A L – H A D H A R A H
Diwajibkan atas kamu berperang (untuk menentang pencerobohan), padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; dan (ingatlah) Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.` al Baqarah : 216 . Segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan Pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan yang mulia Muhammad saw , kaum keluarga, para sahabat serta para pengikut mereka hinggalah ke hari qiamat.
Rasanya… saya taklah serisau ini, kalau sekadar anak-anak tak cukup makan, pakaian, walaupun saya seorang ibu. Tetapi masalah yang satu ini menjadikan saya tak boleh lena, masalah masa depan perjuangan Islam yang ‘semakin malap’, kelangsungan aqidah generasi ummah kian tercabar. Hadis ada menyebut: `Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang Islam ia bukanlah di kalangan mereka`
Saya telah diperingatkan dahulu oleh guru-guru saya, bahawa ummat Islam tidak putus-putus akan menghadapi cabaran yang menguji aqidah mereka. Musuh-musuh Islam akan sentiasa memperbaharui perancangan mereka dari semasa ke semasa, bagi menyekat atau setidak-tidaknya merosakan perlaksanaan Islam dalam kehidupan ummah. Kalau di zaman silam fahaman Mu’tazilah, Qadariah. Jabariah dan ajaran sepertinya lahir dan cuba memesongkan ummah dari paksinya. Begitu juga sekarang kita sedang menghadapi serangan baru yang lebih dahsyat dan mengelirukan lagi dari segala sistem-sistem hidup ciptaan manusia samada dalam bidang politik, ekonomi maupun sosial. Fahaman atau isme-isme yang berbagai nama ini telah membawa kepada pemujaan dan kecintaan berlebihan terhadap kebendaan, pangkat dan kuasa. Semua itu menjadi senjata cukup ampuh bagi musuh Allah untuk menggugat dan memesongkan aqidah ummah serta memalingkan mereka dari hadaf sebenar kehidupan sebagai seorang Islam.
Inilah perjuangan, inilah jihad dan inilah bentuk peperangan yang cukup rumit dan perlu kita hadapi sekarang malah perlu bijak serta berhati-hati menanganinya. Allah swt mengingatkan kita di dalam firmanNya: ‘Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.` al Baqarah : 217
`Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.` al Baqarah : 120
Semoga Allah Taala menjauhkan kita dari petaka yang paling merbahaya itu.
Walaupun atas apa alasan dan maslahah yang dikemukakan, saya melihat persetujuan PAS dalam tonggak kerjasama PR di mana demokrasi sebagai terasnya merupakan pelanggaran dan pencabulan terhadap prinsip perjuangannya yang sebenar selama ini iaitu Islam. PAS yang sebelum ini dilihat salah satu benteng pertahanan aqidah bagi ummat Islam yang diwarisi dari perjuangan ulama’-ulama’ terdahulu telah merobohkan bentengnya sendiri !? Atau bentengnya telah berjaya dicerobohi oleh pihak musuh sekarang. Para pemimpin dan ahli PAS perlu sedar bahawa segala sokongan dan dokongan yang ia dapati dari ummah sebelum ini adalah kerana warisan perjuangan Islam tersebut. Tetapi kalau sekarang pemimpin PAS mendakwa kami masih tetap memperjuangkan Islam, justeru kerana ketika mereka menoleh ke belakang kepada pengikut-pengikut yang kebanyakan setia dan ikhlas, mereka mengatakan, “sokonglah kami, bantulah kami, berjihadlah dengan harta dan tenaga kamu bersama kami demi Islam” sedangkan di depan dan atas kepala mereka menjunjung serta mengangkat demokrasi sekular. Dakwaan itu adalah satu pembohongan yang nyata. Mereka hendak tipu siapa ?? `Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.` al Baqarah : 9
Demokrasi sekular yang menjadi teras PR dan Nasionalis sekular yang menjadi teras kepada BN, bukankah sama sahaja? 2 X 5 = 5 X 2, sebab itulah saya katakan PAS menang sorak…, soraklah kepada BN, gelaklah kepada UMNO. Yee! Yee! Kami akan menang, tunggulah kami ganyang hangpa pula….. tetapi apakah hakikatnya kepada perjuangan Islam kita, aqidah kita.. wahai ummah! Prinsip perjuangan kita telah tergadai.
Kita perlu sedar mengambil peluang dari medan demokrasi untuk berdakwah, bersungguh melaksanakan Islam, lain daripada menjunjung dan mengangkat demokrasi supaya ditegakkan. Kalau diibaratkan peperangan bersenjata maka medan demokrasi itu umpama negara kafir yang kita berjihad didalamnya, kita akan terus berjuang samada syahid atau menang dan kita tidak akan sekali-kali menjunjung dan mengangkat prinsip ataupun sistem negara kafir tersebut. Sesungguhnya kita akui dunia secara globalnya dikuasai oleh sistem-sistem jahiliyyah, sistem Islam terpinggir … tetapi adakah perlu kita lari ke dunia lain atau masuk ke dalam gua atau hutan belantara dan membina Islam di sana? Oh… Tidak! Itu bukan caranya.
Dunia ini satu sahaja, ia adalah milik Allah dan kita akan hidup berjihad dicelah-celah sistem jahiliyyah yang mencengkam itu, serta melaksanakan semampu yang boleh sistem kehidupan kita yang mulia, menjauhkan diri dari sistem politik sekular, membebaskan ekonomi kita dari sistem riba, mendidik anak-anak dengan sistem Islam, seterusnya dan seterusnya… sedikit demi sedikit sistem Islam akan berkembang dan membentuk sebuah hadharah …ya tentulah susah kerana itulah ia dinamakan jihad. Sebab itu pahala jihad besar saudara ummahku. Oleh itu adalah suatu yang salah sekiranya kita mencari jalan mudah, senang dan selesa meninggalkan atau menyimpan dahulu prinsip perjuangan menegakkan sistem Islam buat sementara. Kita dapatkan dahulu kuasa dengan sistem jahiliyyah, bila dapat kuasa, baru kita ambil semula prinsip Islam dan laksanakan. Jelas itu bukan cara seorang pejuang Islam berjihad. Islam ini bersih, mulia dan satu cara hidup yang benar dia tidak mengguna cara pintu belakang dan meletakkan Islam sebagai mainan dan barang hinaan sistem jahiliyyah. Lainlah jika perjuangan yang dibawa PAS itu perjuangan Islam palsu atau tempelan juga, seperti yang selalu dilaungkan dahulu kepada projek-projek BN, `penerapan nilai-nilai Islam` dan yang terbaru sekali `Islam Hadhari`.
PAS memang semakin keliru contoh, berkata Presidennya dalam konvensyen blogger baru-baru ini, “..jangan menyebarkan fitnah walaupun ianya benar, benar tapi jahat…Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul jika tidak akan membawa mudharat besar kepada masyarakat ” .Apa yang saya ingin nyatakan bahawa pandangan beliau tersebut memang keliru dan boleh mengelirukan orang lain pertama; benar atau haq tidak sepatutnya dipersalahkan. Yang bersalah ialah apabila kebatilan dicampurkan bersama-sama kebenaran. Firman Allah swt, `Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu , sedang kamu mengetahui.` al Baqarah : 42
Kemudian hujah beliau lagi kebenaran jika tidak diletakkan pada tempat yang betul akan mendatangkan mudharat besar kepada masyarakat. Saya ingin bertanya kepada ummah semua, Nabi saw dan para sahabat dahulu membawa perjuangan yang benar (haq) ini diletak pada tempatnya yang betul atau tidak? Kerana tindakan dan amalan mereka telah mendatangkan fitnah yang besar kepada diri dan keluarga mereka sendiri dengan pelbagai tuduhan serta tindakan masyarakat ramai. Masyarakat semasa pula ketika itu mengalami mudharat perpecahan yang cukup besar. Sebenarnya inilah bukti yang beliau sendiri sudah keliru untuk berada bersama masyarakat mana UMMAH atau sekular dalam PR. Akan dipertahankannya supaya jangan berpecah masyarakat sekular PR, sedangkan Nabi membuat kerja mengukuhkan masyarakat ummah yang akibatnya tentu masyarakat jahiliyyah berterabur dan pasti berpecah apabila ummah gah dan gagah.`Sebesar-besar jihad adalah kata-kata yang benar di depan raja/pemimpin yang zalim`
Sekian dari Ummu el-Husna. ``qulil haq walau kana murron``
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
No comments:
Post a Comment