pernah menyebut bahawa kebangkitan baru akan muncul selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1921.
Ikhwanul Muslimin bangkit selepas kejatuhan itu dan semangat perjuangannya tersebar sehingga ke rantau Asia.
Kini ujarnya, kebangkitan itu telah terbukti di Mesir dan diyakini akan menular ke seluruh dunia khususnya negara yag mepunyai pemerintah diktator.
"Sepatutnya anggota gerakan Islam dan pejuang Islam mesti ambil perhatian bahawa signal kebangkitan baru yang disebutkan Zainab Al Ghazali muncul kembali di Mesir. dan seluruh dunia mesti faham signal kebangkitan itu.
"Kita percaya mudah-mudahan semangat yang berlaku di Mesir hari ini juga akan tersebar dan juga akan sampai ke Malaysia.
Beliau berkata, kerajaan BN di Malaysia sudah menunjukkan sikap yang sama dengan rejim Hosni Mubarak dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.
"Kita percaya kebobrorokan yang dilakukan BN sudah melampaui batas dan seperti di Mesir ia berlaku akibat kebangkitan rakyat yang bencikan kezaliman," katanya.
Oleh sebab itu katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut dengan kebangkitan rakyat Mesir dan cuba menggambarkan ianya sebagai satu bentuk kejahatan dan keganasan rakyat.
"Sebab itu kita tengok (Datuk Seri) Najib sangat takut dengan kebangkitan rakyat di mesir sehingga mahu memberi justifikasi songsang tehadap kebangkitan rakyat dengan kononnya berlaku rusuhan dan ketidakamanan.
"Tujuannya untuk menampakkan kebangkitan itu jahat. Sebab beliau tahu bila perubahan berlaku di  Tunisia, berlaku di Mesir tidak mustahil akan berlaku di malaysia," katanya.

Wednesday, February 2, 2011

LAMAN WEB Pelajar kita di Mesir untuk dilayari...



Layari web di bawah untuk mengetahui serba sedikit perkembangan pelajar kita di negara Firaun itu. Kebanyakan pelajar mengambil inisiatif sendiri untuk keluar dari Mesir supaya tidak terperangkap dengan situasi yang berbahaya sekarang ini. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA

Ka
mi adalah jawatankuasa perhubungan sementara pelajar Mesir dengan Malaysia, berkhidmat secara sukarela untuk:
1. Memberi maklumat terus (direct) kepada rakyat Malaysia berkenaan keadaan rakyat dan pelajar kita di Mesir.
2. Menjadi jambatan (bridge) dalam perhubungan antara rakyat kita di sana dengan tanah air.
3. Membantu pihak kerajaan terutamanya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam mengumpulkan maklumat pelajar Mesir yang telah selamat sampai di Malaysia.
4. Kemaskini tentang maklumat pengajian di universiti dan keadaan keseluruhan di Mesir.

Ketua : Azizi Al Fahri (013-5010365)
Timbalan : Nurul Nadia Md Zin (017-3193923)
Setiausaha: Azhar Hamzah (0197461059),
Aina Sakinah (016-6947899),
Akmal Aziz (019-3521003)

5 Pesawat Hercules dihantar ke Mesir

Pesawat C-130 Hercules TNI

Satu tindakan segera yang dilakukan pihak kerajaan Indonesia untuk menyelamatkan rakyatnya dari negara Firaun Mesir...

Saya petik:

MALANG - Tentara Nasional Indonesia akan mengirim lima pesawat Hercules ke Mesir untuk mengevakuasi warga negara Indonesia. Tiga pesawat dari Jakarta dan dua unit dari Malang.

Tiga pesawat Hercules dari Skadron Udara 31 Wing I Lanud Halim Perdanakusuma, Jakarta. Sementara dua unit dari Skadron Udara 32 Wing II Lanud Abdulrachman Saleh, Malang, Jawa Timur.

Wakil Asisten Kepala Staf TNI Angkatan Udara Bidang Operasional Marsekal Pertama FHB Bambang Soelistyo, Selasa (1/2/2011), mengatakan, dua pesawat Hercules dari Malang, yaitu Hercules A-1305 dan Hercules A-1316, telah diberangkatkan ke Lanud Halim Perdanakusuma.

"Kedua pesawat tersebut hari ini diberangkatkan ke Halim untuk bergabung dengan tiga pesawat Hercules lain. Masing-masing berangkat pukul 08.11 dan pukul 09.18," katanya.

Pesawat Hercules A-1305 dipiloti Komandan Skadron 32 Letnan Kolonel (Pnb) Wayan Suparman dengan kopilot Kapten (Pnb) Ari Sutiono. Sementara Hercules A-1316 dipiloti Mayor (Pnb) Hermawan. Bambang menjelaskan, selain menyiapkan lima pesawat yang akan diberangkatkan ke Mesir, TNI AU juga menyiapkan personel Paskhas.

"Personel Paskhas tersebut terdiri atas Detasemen Bravo 90 dan Paskhas yang sudah berpengalaman dalam UN Mission," katanya.

Menurut dia, pasukan itu terbagi dalam tiga kelompok yang mempunyai tugas tersendiri. Kelompok 15 bertugas sebagai komando pengendali, kelompok 42 sebagai tim inti dalam evakuasi, dan kelompok 45 sebagai ground handling.

"Tugas itu adalah bagian dari operasi militer selain perang yang merupakan tugas negara dan harus dijalankan demi menjaga nama baik TNI AU dan NKRI dengan menjaga penampilan, bertindak tegas, dan santun," ujar Bambang.

Pasukan tim evakuasi TNI AU dipimpin Komandan Tim Kolonel Psk Rolland DG Waha dan Komandan Detasemen Bravo '90 Letkol Psk M Juanda.

Dalam upaya mengevakuasi WNI di Mesir, Presiden menunjuk Wakil KSAU Marsekal Madya Sukirno sebagai Post-Commander Satuan Tugas Evakuasi WNI dan telah berangkat menuju Mesir, Senin malam.

Turut mendampingi Wakil KSAU adalah Mayor Jenderal (Mar) Affan Gafar (Dan Kormar), Marsma TNI Sudipo Handoyo (Danpuspomau), Kolonel (Pnb) Yuyu Sutisna (Asops Kohanudnas), dan Letkol Inf Almukolis Suryo, sebagai tim pendahulu.

Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.
Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.
Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.
Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.
“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.
“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.
Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.
Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.
Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan.
“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi.

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.
Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).
Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?
Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.
Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.
Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.
 Sekian, wasalam.

 Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.