Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa. Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu. Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998. Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR. “Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolark ansur. “Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya. Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman. Sumber: Malaysiakini Kesimpulan saya, Zulklifi perlu meletak jawatan sebagai ahli parlimen Kulim-Bandar Baru kerana kenyataannya yang mengatakan politik bukan keutamaannya dan beliau juga perlu keluar dari mana-mana parti politik. Tidakkah itu lebih baik. Yang saya pelik dia kata di sayangkan Allah swt tetapi dia umpama lebih kuah dari sudu. Jika dia betul-betul sayangkan Allah swt, berapa ramai orang bukan Islam menjadi Islam hasil dakwah yang beliau lakukan. Berapa ramai pula orang-orang Islam terutama orang Islam Melayu dibetulkan aqidah dan perilaku mereka agar mengikut al-Quran dan al-Sunnah oleh beliau. Adakah beliau telah memperjuangkan hukum murtad sedangkan dewasa ini kita sering dengar ramai orang mualaf terutama orang asli menjadikan agama Islam sebagai sumber rezeki mudah. Mereka ini akan menjadi Nasrani atau Hindu setelah mendapat habuannya. Tidakkah itu menghina Allah swt dan Islam wahai Zulklifi? Masuk Islam kerana nak khawin dengan orang melayu Islam, bila cerai dia kembali kepada agama asalnya. Dia marah agama lain menggunakan Allah tetapi dia tidak melanting bila ada orang yang memainkan Agama Allah swt. Mungkin Zulklifi telah dihidapi penyakit orang-orang UMNO iaitu mengharamkan yang halal tetapi menghalalkan yang haram. Renungkan yaa. | ||
Saturday, February 6, 2010
Saya akan letak jawatan hari ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment