Friday, December 25, 2009

LOH GWO BURNE MENTERI KEWANGAN


Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Dato' M Kayveas menganggap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' T Murugiah, sebagai "timbalan menteri haram." Saya tak pasti apakah yang dimaksudkannya sebagai "haram." Mungkin Kayveas patut menjelaskan lebih lanjut.

Dalam sistem politik yang diamalkan di negara ini, Perdana Menteri boleh melantik sesiapa saja Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara -- sama ada dia ahli parti komponen Barisan Nasional atau tidak -- untuk menjadi Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Ini bermaksud, Dato' Seri Najib Tun Razak boleh melantik Loh Gwo Burne (gambar) sebagai Menteri Kewangan, Dato' Ibrahim Ali sebagai Menteri Dalam Negeri atau Khalid Samad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (yang bertanggungjawab terhadap JAKIM), sekiranya beliau mahu berbuat demikian.

Eloklah Kayveas berhenti membuat kenyataan bodoh sombong sedemikian, sekaligus menunjukkan betapa dia tidak faham terhadap sistem politik yang diamalkan -- semata-mata kerana dia bertelagah dengan Murugiah.

No comments:

Post a Comment