Wednesday, April 9, 2014

Pendedahan audit: Rakyat akan terus berputih mata


Ahli jawatankuasanya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, parlimen boleh mengemukakan usul itu dan dibahaskan demi kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.

Ini kerana katanya, walaupun laporan Ketua Audit Negara saban tahun menegur kementerian dan jabatan namum ketirisan tetap berlaku.

"Tidak ada tindakan tegas ke atas laporan terdahulu, seolah-olah laporan Ketua Audit Negara seperti kitar semula," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau kecewa, apabila seolah-olah tiadanya keinginan politik seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk bertindak tegas ke atas pasukan kerjanya yang menganggotai Kabinet Malaysia.

"Bagaimana mungkin Najib untuk mengambil tindakan yang tegas sedangkan kementeriannya sendiri bermasalah.

"Track record Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan misalnya adalah paling buruk. Antara contohnya, pembelian 2 buah kapal selam Scorpene yang dikritik hebat rakyat kerana menelan perbelanjaan yang begitu besar iaitu keseluruhan urusan berkaitannya ialah sekitar RM7.58 bilion," bidas Athirah.

Beliau percaya, pemimpin seperti Najib sampai bila-bila pun tidak akan mampu menangani isu-isu ketirisan dan salah guna dana awam dalam peruntukan bajet kementerian masing-masing.

"Bayangkan, perbezaan yang besar ini akan menyumbang kepada bertambahnya jumlah defisit dalam bajet negara setiap tahun melebihi defisit bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada hari pembentangan bajet," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Malaysia.

Jawatankuasa PAC Parlimen misalnya jelas beliau juga mempunyai bidang kuasa yang terbatas tetapi ia tidak sepertimana SELCAT Selangor yang boleh secara terbuka memanggil pendengaran awam terhadap isu-isu yang timbul akibat kemungkinan penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa termasuklah anggota Exco sendiri.

"Kerajaan Malaysia boleh sahaja meniru Selangor jika mereka ada keberanian dan kesungguhan. Namun itu tidak akan berlaku selagi Umno BN kekal menerajui Kerajaan Pusat.

"Rakyat akan terus berputih mata. Pada ketika subsidi rakyat dihentikan, pemimpin-pemimpin Umno BN terus bebas berbuat onar," katanya.

No comments:

Post a Comment