NAJIB Tun Razak bersama Rosmah Mansor, Tun Khalil Yaakob, Dr. Rais Yatim, Mohd. Ali Rustam dan Maznah Rais bersama-sama melancarkan Dataran 1Malaysia pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pantai Klebang, Melaka, semalam. – UTUSAN/Abdul Razak Latif
Wah, memang seronok kerajaan Melaka bagitu bagus kepada rakyatnya/dia kasih makan sejumlah 45,000 orang serentak.
Begitu kaya kelihatannya Negeri Melaka/tentu saja wangnya hasil minyak Sabah, Kelantan, Sarawak dan Trengganu yang dikasih untuk Melaka jadi mampu kasih makan rakyatnya/ Lalu sabah bagaimana? Kasianlah rakyat Sabah hidup dalam kemiskinan yang amat sangat padahal Negeri kaya raya.
Tadi lewat ucapan/Perdana Menteri bangga berkata begitu ramai datang. Memanglah sebab rakyat dikasih makan dan disediakan bus percuma untuk datang beramai-ramai.
Perdana Menteri kata dia juga kagum selepas makan/rakyat tidak pulang. Rakyat tidak pulang bukan kerana mahu mendengar ucapan Perdana Menteri, tetapi mahu melihat persembahan dan nyanyian para penyayi yang terkenal termasuk bunga api/biasalah.
Nah, untuk acara itu saja barangkali Kerajaan Melaka kena membelanjakan disekitar 3 atau 6 juta wang rakyat dan rakyat disuruh berhibur tetapi setelah mendapat hiburan mereka segera pulang semula dan menghadapi hidup yang menyepit dan Negeri sabah bagaimana pula?
Kelihatannya kita di sabah bukan saja tidak kena kasih makan, malah hidup kita semakin tersepit dan siapa saja yang peduli kita dan dalam ucapan perdana menteri membidas slogan Ketua Menteri Pulau pinang yangh menggunakan slogan "Middle Malaysia" yang membawa makna Malaysia Sederhana.
Nah, bukankah hidup sederhana itu tuntutan islam yang menyarankan umat selalu dalam keadaan sederhana dan menolak perbuatan yang melebih-lebih seperti membina bangunan terbesar dan tertinggi, terpanjang di dunia yang semacam riak sifatnya.
Slogan satu Malaysia memang cantik, tetapi apakah slogan itu benar-benar dipraktikkan atau sekadar retorika? Iya, satu Malaysia/lalu kenapa Sabah miskin papa meski kaya.
Inikah caranya dilaksanakan slogan satu malaysia/royaliti minyak 95% diambil dan 5% hanya untuk sabah dan 5% itu belum tentu sampai kepada rakyat, makanya Trilion dihantar ke Sabah tidak akan bisa menghapus kemiskinan rakyat jelata selagi kejujuran tidak ada untuk melaksanakan sesuatu program yang dirangka di Sabah ini dan akhirnya rakyat Sabah semacam menunggu buah yang tidak mungkin akan jatuh/kalau jatuhpun pasti setelah kita mati tak sempat menikmati.
UPDATE : dari blog Mutaligat
Setiap sekolah di sekitar Melaka diwajibkan menghantar paling kurang sebuah bas untuk membawa pelajar. Sekolah rendah tak disuruh nanti nampak sangat budak-budak belum aqil baligh yang ramai sokong parti juara rakyat.
Pengakuan Guru Besar salah sebuah sekolah agama di Melaka.
"Minta maaf Encik, kami diarahkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berkumpul di masjid Negeri untuk pergi ke Dataran Klebang bersama dengan PM."
Kalau paksa-paksa macam ini sejuta orang pun boleh hadir. Kalau tak hadir 'umur pendek'. Patutlah program malam tadi dihadiri ramai orang. Kalau tidak dipaksa .....sendiri mau ingatlah. Silap-silap pokok lagi banyak dari orang.
Masalahnya ialah pihak terbabit memaksa orang ramai hadir dalam program tari-menari, menyanyi bercampur lelaki perempuan. Bukankah itu program maksiat. Siapa hendak menanggung dosa ini ............ .....
No comments:
Post a Comment