Thursday, January 14, 2010

Perak menangis kerana dikasari


Siapakah lebih tertinggi dalam struktur pentadbiran dan undang-undang di Malaysia ?



Tun Mohamed Suffian B Hashim bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982) menyifatkan, hanya perlembagaan sahaja yang tertinggi di Malaysia.
Perkara 4(1) Undang-undang Persekutuan menyatakan bahawa “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu”.
Namun pada pandangan Tun Suffian, mahkamah mempunyai kuasa yang besar juga terhadap bahagian perundangan dan eksekutif memandangkan:
o Ia mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan
o Mempunyai kuasa mentafsirkan sesuatu undang-undang
o Mempunyai kuasa mengistiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri sebagai tidak sah; dan
o Mempunyai kuasa mengistiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
“Mahkamah boleh tanpa takut atau pilih kasih menjalankan kewajipannya” beliau menulis.
Walaubagaimanapun, seseorang hakim boleh dipecat dengan melantik tribunal di atas syor Yang DiPertuan Agong dan Agong boleh menggantung tugas-tugas hakim sementara menanti siasatan oleh tribunal itu.
Dalam kes di Perak Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei 2009 yang lalu.

Sehingga ke hari ini mahkamah belum dapat mendengarkan keputusannya tentang kesahihan Menteri Besar di negeri itu .
‘If we desire respect for the law, we must first make the law respectable’ kata Louis D.Brandeis.

Apakah kelewatan seperti ini dalam kes yang membabitkan begitu ramai orang, menangguhkan keputusan merupakan satu kebaikkan, penghormatan, keadilan atau jalan keluar?

Bagi pecinta demokrasi, mereka menganggap ianya satu penganiayaan terhadap aktiviti rakyat dan negeri dan tidak sepatutnya dimaafkan tindakan itu.
Apa tidaknya, membiarkan Perak dan rakyatnya dikasari dan menangis dengan bantuan manusia tidak normal.

No comments:

Post a Comment