Thursday, January 14, 2010

Eksklusif: Rakyat Malaysia Akhirnya Tertipu Lagi, 1Malaysia Rupanya "Subsidi Didahulukan" Tetapi Kroni Ananda Krishnan Juga Yang Diutamakan !!


Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekali lagi gagal melaksanakan konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak selama ini. Jika sebelum ini rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula serta berbagai lagi barangan keperluan harian yang lain. Malah, dalam masa terdekat ini dijangka minyak petrol dan diesel juga akan dinaikkan oleh kerajaan. Ini semua kononnya untuk mengurangkan bebanan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama. Bila kenaikan berlaku, kerajaan mula menggunakan "subsidi" sebagai senjata untuk menyakinkan rakyat. Anehnya, rakyat yang telah hidup sejak zaman berzaman tiba-tiba dihidangkan dengan istilah subsidi yang entahkan benar entahkan tidak. Malah, ada sesetengah pihak yang mengatakan subdisi yang diwar-warkan itu hanyalah satu "angka" yang sengaja direka cipta untuk mengaburi mata rakyat. Maka, bermegahlah pemimpin UMNO yang gemar mengampu mengatakan kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menanggung subdisi bernilai berbilion ringgit. Maka, meloponglah ibu dan ayah kita yang sudah hidup sejak sebelum merdeka lagi dengan pemberian subsidi tersebut. Selama ini, mereka hanya kenal isitilah subsidi untuk program pertanian seperti subsidi benih pokok, subsidi baja, subsidi racun serangga dan macam-macam lagi. Namun, kini subsidi digunakan kepada barangan keperluan yang mereka sendiri tidak pernah mendengar langsung perkara ini sejak dilahirkan ke bumi Malaysia ini dulu. Apabila kenaikan harga barangan diumumkan, maka "subsidi didahulukan" sebagai senjata mereka.

UMNO BN Terus Berkuasa Kerana Senjata Subsidi


Wajarkah kerajaan BN menjadikan subsidi sebagai alasan untuk menipu rakyat. Sedangkan mereka telah banyak membazirkan wang rakyat untuk projek-projek yang jelas tidak berfaedah langsung sebenarnya. Akhirnya gara-gara subsidi, golongan yang kaya terus kaya raya dan golongan yang miskin terus tertindas dengan dasar "subsidi" ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang menjadi mangsa juga terdiri daripada puak-puak UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Mereka yang berjuang habis-habisan untuk memastikan kemenangan kerajaan yang disokong setiap kali musim pilihanraya. Mereka yang teraniaya juga adalah, penyokong setiap dan fanatik BN yang sanggup menggadai nyawa di musim pilihanraya umum. Mereka hanya mendapat "subsidi" dan "imbuhan" ketika musim pilihanraya itu sahaja. Sebaliknya mereka turut sama menanggung derita empat atau lima tahun kemudiannya, hinggalah pilihanraya umum yang baru menjelma. Bagi mereka yang bertuah sikit, ialah apabila berlakunya pilihanraya kecil di kawasan masing-masing sebelum pilihanraya umum seterusnya dijalankan. Begitulah pusingan roda rakyat Malaysia sejak dulu kini dan selamanya jika kerajaan UMNO BN tidak ditumbangkan. Namun begitu, kenapakah UMNO BN terus dibenarkan mentadbir negara ini agaknya. Bukankah mereka menang dengan "subsidi" yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setiap kali musim pilihanraya. Mereka bertuah kerana ada undi pos, pengundi hantu, persempadanan semula dan banyak lagi. Sewajarnya mereka sudah tewas dalam tiga pilihanraya umum yang terakhir sejak 1999 yang lalu. Maknanya kerajaan yang ada sekarang ditegakkan dengan "subsidi", maka itulah kita tidak hairan mereka menggunakan istilah "subsidi" untuk menekan rakyat yang menyokong mereka. Apatah lagi kepada rakyat yang menolak mereka bulat-bulat setiap kali pilihanraya umum diadakan sejak sekian lama.

Ananda Dapat Projek RM30 Bekal Astro Sekolah

Laungan keramat bahawa "rakyat didahulukan" sebenarnya adalah satu helah Najib untuk menipu kita sebenarnya. Walhal disebaliknya, yang diutamakan ialah beberapa kerat kroni BN yang sudah sekian lama menikmati kekayaan di Bumi Malaysia tercinta ini. Tan Sri Ananda Krishnan (foto) misalnya, merupakan salah seorang individu terkaya di negara ini yang masih terus disuap oleh kerajaan BN dengan berbagai projek. Terbaru, terdapat sumber melapurkan Ananda telah mendapat projek membekalkan Astro ke sekolah-sekolah melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelaran Malaysia. Difahamkan, projek bernilai RM30 juta itu sedang rancak dijalankan sekarang ini. Cadangan projek itu kemungkinan besar diluluskan oleh Kementerian Pelajaran yang dipimpin oleh Mahyuddin Yassin sendiri. Entah atas alasan apa, projek itu diberikan kepada Ananda Krishnan agaknya. Difahamkan, pegawai di BTP, Kementerian Pendidikan sendiri amat kecewa dengan keputusan tersebut. Tambahan pula apakah kewajaran utama yang menyebabkan semua sekolah mahu dibekalkan dengan siaran Astro. Alasan yang diberikan ia bertujuan untuk pendidikan amatlah dangkal sama sekali, kerana di sekolah bukanlah masanya yang paling sesuai untuk para pelajar menonton Astro. Malahan siaran TV Pendidikan juga telah disiarkan menerusi saluran TV biasa sebelum ini. Menurut salah seorang pegawai terbabit, beliau amat musykil dengan tindakan kerajaan tersebut.
"Adalah lebih elok wang jutaan ringgit itu digunakan untuk meringankan bebanan rakyat miskin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Misalnya dengan mengurangkan yuran serta peruntukan lain yang tidak sepatutnya. Malah lebih elok lagi ia digunakan untuk program kecemerlangan pelajar daripada memasukkan Astro di sekolah-sekolah" katanya. Kenyataan itu ada kewajarannya, kerana kerajaan begitu sukar untuk membantu rakyat dalam urusan persekolahan malah bantuan buku teks itu sendiri, tiba-tiba sanggup memberi projek itu kepada Ananda Krishnan yang sudah kaya raya itu gamaknya. Amatlah kurang ajar bilamana, Ananda yang lebih diutamakan daripada rakyat. Malah projek membekal Astro ke sekolah-sekolah itu adalah satu projek yang tidak sepatutnya dilaksanakan pada masa ini sebenarnya. Tambahan pula, terdapat maklumat yang mengatakan para pelajar zaman ini sudah tidak bergantung lagi kepada TV Pendidikan, dengan limpahan buku-buku latihan dan pendidikan yang melambak di pasaran. Malahan, guru-guru juga tidak mempunyai cukup masa untuk tujuan tersebut. Maka, apakah kewajaran projek Astro ini dilaksanakan?. Bukankah ia hanyalah anugerah istimewa daripada kerajaan untuk memperkayakan lagi kroni mereka yang sudah kaya raya itu. Apa yang jelas dapat dilihat, akhirnya Astro yang dibekalkan itu akan tersadai begitu sahaja dan menjadi tontonan para guru sahaja.

Muzik Aktif, Satu Lagi Projek Mengayakan Astro


Satu lagi projek dimana Ananada Krishnan diutamakan ialah langkah Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membazirkan ratusan ribu wang rakyat setiap tahun semata-mata membeli siaran Astro 180 untuk siaran program Muzik Aktif terbitan mereka. Difahamkan projek bernilai ratusan ribu ringgit itu mencecah jutaan ringgit juga apabila kontraknya dilanjutkan dari tahun ke tahun oleh pihak Astro. Apakah kewajaran RTM menerbitkan sebuah rancangan hiburan untuk disiarkan di Astro 180 itu. Biarpun projek ini adalah dizaman Menteri Shabery Chek, namun ianya haruslah diambilkira oleh rakyat. Ini kerana rancangan hiburan sudah melambak-lambak di Astro. Maka kenapa RTM mahu membekalkan lagi siaran itu dan terpaksa pula membayar peruntukan yang besar kepada Astro. Mereka lebih mengagungkan rancangan berbentuk hiburan 24 jam untuk merosakkan minda rakyat. Inilah dia kerja-kerja licik kerajaan UMNO BN dalam memesongkan dan meruntuhkan moral rakyat terutamanya generasi muda hari ini. Mereka sengaja menggalakkan hiburan sebagai aspirasi hidup rakyat. Adalah lebih elok RTM menerbitkan rancangan berbentuk agama dan program yang boleh membentuk jati diri rakyat daripada siara hiburan seperti itu. Atau lebih elok lagi RTM sendiri menambah siaran mereka jika mahu menyiarkan rancangan itu. Kenapa perlu beri hak kepada Astro yang dimiliki oleh Ananda Krishnan agaknya?.
Shabery Chek berbangga ketika melancarkan program Muzik Aktif itu
Terdapat unsur-unsur pembaziran yang nyata dalam projek ini. Justeru itu, rakyat perlu melihat semua ini dan menilai dengan sewajarnya. Mereka tergamak merompak wang rakyat sesuka hati untuk satu projek yang langsung tidak memberi makna kepada majoriti rakyat sebenarnya. Apa yang jelas, program itu memperkayakan Ananda Krishnan dan tembolok beberapa orang kroni puak-puak UMNO BN itu sendiri. Wajarlah siaran Muzik Aktif di Astro 180 ini dibatalkan serta merta mulai sekarang !!.

[Oleh itu diharapkan kerajaan akan lebih prihatin dan benar-benar mendahulukan rakyat selepas ini. Jangan hanya pandai bercakap dan mengeluarkan kata-kata, tetapi hakikatnya rakyat juga yang terus teraniaya. Jika keadaan ini berterusan, maka kita menjangkakan riwayat UMNO BN pasti akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat semakin muak dengan umpan "subsidi" bagi menghalalkan segala tindakan yang jelas mengcewakan rakyat. Rakyat perlu lakukan perubahan jika mereka ingin nasib dan masa depan terbela. Jika dibiarkan puak-puak UMNO BN terus berkuasa, maka sudah pasti derita yang ditanggung akan terus kekal buat dulu, kini dan buat selama-lamanya].

No comments:

Post a Comment