Wednesday, April 9, 2014

SAMM desak kerajaan umum tangguh GST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kerajaan untuk segera mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Penyelaras Kebangsaan Sekretariat GST SAMM, Mohd Faizal Ab Rahman, berkata jika kerajaan enggan menangguhkan pelaksanaan tersebut, kerajaan bakal berdepan dengan gelombang rakyat pada 1 Mei ini.

"Sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua untuk kerajaan mengumumkan penangguhan GST atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu deminstrasi gergasi," kata beliau dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di bangunan parlimen, petang ini.

Tegas Faizal, kesabaran rakyat kini amat nipis, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati, malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa.

Berpendapat bahawa SAMM tidak menolak pelaksanaan GST, Faizal bagaimanapun menegaskan SAMM sebulat suara bersetuju bahawa Malaysia belum bersedia ke arah pelaksanaan GST atas beberapa faktor.

"Antaranya ketirisan melampau dalam pentadbiran negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu yang boleh dirujuk melalui laporan audit setiap tahun.

"Begitu juga dengan pelaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat di kala ketidaktentuan harga barangan dan kos sara hidup yang semakin membebankan," kata beliau lagi.

Justeru, Faizal menjelaskan rakyat tidak mempunyai pilihan untuk meluahkan rasa tidak puas hati, lebih-lebih lagi apabila Dewan Rakyat telah meluluskan pelaksanaan GST yang mendapat sokongan ahli parlimen Barisan Nasional, semalam.

Sebelum itu, SAMM bertindak menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat berkaitan isu GST.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Saari; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

Parti Bogel : Dah Kantoiii baru ambil tindakan.. Bukti DBKL Tak Buat Kerja.?

Pusat hiburan berkenaan sebenarnya sudah menganjurkan parti seumpamanya hampir setiap minggu sejak setahun lalu.
Kuala Lumpur: Hadiah satu tong arak dan baucar mencacah tatu. Itulah yang ditawarkan penganjur parti bogel untuk pemenang pertandingan tarian lucah dijadualkan Jumaat ini di pusat hiburan terkenal di Jalan Ampang, di sini dan lebih teruk iklan berkenaan disebarkan terang-terangan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan.

Iklan memaparkan wanita berpakaian bikini dengan aksi mengghairahkan di samping lukisan perempuan menutup buah dada di sudut atas iklan itu mula tersebar di laman sosial sejak semalam.

Berlatar belakang warna matahari terbit, parti diberi nama ‘Topless Friday Beach Party’ itu, mengandungi tawaran melampau untuk menarik pengunjung termasuk digalakkan berbogel, kod pakaian iaitu berbikini (perempuan) atau boxer (lelaki) sambil memberikan peringatan lebih menjolok mata lebih digalakkan, jika berpakaian dikenakan caj RM35, minuman arak percuma untuk wanita manakala bagi pemenang tarian lucah menerima hadiah satu tong arak dan baucer mencacah tatu.

Parti dianjurkan di pusat hiburan berhampiran Kampung Berembang di sini, yang jelas tidak bermoral dan dijadualkan bermula jam 8 malam hingga kemuncaknya jam 12 tengah malam itu juga akan dimeriahkan beberapa deejay ternama di ibu kota.
ANGGOTA penguat kuasa DBKL menurunkan iklan parti liar di Jalan Ampang.

Menurut seorang pekerja enggan dikenali berusia 40-an, pusat hiburan terbabit sebenarnya sudah menganjurkan parti seumpamanya hampir setiap minggu sejak setahun lalu. - HM

Isu Parti Bogel - Bukti DBKL Tak Buat Kerja.
DBKL ingat orang nak puji dia le tue kalau dia dok cerita kat media apa tindakan yang dia buat untuk menghalang penganjuran parti bogel tue.

Silap la lue DBKL.

Aku haram takde rasa nak memuji tindakan siput ko tue.

Kata DBKL ;

Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti ‘Topless Friday Beach Party' akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, di sini pada 11 April (Jumaat).

Demikian dinyatakan Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Menurut kenyataan itu, semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak DBKL.

“Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada DBKL.

Justeru, DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.
HD

Yang bermaksud ;

1. Hanya akan tutup selama 7 hari jer.

2. Kemudian mereka masih diberikan peluang untuk buat perniagaan yang sama apabila DBKL hanya minta surat tunjuk sebab bukannya DBKL membatalkan terus lesen mereka2 pun.

Ingat orang BODOH sangat ke? Bila dah kena macam neh, lainkali mereka akan buat promosi tertutup pula. Bukan susah sangat pun.

Dan lagi satu, bila orang komplen baru la melalak2 nak siasat, pantau dan ambil tindakan sebagainya. Tapi sebelum neh?

Alasan paling klise nak mampos yang depa akan bagi ialah, benda dah kecoh kat media sosial, memang la mereka akan ambil tindakan. Sebelum neh tatau sebab tak diwar2kan pun. Actually, yang sebenarnya buat kerja sebab benda tue dah dikecohkan di media sosial. Kalau tak dikecoh2kan?

Ingat bodoh sangat ke penganjur parti bogel tue? Depa takan bodoh2 nak buat promosi besar-besaran kalau takde pengalaman melakukan event yang sama dengan cara promosi yang sama. Takan nak rugi pula kan?

Benda2 macam neh DBKL patut boleh pantau sendiri sebab korang yang bagi lesen hiburan kan? Jadi pantau la cara mereka beroperasi. Dan lagi satu, hakikatnya rakyat yang kecoh2kan di media sosial sebab takde saluran nak kemukakan aduan dan dimana aduan2 tersebut akan diperhalusi dan diambil tindakan segera.

Kerajaan kata tiada keperluan keluar fatwa GST

Kerajaan memaklumkan bahawa tiada keperluan bagi Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan pandangan hukum berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Setakat ini tidak ada sebarang fatwa mengenai GST kerana tidak ada keperluan pandangan hukum mengenainya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu jawapan bertulis.

Ianya sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dewan Rakyat.

Ustaz Hadi dalam soalannya mahu perdana menteri menyatakan apakah ada apa-apa ketetapan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pelaksanaan GST oleh kerajaan pada tahun 2015.

GST menjadi pertikaian kerana perlaksanaan cukai itu nanti turut dikenakan kepada rakyat miskin yang bercanggah dengan perinsip percukaian dalam Islam.

Percukaian dalam Islam meletakkan bahawa cukai hanya boleh dikutip daripada orang kaya untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Februari lalu, PAS Wilayah Persekutuan melalui Seminar Audit Negara, Ekonomi dan Pecukaian Menurut Sisi Pandang Islam, membuat reaolusi agar kerajaan mengeluarkan pandangan berhubung status GST menurut pandangan syarak.

Mereka berpandangan bahawa, isu cukai khususnya GST dan isu ekonomi yang lain ketika ini wajar diberi pencerahan dari sudut syarak.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pungundian itu menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

Keputusan itu disambut bantahan ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan berdiri sambil mempamerkan plakad bantah dan tolak GST.

Cukai GST ini dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan.

RM 45juta Naik Taraf Lapangan Terbang Ipoh.. tapi kapalterbang tak turun


Gambar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada tahun 2005 Jemaah Haji menaiki Penerbangan Malaysia Boeing 737-400.. kini cuma tinggal FireFly pesawat kipas turbo mendarat.
Kerja menaik taraf bernilai RM45 juta bagi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah digagalkan oleh jalan berlubang di landasan lanjutan, menghalang pesawat seperti seperti Airbus A320 dan Boeing 737-400 mendarat di ibu kota Perak.

Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72.

“Kontraktor, arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan dan memanjangkan landasan akan dipanggil,” kata Nga kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana merupakan salah seorang anggota PAC yang menyiasat kes tersebut.

Lapangan terbang itu sebelum ini digunakan untuk menampung penerbangan setiap pagi di antara bandar perlombongan bijih timah itu dan Subang bagi mereka yang mengambil penerbangan sambungan terutamanya ke Hong Kong.

Akan tetapi Lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses antara Ipoh dan bandar-bandar lain dan menyebabkan penerbangan ke ibu negeri Perak itu berkurangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, lapangan terbang diubahsuai bagi membawa masuk pelancong asing kerana Perak mempunyai potensi untuk memajukan lagi sektor pelancongan.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider terdapat sembilan jalan berlubang di landasan lanjutan sehingga memaksa DCA mengisytiharkan pada Disember lalu pendaratan dan perlepasan tidak selamat di landasan tersebut.

Sumber memberitahu, PAC sedang melihat apakah terdapat elemen rasuah dan apakah prosedur diikuti dalam kerja menaik taraf itu.

"Apakah ada ujian tanah dijalankan kerana jalan berlubang adalah kejadian yang biasa berlaku di Ipoh," kata sumber itu.

Kerja menaik taraf bangunan terminal termasuk pembinaan sebuah bumbung baru dan permukaan hadapan bangunan, manakala dewan ketibaan dan perlepasan diperbesarkan dengan kemudahan berhawa dingin sepenuhnya untuk meningkatkan tahap keselesaan penumpang.

Selain itu, apron diperluaskan untuk menampung tiga pesawat pada masa yang sama.

Sementara itu, Nga berkata cita-cita Zambry untuk membangunkan Perak hanya akan menjadi angan-angan tanpa lapangan terbang beroperasi secara optimum.

"Pembangunan di negeri ini akan terbantut jika infrastruktur seperti komunikasi tidak diperbaiki,” katanya.

Nga yang juga ahli Parlimen Taiping mengatakan ini sebagai respons kepada jangkaan Zambry akan terdapat 1.4 juta pelancong ke Perak pada tahun pertama selepas Million Movie Animation Park Studios (MAPS) beroperasi pada 2016.

Nga mengatakan jangkaan Zambry adalah fiksyen dan tidak realistik kerana Perak tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa.

Perak Corporation Berhad mengumumkan minggu lepas pembinaan MAPS bernilai RM300 di Meru, Ipoh yang dijangka siap pada Disember tahun depan.

Beliau berkata lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari MAPS adalah di Pulau Pinang, iaitu kira-kira 150km dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang sejauh 250km dari situ.

"Bagaimana MAPS mampu menarik pelancong asing apabila tiada Lapangan Terbang di Ipoh," soal Nga.

Nga berkata statistik Kementerian Pelancongan mendedahkan Malaysia menerima 102.2 juta pelancong asing di antara 2008-2013 tetapi hanya 2.4 juta atau lebih kurang 2% melawat Perak.

"Purata kira-kira 400,000 pengunjung setahun antara 2008 dan tahun lepas," katanya sambil menambah adalah tidak realistik bagi Zambry untuk mempercayai jumlah pelancong asing akan bertambah tiga atau empat kali ganda secara ajaib dengan siapnya MAPS tanpa lapangan terbang antarabangsa.

Beliau berkata, perniagaan taman tema adalah industri yang sangat berdaya saing dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembukaan Legoland di Johor Baru dan Universal Studio di Singapura.

Nga mengatakan Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya akan dibuka di Thailand pada Julai dan Twentieth Century Fox Theme Park di Genting dijangka dibuka pada 2016.

Legoland juga boleh mendapat manfaat daripada pelancong asing ke Universal Studio Singapura kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran Singapura.

Universal Studio Singapura merekodkan dua juta pelancong selepas sembilan bulan dibuka.

Pada masa sama, Twentieth Century Fox Theme Park melabur RM910 juta untuk menaik taraf taman tema sedia ada bagi menarik pelancong antarabangsa.

Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya walaupun agak kecil dengan pelaburan RM100 juta juga mempunyai kelebihan kerana terletak di sebelah pantai terkenal di peringkat antarabangsa.

Ia terletak hanya 15 minit memandu dari selatan Pattaya dan dilengkapkan pantai yang indah, berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke Pattaya.

"Apakah kelebihan kompetitif MAPS sebagai taman tema bernilai RM300 juta dibina di bandar tanpa lapangan terbang antarabangsa?

Beliau menggesa Zambry melancarkan satu pelan induk pelancongan Ipoh serta merta yang meliputi pengangkutan, infrastruktur, makanan, dan penginapan untuk melengkapkan dan menarik lebih ramai pelancong ke MAPS.

PELIK KALAU DAP SOKONG HUDUD, HAIRAN UMNO TOLAK HUDUD

Kita sudah tentu berasa pelik jika DAP sebuah parti yang dipimpin oleh orang bukan Islam menyokong pelaksanaan hudud. Ini kerana mereka tidak faham akan kehebatan dan keadilan hudud. Sebab itu mereka terus menentang hudud. Pemimpin DAP yang paling lantang menentang hudud ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Karpal Singh. 

Namun begitu apa yang lebih menghairan dan memelikkan kita ialah keengganan pimpinan Umno tertinggi Umno menyokong dan membantu ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan yang mana undang-undang hudud telah diluluskan di Kelantan sejak era 90-an lagi. Walaupun pemimpin-pemimpin bawahan khususnya dari Kelantan menyatakan kesediaan mereka menyokong pelaksanaan hudud namun pemimpin tertinggi terus berdiam diri malah mereka tidak menarik balik kenyataan-kenyataan mereka yang menghina hudud tidak berapa lama dulu. Malah mantan pimpinan yang mereka puja juga masih kekal menentang pelaksanaan hudud tidak pernah menarik balik semua kenyataan yang jelas menghina Islam, hudud dan Rasulullah S.A.W.

Hari ini media menyiarkan kenyataan Karpal yang menentang pelaksanaan hudud. Ianya sedikitpun tidak menghairankan kita semua. Namun kita hairan jika Ahli Parlimen Umno dan BN yang beragama Islam tidak menyokongnya jika nanti ia dibentangkan di Parlimen.

Media hari ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen DAP tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri itu melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.

Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini dari pada Parlimen.

"38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha Pas ini atas dasar kepentingan negara.

"Saya telah berkata berkali-kali, dan saya ulangi, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini," katanya.

Beliau berkata, dalam isu ini Umno dan Pas seperti mahu mencari sokongan politik bagi merealisasikan hudud.

"Ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan Pas akan mendapatkan sokongan Parlimen untuk merealisasi hudud di negeri tersebut.

"Ia disokong oleh kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan Ahli Parlimen Umno dari Kelantan menyokong usaha itu," katanya.

Katanya, walaupun Parlimen meluluskan hudud sebagai undang-undang jenayah yang terpakai bagi seluruh negara atau negeri yang seperti Kelantan, ia bermakna Parlimen telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan.

"Jika ini berlaku, bermakna undang-undang akan memusnahkan salah satu struktur asas perlembagaan," katanya.

Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 - Apa punya gila Dr. Hatta ni...

Click Here
 
Aku pun heran apa punya gila Dr. Hatta Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ni pun sanggup lokoih tengah hujan untuk sama-sama memperjuangkan nasib penoreh getah pada Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 pada Sabtu lepas.

Harakahdaily melaporkan:
Kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata kerajaan melalui kementerian itu telah mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai satu pendekatan membantu pekebun kecil. - Hrkh.   

Tak kisah la menteri nak mengaku atau tidak penetapan harga lantai getah tu atas sebab tekanan termasuk Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 pada Sabtu lepas. Yang pentingnya nasib penoreh getah akan lebih terbela selepas ni.

Memang patut pun kalau kerajaan takut kalau betul-betul tengok sambutan himpunan tu pasainya walaupun dengan tahap promosi yang pada aku tak tara mana terutama sekali di dalam Parlimen sendiri ditambah pulak dengan hujan lebat pada petang tu, kehadiran pada program sebelah malam sangat mengejutkan.

Harakahdaily melaporkan:
Pihak penganjur menganggar 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 50,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda, dekat sini, bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat. - Hrkh.
Masa petang tu pun ramai yang tak berganjak dari tengah padang walaupun hujan yang turun memang cukup lebat dan ditambah pulak dengan angin kencang macam gambar kat atas tu.

Tapi yang aku nak salutenya hangpa tengok gambar kat bawah ni, kut-kut hangpa kenai sapa antara yang melekat kat tengah hujan lebat tu.


Aku pun heran apa punya gila Dr. Hatta Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ni pun sanggup lokoih tengah hujan untuk sama-sama memperjuangkan nasib penoreh getah pada Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 pada Sabtu lepas.

Gila ka tak gila tapi itulah realiti tahap antara pimpinan PAS yang sanggup bersama-sama memperjuangkan hak rakyat terutama sekali golongan marhaen.

Apa pun, yang aku terkilan sikit, pasai apa dari Deminstrasi Baling 2.0 tiba-tiba boleh ubah jadi Himpunan Derita Rakyat dan lagi pelik cuma sekadar program ceramah di Kupang pulak tu.

Aku yakin kalau Demonstrasi Baling 2.0 tu dibuat di tengah pekan Baling kesannya akan jadi lebih hebat lagi dan aku yakin lebih ramai yang akan tau pasai cerita pasai Himpunan Baling 2.0 tu.

Tapi nak buat macamana, khabar angin yang aku dengar, kepimpinan PAS Kawasan Baling sebagai tuan rumah lebih selesa buat program tu 'dengan kerjasama' pihak polis yang katanya bagi permit untuk himpunan ceramah tu.

Berkaitan


Sumber: Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 - Apa punya gila Dr. Hatta ni... | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/04/himpunan-derita-rakyat-demonstrasi-baling-2.0.html#ixzz2yPzMM7qD
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook

Guinness World Records...Doktor Termuda DiDunia Seorang Muslimah


Perdana Menteri Ismail Haniyeh sangat menghormati Eqbal Asa'd. Siapa Asa'd? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.

Haniyeh menegaskan Asa'd berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.

Guinness World Records menetapkan Asa'd sebagai doktor termuda di dunia.

Asa'd adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun. Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.

Sejak kecil, Asa'd adalah seorang anak genius.

"Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun, "tulis Mi'raj News Agency.

Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas baruny , "tulis Mi'raj . Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa'd adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar .

Asa'd bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.

S’gor tubuh pasukan pakar kaji persempadanan p’raya

Satu jawatankuasa yang terdiri daripada pasukan pakar ditubuhkan bagi mengkaji usaha persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan terbabit juga akan memberikan nasihat kepada unit ekonomi sebagai sekretariat bagi menentukan perkara yang perlu dalam pilihan raya akan datang seterusnya menyelaras kehendak demokrasi negara.
Katanya, cadangan mengikut piawaian antarabangsa satu rakyat satu undi satu nilai juga diperbincangkan namun sebarang keputusan muktamad masih belum dibuat oleh kerajaan negeri.
“Adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan persempadanan ini mahupun Parlimen.
“Tiap-tiap 10 tahun proses ini dijalankan, namun kerajaan negeri pada September 2013 memutuskan supaya memahami dan mengkaji isu ini dilakukan.
“Ia dilakukan ekoran kerana jumlah penduduk meningkat tinggi oleh itu ada usaha untuk menyelaras perkara ini,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian semasa menjawab soalan persiapan atau cadangan Selangor dalam proses persempadanan semula kawasan Dun sekiranya SPR mengemukakan cadangan persempadanan oleh dari Haniza Talha (PKR-Taman Medan).
Abdul Khalid berkata jawatankuasa terbabit terdiri dari badan bebas dari kongkongan kerajaan supaya dapat melihat dari semua perspektif.
“Perkara ini bukan dibincangkan oleh negeri sahaja tetapi dibincangkan untuk seluruh negara, jawatankuasa akan terus lakukan kerja mereka.
“Sekiranya ahli dewan undangan negeri bercadang untuk melibatkan diri dalam perbincangan saya tiada halangan,” katanya.

Adakah Mahathir berbohong di Parlimen?

    
Tun Musa memberitahu saya sendiri hal ini di pejabatnya tidak lama selepas kejadian itu. Dan ia disebutkan pula oleh Tun Musa di Kelantan baru-baru ini.
   
Apakah selepas dua hari atau tiga hari baru dia ke sana, adalah ketepatan yang  tidak penting, yang pentingnya dia belum lagi berlepas.
   
Sekarang timbul soal Perdana Menteri itu berbohong. Apabila dia belum berlepas dikatakannya dia sudah berada di sana, dia sudah bercakap tidak betul. Bercakanp tidak betul, ertinya dia berbohong.
   
Cuma yang hendak dipastikan sekarang ialah adakah dia berbohong di Parlimen atau di luar Parlimen atau kedua-dua sekali di Parlimen dan di luar Parlimen. Di mana jua dia bercakap, tetap dia berbohong.
   
Tetapi ada kesan moral yang lebih buruk kalau dia berbohong di Parlimen. Sekadar berbohong di luar Parlimen dikira berdoa kepada agama Islam. Pada yang bukan Islam dosa itu tidak dihiraukan  sangat. Dosa yang lebih besar pun mereka  tidak kira.
  
Tetapi berbohong di Parlimen dikira salah oleh semua. Parlimen diterima oleh semua yang bermoral dan bertamadun sebagai Dewan yang mulia yang  anggotanya tidak boleh berbohong. Amat marah masing-masing kalau Parlimen dicemari.
   
Rakyat Britain seluruhnya amat marah kepada John Profumo, Menteri Perang pada zaman Harold MacMilan menjadi Perdana  Menteri. Pada  zamannyalah kemerdekaan Tanah Melayu dicapai.
   
John Profumo terlibat dengan skandal zina dalam isu Christine Keeler yang melibatkan sama diplomat Soviet Union. Skandel itu amat sensitif kepada Britain  kerana  ia melibat keselamatannya. Apakah melalui asmara  tiga segi itu rahsia dibocorkan kepada Soviet?
   
Profumo menafikannya di Parlimen. Akhirnya setelah perkara itu terus dikorek publik, John Profumo mengaku hubungannya dengan nona itu. Riuh rendah negara. Dia didesak meletakkan jawatan dan dia meletakkan jawatan. Menteri Perang adalah jawatan boleh menggantikan Perdana Menteri.
   
Wartawan kanan Britain yang menjadi tok guru saya dan berpuluh lagi pelatih wartawan Malaysia tahun 1963, Mr Brawn namanya menjelaskan kepada kami di  Kuala Lumpur, kesalahan yang rakyat Britain marah kepadanya ialah kerana dia berbohong di Parlimen.
   
Sekalipun yang mula dibangkitkan adalah kemungkinan skandal zinanya, tetapi bagi kebanyakan orang, zina itu adalah kelemahan manusia dan siapa di antara mereka yang bebas dari kelemahan itu. Ia tidak  sensitif bagi mereka.
   
Parlimen tidak boleh terima ialah dia berbohong di Parlimen. Sekalipun dia minta maaf kepada semua atas pembohongannya, kerana ia dibuat di Parlimen, dia tidak dapat dimaafkan. Kelayakannya sebagai ahli Parlimen dipersoal.
   
Isu  Mamali itu tidak sekadar berbangkit di Parlimen bahkan kertas putih mengenainya telah dibentangkan. Pembentangan kertas putih itu telah dibangkit sebagai antara hal yang dibohongi. Kisah dia masih ada dalam negeri tetapi dikatakan sudah berada di Beijing adalah satu pembohongan. Ada tidak pembohongan ini dibuat di Parlimen dan adakah kandungan kertas putih itu juga mengandungi pembohongan kepada Parlimen?
   
Apa kedudukan seorang anggota Parlimen yang menjadi Perdana Menteri pula jika dibuktikan dia berbohong di Dewan yang mulia? Adakah dia layak lagi menerima segala kemudahan sejak ia  dilakukan termasuk pencen Parlimen?

Nasib malang institusi pendidikan di Kedah


KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.
Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.
Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.
Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Maktab Mahmud
Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.
Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan  buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.
Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.
Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.
Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.

Kisah AIU
Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.
AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.
AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.
AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.
Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?

Malang rakyat Kedah
Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya.  Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).  
Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan. Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.
Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.
Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.
Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN.

Prestasi kewangan anak syarikat PKINK memuaskan

Ketua Audit Negara berpuas hati dengan prestasi kewangan syarikat Prokel Management Sdn Bhd (PMSB) milik penuh  Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Prestasi kewangan PMSB bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah memuaskan kerana memperoleh keuntungan bersih dan keuntungan terkumpul semakin meningkat.
Selain itu, nisbah kewangan menunjukkan peningkatan bagi tahun 2012 berbanding tahun 2011.
Keuntungan sebelum cukai PMSB meningkat sejumlah RM11,874 atau 11.8%  daripada RM101,027 pada tahun 2010 kepada RM112,901 pada tahun 2011.
PMSB mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM125,060 pada tahun 2012 iaitu peningkatan sejumlah RM12,159 atau 10.8% berbanding tahun 2011.
Keuntungan terkumpul PMSB meningkat sejumlah RM0.07 juta atau 13% daripada RM0.54 juta pada tahun 2010 kepada RM0.61 juta pada tahun 2011.
Keuntungan terkumpul terus meningkat sejumlah RM0.07 juta atau 11.5% kepada RM0.68 juta pada tahun 2012.
Laporan Ketua Audit Negara 2013 menambah, pertambahan bayaran perkhidmatan pengurusan bangunan serta komisen kutipan sewa telah menyumbang kepada peningkatan keuntungan terkumpul syarikat.
Prokel Management Sdn. Bhd. (PMSB) ditubuhkan pada 30 0ktober 1986. PMSB merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Modal dibenarkan PMSB berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM100,002.
Aktiviti utama PMSB adalah pengurusan bangunan, pengurusan sewa dan pengurusan projek bagi bangunan milik PKINK/Permodalan Nasional Berhad.
Antara objektif utama PMSB adalah meningkatkan hasil pendapatan melalui kutipan sewa kepada PKINK, mengurangkan tunggakan sewa ke tahap minima, memastikan keadaan bangunan sentiasa selamat digunakan dan mencadangkan kos penyenggaraan pada tahap minima.

Pendedahan audit: Rakyat akan terus berputih mata


Ahli jawatankuasanya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, parlimen boleh mengemukakan usul itu dan dibahaskan demi kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.

Ini kerana katanya, walaupun laporan Ketua Audit Negara saban tahun menegur kementerian dan jabatan namum ketirisan tetap berlaku.

"Tidak ada tindakan tegas ke atas laporan terdahulu, seolah-olah laporan Ketua Audit Negara seperti kitar semula," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau kecewa, apabila seolah-olah tiadanya keinginan politik seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk bertindak tegas ke atas pasukan kerjanya yang menganggotai Kabinet Malaysia.

"Bagaimana mungkin Najib untuk mengambil tindakan yang tegas sedangkan kementeriannya sendiri bermasalah.

"Track record Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan misalnya adalah paling buruk. Antara contohnya, pembelian 2 buah kapal selam Scorpene yang dikritik hebat rakyat kerana menelan perbelanjaan yang begitu besar iaitu keseluruhan urusan berkaitannya ialah sekitar RM7.58 bilion," bidas Athirah.

Beliau percaya, pemimpin seperti Najib sampai bila-bila pun tidak akan mampu menangani isu-isu ketirisan dan salah guna dana awam dalam peruntukan bajet kementerian masing-masing.

"Bayangkan, perbezaan yang besar ini akan menyumbang kepada bertambahnya jumlah defisit dalam bajet negara setiap tahun melebihi defisit bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada hari pembentangan bajet," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Malaysia.

Jawatankuasa PAC Parlimen misalnya jelas beliau juga mempunyai bidang kuasa yang terbatas tetapi ia tidak sepertimana SELCAT Selangor yang boleh secara terbuka memanggil pendengaran awam terhadap isu-isu yang timbul akibat kemungkinan penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa termasuklah anggota Exco sendiri.

"Kerajaan Malaysia boleh sahaja meniru Selangor jika mereka ada keberanian dan kesungguhan. Namun itu tidak akan berlaku selagi Umno BN kekal menerajui Kerajaan Pusat.

"Rakyat akan terus berputih mata. Pada ketika subsidi rakyat dihentikan, pemimpin-pemimpin Umno BN terus bebas berbuat onar," katanya.

GST: Rakyat jadi mangsa tabiat boros Menteri Kewangan

Selagi tiada perubahan pada sikap menteri kewangan, selagi itu rakyat di negara ini bakal dibebankan dengan pelbagai bayaran termasuk yang terbaru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diluluskan Dewan Rakyat kelmarin.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad(gambar) berkata, memang benar GST bakal menjana pendapatan besar kepada negara namun selagi masalah sikap tidak diubah, tiada guna cukai baru diperkenal melainkan hanya menyusahkan rakyat.

"Apa tabiatnya? Berbelanja besar masa mewah dan masa meleset, mudah buat bajet tambahan, beri kepada kroni secara direct-nego, masih kekal monopoli dan konsesi-konsesi, ketirisan dan rasuah masih di takuk lama.

"Ini Ketua Audit Negara yang laporkan setiap tahun berlaku perkara sama," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Pengundian belah bahagi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.

GST yang dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan dijangka bakal memberi tambahan pendapatan negara sebayak RM3 bilion untuk tahun pertama dan unjuran sehingga RM20 bilion pada keadaan optimanya.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan tidak wajar menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca kebejatan kewangan negara sehingga menghalalkan perlaksanaan GST.

Hutang kerajaan Pusat katanya bukanlah disebabkan oleh faktor subsidi sahaja, dan jika sekalipun benar, ianya hanya sedikit.

Tetapi kata beliau, punca lebih besar adalah cara pengurusan kewangan negara yang tidak berhemat.

Beliau turut meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan punca kerajaan BN menanggung defisit fiskal terus menerus selama 16 tahun dan hutang Kerajaan Persekutuan yang telah mencecah hampir 55% dari KDNK walaupun tidak diizinkan Akta Pinjaman Tempatan 1959.

"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang tinggi hemahnya, beramanah-integriti, sepenuh-masa, cermat, tekun, akumen kewangan yg tajam, tak diganggu-gugat oleh kepentingan kroni.

"GST boleh jana pendapatan yang mewah berbilion ringgit, tapi yang mesti berubah menteri kewangan dan tabiatnya," katanya.

MH370: Kenapa tiada taklimat kepada MP Pakatan?

Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan penolakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memberikan taklimat berkaitan MH370 kepada ahli parlimen PR.

Sikap tersebut dilihat seolah-olah Shahidan cuba berdolak-dalik untuk mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebelum ini Shahidan meminta wakil Pakatan mengemukakan notis untuk tujuan taklimat tersebut, namun tidak bersedia mengadakan taklimat selepas permintaan untuk memberi notis diberikan.

"Sebelum ini, beliau minta kami mengemukakan notis untuk tujuan tersebut. Selepas notis dihantar, beliau kemudiannya membalas notis tersebut dengan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat berkaitan MH370 selepas semua jawatankuasa khas yang dilantik selesai membuat siasatan.

"Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan, apa masalah yang tidak boleh hendak bagi taklimat kepada Pakatan, sedangkan taklimat sama diberikan kepada wakil rakyat BN. Sedangkan banyak lagi persoalan yang tidak terjawab berkaitan krisis tersebut," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Tambah Mahfuz, sekiranya kerajaan tidak mahu mengadakan taklimat untuk wakil rakyat Pakatan secara berasingan, sepatutnya mereka turut dipanggil ketika taklimat bersama ahli parlimen BN sebelum ini.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa Shahidan tidak menunaikan janji apabila sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengatur taklimat tersebut pada 8 April.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan melalui surat balasan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk memberi taklimat, sebaliknya hanya berbuat demikian selepas jawatankuasa selesai melakukan siasatan, selain turut menafikan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan krisis tersebut," kata beliau pada sidang media yang sama.

Tegas Anthony, taklimat ini bukan sekadar untuk mendapatkan maklumat, sebaliknya ia boleh dijadikan platform untuk berbincang memandangkan banyak persoalan di sebalik tragedi ini.

Dalam pada itu, beliau turut kesal kerana tiada sebarang tanda-tanda untuk kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) biarpun esok merupakan hari terakhir persidangan parlimen.

"Jadi, macam tiada langkah proaktif dari kerajaan untuk menangani krisis ini. Soal sekarang, bukan soal mencari pesawat MH370 sahaja, tetapi ia lebih dari itu, iaitu soal sistem radar negara, imigresen dan perkara utama lain yang merupakan isu nasional," kata beliau.

Sebelum ini, Pakatan menuntut taklimat yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Bagaimanapun, taklimat tersebut tidak dapat diadakan ekoran ketiadaan Najib dan Hishammuddin  dalam negara.

Justeru, Shahidan menggesa Pakatan mengemukakan notis untuk permohonan taklimat bagi tarikh lain, namun selepas wakil Pakatan menyerahkan notis, Shahidan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat selepas laporan dari jawatankuasa yang dibentuk kerajaan  selesai.

INI bukan ajak-ajak ayam. Ini serius. Lebih serius lagi apabila acara dondang sayang ini diadakan di Dewan PAS Bukit Katil, Melaka pada malam minggu ini. Dondang sayang memang salah satu warisan tradisi kesenian orang Melaka. Ia diadakan bersempena program Express Budaya, Ziarah Seni anjuran Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat ke negeri Melaka. Program ini akan turun ke setiap negeri bagi mengangkat aktiviti kebudayaan dan kesenian popular sebagai satu medium yang mendidik masyarakat memahami keadilan dan perjuangan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat. Setiap negeri memiliki keunikan dalam tradisi persembahan mereka. Dondang Sayang adalah salah satu keunikan yang dimiliki oleh Melaka. Seperti juga Johor, mungkin tarian ‘Kuda Kepang’, ‘zapin’ dan ‘ghazal’ merupakan keunikan negeri Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Jika di Kelantan, semua boleh menerima bahawa dikir barat adalah made in Kelantan. Dalam siri lawatan itulah, kami berhasrat untuk berusaha mengubah pendekatan persembahan yang bersifat hiburan semata-mata kepada matlamat yang lebih jauh daripada itu. Tidak ramai yang minat dengan irama dondang sayang berbanding dengan irama pop atau rock. Lagipun, tak sesuai untuk dibuat perbandingan antara pop dengan dondang sayang. Menganjur acara kesenian memang mencabar. Bagaimana untuk menterjemahkan konsep kebudayaan dan kesenian dengan nafas agama. Pengiat seni pun ramai yang keliru. Ramai yang lebih cenderung menghukum daripada mencadangkan sesuatu yang konkrit pada pengiat seni. Sebenarnya terlalu banyak program kebudayaan dan kesenian yang hendak dibuat. Biarlah sedikit demi sedikit asal ada kemajuannya. uniknya dondang sayang Awalnya kami bercadang menggunakan ‘Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam’ sebagai tajuk program tetapi terlalu tipikal. Saya cadangkan agar pihak tuan rumah mencari istilah lain yang ada daya tarikan dan memberi makna besar kepada perjuangan dan negeri Melaka sendiri. Melaka memang terkenal dengan dondang sayang. Mengapa tidak diketengahkan sahaja irama tradisi itu yang semakin ditelan kemajuan? Penyanyi sekarang pun sudah tidak membawa irama ini. Tetapi itulah uniknya dondang sayang. Selain irama muziknya yang tersendiri, dondang sayang mengandungi kekuatan susunan bahasanya yang unik. Ada dondang sayang hanyalah lirik yang dihafal, tetapi persembahan dondang sayang yang hebat apabila penyanyinya mencipta bait-bait pantun secara spontan. Inilah lebihnya orang Melaka. Mereka miliki tradisi muzik dan bahasa yang indah. Masyarakat Melaka adalah contoh masyarakat yang mengasimilasikan pelbagai budaya menjadi sebuah budaya mereka sendiri. Contohnya, irama dondang sayang yang lebih dikaitkan dengan kaum Baba dan Nyonya merupakan kombinasi budaya Cina Peranakan, Melayu dan Portugis. Dondang Sayang adalah sebuah warisan yang mendapat pengaruh kebudayaan Portugis yang pernah menjajah bumi Melayu Melaka pada kurun ke 15. Walaupun dondang sayang dipopularkan oleh kaum Baba dan Nyonya tetapi sekarang ia sudah dikongsi oleh orang Melayu sendiri. Ini mengingatkan saya dengan penyanyi 70-an yang terkenal, Andre Goh. Beliau seorang Baba Nyonya yang memiliki kebolehan menyanyi lagu-lagu asli Melayu seperti ‘dondang sayang’, keroncong dan joget. Bayangkan jika ramai penyanyi bukan Melayu membawakan irama muzik Melayu. Andre Goh tidak akan menjadi ‘Melayu’ hanya kerana dia boleh membawa irama muzik Melayu. Tetapi itulah gambaran masyarakat Malaysia yang sebenarnya. Menjadikan Melayu sebagai salah satu teras kepada kebudayaan nasional tanpa menafikan kebudayaan kaum lain. berbalas pantun Persembahan dondang sayang melibatkan pemain biola, flute, rebana, arkodian, gong dan dua penyanyi. Penyanyi biasanya akan berbalas pantun sama ada pantun yang dihafal atau pantun spontan. Sebagai sebuah irama yang lebih bersifat santai dan gembira, muzik dondang sayang dikategorikan sebagai sebuah irama yang rancak. Bersantai kerana irama muziknya tidak terlalu kompleks dan mudah diikuti. Marilah kita saksikan bagaimana PAS sebagai sebuah parti Islam menganjurkan program dondang sayang. Sewaktu Muktamar PAS lepas di Shah Alam, kecoh sekejap tentang persembahan rock metal anak-anak muda di pentas karnival di luar stadium. Saya sudah jelaskan isu tersebut semasa sesi penggulungan pada hari terakhir muktamar. Memang ramai yang membantah dan mengkritik persembahan itu. Rock metal seperti itu mungkin sesuai untuk orang muda dan ‘orang tua’ agak sukar menerimanya. Walau bagaimanapun persembahan irama dondang sayang yang akan diadakan di Melaka sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Bagi anak-anak muda, inilah waktunya pendedahan kepada mereka tentang warisan tradisi orang Melaka. Bagi orang tua, inilah waktu melepas rindu zaman muda dulu. Abang Yasin, Pengerusi Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Melaka memberitahu bahawa, akan ada persembahan Qasidah Melaka. Katanya, Qasidah Melaka berbeza dengan qasidah-qasidah di negeri lain. qasidah Melaka Tujuan persembahan qasidah adalah untuk memuji-muji nabi Muhammad s.a.w dengan lirik yang puitis di samping diringi muzik tradisional seperti rebana, kompang, gong dan sebagainya. Muziknya boleh diubah suai dengan muzik moden. Di Indonesia, ada kumpulan qasidah menggunakan live band sebagai latar belakang muzik mereka bahkan menggunakan sistem pembesar suara dan lampu yang canggih. Qasidah yang boleh menarik orang ramai biasanya bergantung kepada sejauh mana kehebatan ciptaan melodinya. Lirik qasidah biasanya dalam bahasa Arab dan tidak banyak mempengaruhi pemahaman orang ramai. Kelebihan qasidah Habib Sheikh Abdul Qadir As Saggaf kerana melodinya. Beliau memang hebat mencipta satu melodi ringkas tetapi bertenaga. Sekarang ini qasidah sudah menjadi salah satu trend acara keagamaan. Ramai tekong bagi acara ini diterbangkan khas dari Tanah Seberang. Sebenarnya tidaklah perlu bergantung pada pak habib seberang untuk menjadi tekong. Ramai orang tempatan boleh jadi tekong qasidah. Bukan ada masalah dengan pak-pak habib dari Tanah Seberang. Silakan. Malam ‘Dondang Sayang’ juga akan memberi peluang beberapa penyair muda membacakan sajak mereka. Agak rojak sikit acara malam itu. Selamat datang. _______________ Penulis adalah Pengerusi Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat.


INI bukan ajak-ajak ayam. Ini serius. Lebih serius lagi apabila acara dondang sayang ini diadakan di Dewan PAS Bukit Katil, Melaka pada malam minggu ini.
Dondang sayang memang salah satu warisan tradisi kesenian orang Melaka. Ia diadakan bersempena program Express Budaya, Ziarah Seni anjuran Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat ke negeri Melaka.
Program ini akan turun ke setiap negeri bagi mengangkat aktiviti kebudayaan dan kesenian popular sebagai satu medium yang mendidik masyarakat memahami keadilan dan perjuangan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat.
Setiap negeri memiliki keunikan dalam tradisi persembahan mereka. Dondang Sayang adalah salah satu keunikan yang dimiliki oleh Melaka. Seperti juga Johor, mungkin tarian ‘Kuda Kepang’, ‘zapin’ dan ‘ghazal’ merupakan keunikan negeri Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.
Jika di Kelantan, semua boleh menerima bahawa dikir barat adalah made in Kelantan. Dalam siri lawatan itulah, kami berhasrat untuk berusaha mengubah pendekatan persembahan yang bersifat hiburan semata-mata kepada matlamat yang lebih jauh daripada itu.
Tidak ramai yang minat dengan irama dondang sayang berbanding dengan irama pop atau rock. Lagipun, tak sesuai untuk dibuat perbandingan antara pop dengan dondang sayang.  Menganjur acara kesenian memang mencabar. Bagaimana untuk menterjemahkan konsep kebudayaan dan kesenian dengan nafas agama. Pengiat seni pun ramai yang keliru.
Ramai yang lebih cenderung menghukum daripada mencadangkan sesuatu yang konkrit pada pengiat seni. Sebenarnya terlalu banyak program kebudayaan dan kesenian yang hendak dibuat. Biarlah sedikit demi sedikit asal ada kemajuannya.
uniknya dondang sayang
Awalnya kami bercadang menggunakan ‘Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam’ sebagai tajuk program tetapi terlalu tipikal.  Saya cadangkan agar pihak tuan rumah mencari istilah lain yang ada daya tarikan dan memberi makna besar kepada perjuangan dan negeri Melaka sendiri.
Melaka memang terkenal dengan dondang sayang. Mengapa tidak diketengahkan sahaja irama tradisi itu yang semakin ditelan kemajuan? 
Penyanyi sekarang pun sudah tidak membawa irama ini. Tetapi itulah uniknya dondang sayang. Selain irama muziknya yang tersendiri, dondang sayang mengandungi kekuatan susunan bahasanya yang unik.
Ada dondang sayang hanyalah lirik yang dihafal, tetapi persembahan dondang sayang yang hebat apabila penyanyinya mencipta bait-bait pantun secara spontan. Inilah lebihnya orang Melaka. Mereka miliki tradisi muzik dan bahasa yang indah.
Masyarakat Melaka adalah contoh masyarakat yang mengasimilasikan pelbagai budaya menjadi sebuah budaya mereka sendiri. Contohnya, irama dondang sayang yang lebih dikaitkan dengan kaum Baba dan Nyonya merupakan kombinasi budaya Cina Peranakan, Melayu dan Portugis.
Dondang Sayang adalah sebuah warisan yang mendapat pengaruh kebudayaan Portugis yang pernah menjajah bumi Melayu Melaka pada kurun ke 15. Walaupun dondang sayang dipopularkan oleh kaum Baba dan Nyonya tetapi sekarang ia sudah dikongsi oleh orang Melayu sendiri. Ini mengingatkan saya dengan penyanyi 70-an yang terkenal, Andre Goh. Beliau seorang Baba Nyonya yang memiliki kebolehan menyanyi lagu-lagu asli Melayu seperti ‘dondang sayang’, keroncong dan joget.  
Bayangkan jika ramai penyanyi bukan Melayu membawakan irama muzik Melayu. Andre Goh tidak akan menjadi ‘Melayu’ hanya kerana dia boleh membawa irama muzik Melayu. Tetapi itulah gambaran masyarakat Malaysia yang sebenarnya. Menjadikan Melayu sebagai salah satu teras kepada kebudayaan nasional tanpa menafikan kebudayaan kaum lain.
berbalas pantun
Persembahan dondang sayang melibatkan pemain biola, flute, rebana, arkodian, gong dan dua penyanyi. Penyanyi biasanya akan berbalas pantun sama ada pantun yang dihafal atau pantun spontan. Sebagai sebuah irama yang lebih bersifat santai dan gembira, muzik dondang sayang dikategorikan sebagai sebuah irama yang rancak.  Bersantai kerana irama muziknya tidak terlalu kompleks dan mudah diikuti.
Marilah kita saksikan bagaimana PAS sebagai sebuah parti Islam menganjurkan program dondang sayang.
Sewaktu Muktamar PAS lepas di Shah Alam, kecoh sekejap tentang persembahan rock metal anak-anak muda di pentas karnival di luar stadium.
Saya sudah jelaskan isu tersebut semasa sesi penggulungan pada hari terakhir muktamar. Memang ramai yang membantah dan mengkritik persembahan itu.  Rock metal seperti itu mungkin sesuai untuk orang muda dan ‘orang tua’ agak sukar menerimanya.
Walau bagaimanapun persembahan irama dondang sayang yang akan diadakan di Melaka sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Bagi anak-anak muda, inilah waktunya pendedahan kepada mereka tentang warisan tradisi orang Melaka. Bagi orang tua, inilah waktu melepas rindu zaman muda dulu.
Abang Yasin, Pengerusi Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Melaka memberitahu bahawa, akan ada persembahan Qasidah Melaka. Katanya, Qasidah Melaka berbeza dengan qasidah-qasidah di negeri lain.
qasidah Melaka
Tujuan persembahan qasidah adalah untuk memuji-muji nabi Muhammad s.a.w dengan lirik yang puitis di samping diringi muzik tradisional seperti rebana, kompang, gong dan sebagainya. Muziknya boleh diubah suai dengan muzik moden.
Di Indonesia, ada kumpulan qasidah menggunakan live band sebagai latar belakang muzik mereka bahkan menggunakan sistem pembesar suara dan lampu yang canggih. Qasidah yang boleh menarik orang ramai biasanya bergantung kepada sejauh mana kehebatan ciptaan melodinya.
Lirik qasidah biasanya dalam bahasa Arab dan tidak banyak mempengaruhi pemahaman orang ramai. Kelebihan qasidah Habib Sheikh Abdul Qadir As Saggaf kerana melodinya. Beliau memang hebat mencipta satu melodi ringkas tetapi bertenaga.
Sekarang ini qasidah sudah menjadi salah satu trend acara keagamaan. Ramai tekong bagi acara ini diterbangkan khas dari Tanah Seberang.
Sebenarnya tidaklah perlu bergantung pada pak habib seberang untuk menjadi tekong. Ramai orang tempatan boleh jadi tekong qasidah. Bukan ada masalah dengan pak-pak habib dari Tanah Seberang. Silakan.
Malam ‘Dondang Sayang’ juga akan memberi peluang beberapa penyair muda membacakan sajak mereka. Agak rojak sikit acara malam itu.
Selamat datang.
_______________
Penulis adalah Pengerusi Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat.

Fitnah: Jika di tempat saya apa perasaan anda – Wan Azizah

Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail buat pertama kali berucap bagi membahaskan titah Tuanku Sultan Selangor.

Beliau sekali lagi mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjadi sasaran serangan yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Pembangkang Dun Selangor dalam isu fitnah II, MH370 dan pertikaian peranan beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Wan Azizah dengan tenang meminta dewan menyelami sendiri perasaan mereka jika berada di tempat beliau sekeluarga yang terus menjadi mangsa fitnah, sejak 16 tahun lalu.

“Kalau tuan berada di tempat saya, apa perasaan anda? Saya ada anak dan keluarga,” katanya yang merujuk kepada kes Fitnah II yang dilemparkan terhadap Anwar.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh pujian yang dizahirkan Sultan Selangor yang gembira dengan peningkatan ekonomi Selangor sebanyak enam peratus seperti yang dititahkan tuanku dalam ucapannya, pada 7 April lalu.

Katanya, angka berkenaan adalah bukti jelas Anwar melakukan tugas selaku Penasihat Ekonomi Negeri dalam memastikan ekonomi Selangor meningkat waalupun dibayar dengan gaji RM1.

Selain itu, Wan Azizah turut menegur Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan usaha memastikan kaedah pengurusan sisa pepejal dapat ditambah baik.

Hal itu kerana beliau melihat sendiri keadaan taburan sampah sarap pada tempoh berkempen di Dun Kajang dan percaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat diperkasakan melalui kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jalan penyelesaian masalah aliran trafik untuk jangka pendek di kawasan Kajang juga perlu dibuat sementara menunggu projek MRT siap sepenuhnya.