Monday, January 4, 2010

Harap Majlis Raja-Raja, Majlis Fatwa keluar kenyataan

MELAKA: Majlis Gabungan Belia Malaysia (MGBM) berharap satu kenyataan dikeluarkan di peringkat tertinggi membabitkan Majlis Raja-Raja dan Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya.
Presiden MGBM, Datuk Idris Haron, berkata pihaknya juga berharap kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengawal situasi berkenaan supaya tidak menerbitkan kekeliruan di kalangan penganut pelbagai kepercayaan di negara ini.

“Kita khuatir suasana penuh dengan kepelbagaian ini merangkumi masyarakat majmuk seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain yang mempunyai budaya, bahasa, tatacara, peradaban, makanan dan sebagainya yang berbeza. Dikhuatiri ada pihak mengambil peluang mempolitikkan isu berkenaan dalam suasana tidak menentu ini.

“Ini akhirnya dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan apabila ada pihak menangguk di air yang keruh. Jadi MGBM bersepakat untuk menyembah rayu kepada Majlis Raja-Raja serta Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak berwajib supaya dapat mengeluarkan satu kenyataan dalam tempoh terdekat kepada pihak yang bertanggungjawab ini,” katanya.

Bontu Kepala yeop....?

No comments:

Post a Comment