
Dalam laporan polisnya, Raub mendakwa pakar dari Thailand itu membocorkan maklumat kepada pihak yang tidak berkenaan berhubung dengan bedah siasat kedua terhadap mendiang Teoh Beng Hock.
Lim Kit Siang juga meminta Abu Kassim agar meminta polis Selangor menghentikan penyiasatan yang tidak berasas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.
Siasatan itu dibuat polis ekoran dakwaan kedua-duanya Teoh Beng Hock telah mati dibunuh.
Dengan cara ini, kata anggota Parlimen Ipoh Timur itu, keyakinan orang ramai akan boleh pulih begitu juga dengan profesionalisma dan intergriti SPRM.
Dalam kenyataan yang sama, Lim Kit Siang turut mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim diantas perlantikannya.
Abu Kassim mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM di depan Yang Dipertuan Agung hari ini. Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Said Hamdan yang bersara awal.
No comments:
Post a Comment